BAB 13

71 4 0
                                    

Kuala Terengganu. Sebuah negeri yang tidak kurang juga dengan kesibukannya tetapi setiap kali penghulu segala hari muncul, kampung tersebut lenyap dari kebisingan kenderaan. Hanya kedengaran suara imam membaca khutbah jumaat. 

Azmin yang lengkap berbaju melayu dan bersongkok membuka perlahan pintu kereta sebelah penumpang. Azfar disebelahnya leka dengan telefon bimbitnya sambil berkerut kening seperti sedang melihat sesuatu yang pelik.

"Tak nak turun ke? Ke adik nak pergi balik ke masjid tolong imam lipat sejadah?" Tanya Azmin separuh bergurau tetapi gurauannya tidak membuahkan hasil apabila melihat Azfar yang masih serius dengan Iphonenya.

Malas mahu bertanya lebih, Azmin terus menutup pintu kereta dan berjalan memasuki perkarangan rumahnya di Kampung Gong Badak. Azmin menoleh apabila terdengar deruan kereta pergi meninggalkan kawasan perumahan itu.

"Apa masalah pulak budak ni sampai bawak kereta macam kena kejar setan. Dah puas hidup ke?!" Bebel Azmin sejurus melihat kereta Mercedes Benznya hilang dari pandangan.

AZFAR memecut laju keretanya menuju ke satu destinasi. Hatinya terasa amat panas waktu itu. Jika boleh, ingin saja dia tembak-tembak kereta yang menghalang perjalanan lajunya supaya lebih cepat dia sampai ke tempat yang dituju.

Azfar memberhentian keretanya tepat di perkarangan Taman Shahbandar. Amarah di hati semakin membara sewaktu melihat aksi seorang wanita berambut perang memeluk erat pinggang seorang lelaki di atas sebuah motor berkuasa tinggi. Pantas kakinya dihayunkan ke arah pasangan yang dilihatnya terlampau intim itu. Tangannya merentap kasar tangan wanita yang amat dirindunya itu.

"What the hell! Who you think you a..... Syai Syaiful Chen!" Marah Hilly bertukar gagap selepas menyedari siapa yang menariknya. "Whacha you doing here?" Pertanyaan Hilly dibalas Azfar dengan tarikkan tangan yang semakin kuat. Tanpa ada pilihan lain, Hilly turun juga lalu membantuti langkah Azfar. Lelaki yang bersamanya tadi hanya membiarkan tindakan mereka berdua.

Azfar melepaskan genggaman tangannya apabila sampai di kawasan yang agak jauh dari orang ramai. Dia memeluk tubuh sambil memandang gadis di hadapannya dengan mata yang tajam menikam.

"What?" Tanya Hilly. Azfar menghayunkan kedua tangannya di mulut memberi isyarat kepada Hilly supaya menjelaskan sesuatu.

"What I'm going to explain about?!" Hilly membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

"That man!"

"He's my boyfriend."

"Then who am I for you?!"

"Ask yourself!"

"You!" Azfar menunding telunjuknya tepat di hadapan muka Hilly Xua.

Hilly menepis kasar tangan Azfar. "Who you think you are! You never allowed to care about what I did. Who I'm going to date with!"

Azfar tersenyum sinis. Marahnya semakin membara di hati berbanding saat dia melihat gambar di akaun Instagram gadis dihadapannya sedang asyik bermesra dengan seorang lelaki.

Hilly menyambung lagi setelah melihat riaksi Azfar "Look to yourself man! You're mute! I dated you just because of your parent's money! You never notice me because you're a dumber! In your dream if you wanna be my boyfriend dude!" Hilly tersenyum puas saat menjelaskan semua niat asalnya bercinta dengan Azfar di Sligo,Ireland dahulu.

Azfar tidak dapat menahan pedih di hati. Terus ditanggalnya jam di tangan lalu di hempasnya ke lantai sehingga berkecai. Ingin saja dia membalas kembali hinaan Hilly kepadanya tapi dia sedar akan kekurangan dirinya.

Hilly hanya tersenyum mengejek melihat jam pemberiannya sempena hari lahir teman lelaki sementarannya itu berkecai di lantai. 'Pecah satu tapi berambak lagi dijual kat tepi jalan.' Ejek hati Hilly.

Azfar melihat sebuah motor berkuasa tinggi berhenti betul-betul di hadapan Hilly. Hilly terus membonceng motor tadi dan sempat mencium pipi teman lelaki barunya sebelum memakai helmet.

"This is what people call real man! Not a mute and dumber like you!" Hilly melayangkan flying kiss kepada Azfar sebelum berlalu dari situ.

Azfar menggemgam penumbuknya. Ikut hati mahu saja dia membelasah lelaki tadi tetapi akalnya masih normal berfikir.

Dia berjalan kembali ke arah keretanya. Sejurus enjin dihidupkan, Mercedes Benznya terus bergerak membelah jalan. Tiada tempat yang ingin ditujunya memandangkan tidak sampai sebulan dia pulang ke kampung halamannya itu. Dia masih tidak biasa dengan jalan-jalan di Kuala Terengganu. Azfar mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah.

Terangkat kaki Azmin saat terdengar seseorang menutup pintu dengan kuat. 90 darjah kepalanya berpusing memandang ke arah pintu.

"Lahanat mana pulak masuk rumah macam perompak ni!" Sindir Azmin kepada Azfar. Tanpa menoleh ke arah Azmin, Azfar terus mendaki laju anak tangga menuju ke biliknya.

PS3 di tangan sudah tidak menarik minatnya lagi selepas melihat wajah adiknya yang mencuka seperti susu basi.

"Apa kes pulaklah budak ni. Tak cukup dengan kereta aku, pintu rumah pun kau nak dera. Nasib baik mama tak ada. Kalau tak dah lama telinga kau dengan aku didera dengan hujah-hujan tak berpenghujung mama." Ngumam Azmin. Matanya kembali difokuskan ke tv dihadapannya. Niat untuk bertanya masalah adiknya dibiarkan dahulu memandangkan keadaan Azfar yang macam singa kebulur itu.

Sekali lagi Azfar tersetak tetapi kali ini melayan remote PS3nya ke lantai. "YA ALLAH! Tak cukup 1 pintu kau hempas, pintu bilik kau pun jadi mangsa. Betul-betul nak bunuh aku budak ni." Terjerit-jerit Azmin memarahi Azfar sambil memegang dadanya yang sedikit semput.




A/N: Ermm I think the title Sayang Awak Mute is not suitable for this story. Do you have any suggestions? Leave your comments below. Also thank you for the reader who still read my story. Next chapter coming in two days. Thanks again ^_^
IG: @kyowinchester

Sayang Awak Mute!!!Where stories live. Discover now