"Assalamualaikum." Sapa satu suara dari luar rumah. Puan Anita berjalan perlahan ke arah pintu selepas menjawab salam. Pintu rumah dibukanya. Wajah sepasang suami isteri menyapa mata.
"Lah! Dah sampai. Jemputlah masuk Puan Juliana, Encik Adam ke dalam teratak saya yang tak seberapa ni." Puan Anita beramah mesra dengan tetamunya.
"Ish. Apalah akak ni. Tak payah nak berpuan-puan. Kita bukan baru kenal sehari dua." Puan Juliana menbalas lalu berjalan masuk ke dalam rumah Puan Anita. Encik Adam hanya mengikuti dari belakang.
"Akak bukan apa. Segan dengan kamu berdua. Yelah dah lama tak jumpa." Ujar Puan Anita selepas menjemput tetamunya duduk.
"Takde apa yang nak disegannya kak. Kami dah angap macam kakak kami sendiri. Kan bang." Puan Juliana memandang ke arah suaminya yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
"Haola kak. Kami orang ma sudah anggap you sudah macam family sendiri. Tak da apa ma mau segan." Dengan loglat Melayu pelat Encik Adam berkata sambil tersenyum manis. Walaupun umur Encik Adam sudah menjangkau 50 tetapi masih kacak di pandangan Puan Anita.
Puan Anita tersenyum kecil. "Ju dengan Adam duduklah dulu. Akak nak ke dapur sekejap." Puan Anita mengangkat punggung lalu menuju ke arah dapur. 'Mana pulak si budak Hani ni. Seingat aku dah suruh bawak juadah tu ke depan. Apalah dibuatnya pulak budak n.' Bebel Puan Anita.
Terkejut Puan Anita apabila melihat Ummu Nur Hani sedang sibu melatah kek pisang yang dibuatnya petang tadi.
"Ya Allah budak ni melatak kerja kau. Ibu suruh akak bawak juadah ni ke depan bukannya mencekik sorang-sorang kat sini. Tetamu dah sampai tu. Pergi bawak ke depan." Puan Anita memulakan bebelannya tetapi suara tetap dikawalnya bimbang didengari tetamunya.
Hani mencapai air kosog lalu diteguknya rakus. Tekaknya perit akibat tersedak kek pisang kerana sergahan Puan Anita tadi.
"Apalah ibu ni main sergah-sergah. Nasib baik panjang lagi umur Hani ni. Pedih tahu." Protes Hani. Tengkuk digosoknya perlahan.
"Dah-dah pergi bawak semua ni ke depan." Malas malayan sikap mengada-ngada Hani,Puan Anita menatang dulang berisi air ke ruang tamu. Pieing kek pisang dicapai Hani lalu membantuti langkah ibunya.
Hani meletakkan perlahan-lahan piring berisi kek pisang di atas meja. Selepas itu dia terus berjalan ke arah Puan Juliana. Tangan tua itu disalaminya dan dikucup lembut.
"Dah jadi anak dara anak kak Ita ni. Kalau dulu kecik je." Sambil tersenyum Puan Juliana memandang lembut kearah Hani.
Hani merasa pelik dengan kata-kata Puan Juliana tadi. "Aik?! Macam mana Puan Juliana boleh kenal dengan aku. Setahu aku belum pernah jumpa dengan kawan ibu ni.'detus Hani tetapi senyuman wanita tersebut tetap dibalasnya sambil melabuhkan punggung di seblah ibunya.
"Akak ingat tak algi dengan Puan Juliana ni?" Tanya Puan Anita tiba-tiba. Hani hanya menunduk lalu menggeleng perlahan.
"Takkanlah Hani tak ingat. Hanikan dulu rapat dengan anak Puan Juliana ni. Pergi mana-mana asyik bertiga je." Terang Puan Anita. Hani cuba mengingati tapi tidak berjaya.
"Hani dah lupa angah? Azfar? Along? Hanikan kawan bak diorang." Puan Juliana pula cuba mengingati Hani.
Tiba-tiba bayangan kanak-kanak Cina Melayu menyapa fikiran Hani. Mata Hani membuntang memandang lantai. "Angah dah balik?" Bisik hati Hani.
Tersetak Hani apabila seseorang berdiri disebelahnya. Memiri minggu lepas lesap begitu sahaja. Hani memandang ke arah gerangan yang berdiri rapat disebelahnya.
Sekali lagi Hani tersetak. Kali ini rupa Hani sudah seperti aam berak kapur. Pucat wajahnya. Tangannya kaku tiba-tiba.
"Orang lain pergi kerja buat kerja bukan berangan!"bidas Syariff betul-betul ditepi telinga Hani.
Berasap telinga Hani mendengar kata-kata Syariff Chen tetapi dia tidak berani menawan kerana dia tahu memang salah dia.
"Kalau awak rasa nak kerja lama kat sini atau tak nak rasa kena herdik dengan bos, you better do your job well." Ugut Syariff lagi. Syariff menatap wajah Hani yag sedikit memerah menahan geram. Entah kenapa dia suka mengganggu budak pendek itu.
"Baik Encik Chen!" Hani melembutkan suaranya. Muka dimaniskan tetapi tangannya tidak seperti muka dan suaranya. Dia meramas-ramas wayar itu sebelum dimasukkan ke dalam kotak.
"Good! I'll watching you." Ujar Syariff sebelum berlalu dari situ.
"Ya Allah! Geram! Sakit hati! Benci! Menyampahnya." Jerit Hani kecil. Gigi diketapnya. Ikutkan hati ingin saja disumbatnya wayar-wayar tersebut ke dalam mulut longkang Syariff tadi.
'Wahai hati, sabarlah kau untuk 2 bulan ini.' Nasihat Hani pada hatinya. Kerja yang terbantut disambungnya dengan hati yang sebal.
A/N: Angah dah balik? Akhirnya Hani tahu sahabat waktu kecilnya sudah pulang dari Ireland. Agak-agak bilakah Hani dapat bertemu dengan angah? Kenapa Syariff suka mengganggu Hani? Wait for the ext chapter. Contineu reading ^_^
Ig: @kyominhwanp/s: sorry sorry sorry again. Always late post the new chapter. Here two more. Hope you like this. ^_<
YOU ARE READING
Sayang Awak Mute!!!
Romance-Ummu Nur Hani "Hani sayangkan Angah. 13 tahun Hani tunggu Angah balik. Please keep your promised! Hani takkan terima alasan bodoh ni!" -Muhammad Syariff Azmin "Angah pun sayangkan dia dik. Angah tak berniat untuk sakitkan hati dia. Tapi mampu ke a...