BAB 18

51 4 0
                                    

'Hmm bibir takde gincu. Make up pun takde. Tudung macam biasa je. Uniform kilang. Dahi pun benjol. Muka masam. Haish... Makin pelik aku.' Puan Anita masih menerokai wajah anak daranya yang sedang enak menjamu selera. Sekeping roti disuakan ke mulut sambil mata masih melekat di muka Hani.

"Kenapa bu?" Hani semakin tak enak dengan pandangan Puan Anita. Dadanya mula berdegup kencang bimbang dia ada melakukan kesalahan pada ibunya.

"Sapa dia?" Puan Anita mula membuka mulut. Pandangan tajam menikam Hani.

"Siapa?" Hani bingung dengan pertanyaan pelik Puan Anita.

'Oh tak nak bagitahu lagi.' Detus hati Puan Anita.

"Ibu tahu Hani dah besar. Dah boleh berfikir. Tapi ajaran ibu jangan Hani lupa. Kita hidup bukan kat dunia je. Akhirat pun kena jaga. Jangan sebab nafsu neraka ditempah." Puan Anita memulakan mukaddimah.

Hani makin kebingungan. Roti yang hanya tinggal separuh terjatuh kembali ke piring. Pening kepalanya apabila memikirkan apa kesalahan yang telah dibuatnya. "Ibu....."

"Ibu tahu Hani inginkan kasih sayang lelaki tapi cara Hani sekarang ni tak betul. Hani tak patut buat macam tu. Berkawan boleh tapi jangan sampai jadi fitnah zina." Puan Anita menyambung ceramahnya sebelum sempat Hani menyambung.

"Jap-jap. Apa ibu cakap ni? Zina? Maksiat? Apa yang Hani dah buat?" Wajah ibunya dipandang pelik. Matanya mula berkaca-kaca.

"Hmm. Ibu sayang Hani. Siapa lelaki naik kereta mewah tunggu depan rumah tu? Dari tadi ibu perhatikan." Terang Puan Anita.

"Lah! Pasal tu ke sampai ibu ceramah panjang lebar. Zina la. Maksiat la." Hani menutup mulutnya sambil ketawa. Nasib baik tidak tersembur roti dalam mulutnya.

"Dah kenapa kamu ketawa? Ibu buat lawak ke?" Kali ini Puan Anita pula kebingungan.

"Hahhaa ibu ni kan. Lelaki kat depan rumah itu sebenarnya...... eh kejap? Depan rumah?"

"Ye. Dari tadi lagi ibu tengok dia duduk kat situ."

'OMG matilah aku.......' Hani menelan bagi kunyahan rotinya lalu menghirup milo yang masih panas. Pantas dia bangun dari kerusi sambil mencapai beg sandangnya. Kakinya laju melangkah ke arah pintu utama.

"Kenapa kamu tergopoh-gapah ni? Sapa dia tu? Boyfriend?"
Puan Anita turut mengikuti langkah Hani keluar rumah.

"Bukan la ibu. Tu driver bos Hani. Haish nanti lah Hani cerita. Hani dah lambat ni." Hani laju memakai kasutnya. "Tangan." Ujar Hani lalu menyalami tangan tua ibunya. Pipi kanan Puan Anita dicium lembut.

Puan Anita yang masih tercengang hanya menghantar pemergian Hani dengan ekor matanya.

Hani membuka pantas pintu kereta bahagian belakang lalu melabuhkan punggung di situ. Peluk didahi dikesatnya.

"Sorry. Saya lambat saya lupa bos datang ambil saya hari ni. Saya mintak maaf banyak-banyak.. Say......" kata-kata Hani terhenti apabila tempat duduk bahagian penumpang kosong. Hanya dia dan driver Azmin sahaja di dalam kereta tersebut.

"Eh! Encik Chen mana?" Hani bertanya sambil memandang ke arah cermin pandang belakang untuk melihat wajah Azfar. Tanpa berkata apa-apa, Azfar hanya menggeleng.

"Oh! Dia dah pergi keje ke?"

Geleng lagi.

"Ke dia tak pergi keje hari ni?

Masih menggeleng.

'Saudari. Cukuplah bertanya. Jangan buat saya nampak kurang ajar. Saya tak mampu nak balas pertanyaan awak tu. Angah punya pasallah. Masa ni la kau buat sakit perut'

Melihat reaksi Azfar tadi membuatkan Hani sedikit terasa hati. Terus dikunci mulutnya. Matanya memandanh ke luar tingkap.

Selepas seketika Hani merasa pelik apabila kereta Azfar memasuki kawasan perumahan Gong Badak tetapi dia berat mulut ingin bertanya selepas pertanyaannya sebentar tadi hanya dibalas hambar oleh Azfar.

Kereta dipandu Azfar berhenti betul-betul di hadapan rumah teres dua tingkat. Kelihatan seorang lelaki berkemeja biru berjalan ke arah kereta mereka. Pintu di bahagian penumpang di bukanya lalu meloloskan diri di dalam kereta tersebut.

Azmin memandang ke arah belakang sebelum memberi isyarat kepada Azfar supaya meneruskan pemanduan. Hani hanya mendiamkan diri di dalam kereta tersebut.

"Dahi dah ok?" Azmin memulakan perbualan.

"Dah." Balas Hani sepatah. Sebenarnya dia sedikit canggung berada dalam kereta yang sama dengan lelaki yang asing bagi dirinya itu.

"Emm baguslah. Lepas ni langgar pagar lagi eah." Azmin cuba mengusik.

"Huh...!" Hani hanya mendegus. Azmin dihadapan hanya menguntum senyum nipis.

So as long as alive I love you
Will haeven hold you
You look so beautiful in white
And from now to my every last breath
This day I cherish
You look so beautiful in white.

Hani sedikit tersetak mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Azmin. Walaupun perlahan tapi dia kenal dengan lirik tersebut. Hani memandang tajam ka arah Azmin dari belakang. Jika matanya ada sinaran lizer dah lama terbakar kerusi yang diduduki Azmin.

'Shane Filan. Tahu juga mamat ni nyanyi lagu jiwang. Suara dia pun boleh tahan. Tapi kenapa separuh je? Sambung la...' Hati Hani berdialog.

'Hai angah aku ni dah buang tabiat ke apa. Tak penah-penah dia nyanyi dalam kereta. Tersalah tidur kot mamat ni.' Hati Azfar juga turut berdialog tetapi lebih kepada mengutuk.

Azfar menekan punat radio. Sengaja mahu protes. Azmin di sebelah memberikan pandangan menikam kepada Azfar. Azfar hanya menjelirkan lidah. Hani pula membuntang mata melihat aksi dua jejaka tadi.

'Wait wait wait.... Apa aku tengok tadi? Ya Allah gelinya. Kot ye pun nak bermesra biarla masa aku takde kat sini. Eeeee.... Ibu tolong Hani.' Hani seperti mahu menangis ketika itu.

Sebaik saja kereta Azmin berhentu di hadapan pintu pagar kilang, Hani cepat-cepat keluar daari kereta tersebut tanpa mengucapkan terima kasih. Kakinya laju menuju ke arah pintu kilang.

Azmin sedikit pelik dengan reaksi Hani tadi hanya mengikut dari belakang. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata asyik memerhati gerak-geri mereka.





A/N: Waa first published for this ramadhan. Happy fasting for all my friends. Jangan ponteng puasa tau. Btw thanks coz read my story. Thanks for those who vote and added my story in your reading list. Don't forget to wait for the next chapter. Hat off.
IG: Hannah Chau @kyowinchester
#spero_spera

Sayang Awak Mute!!!Where stories live. Discover now