BAB 6

99 4 0
                                    

Tidur Hani terganggu dengan deringan lagu Basshunter-All I Ever Wanted daripada handphone Samsung Note 5 kesayangannya. Hani mencapai beruang panda dan terus menutup kepalanya. Handphone dibiarkan terus menjerit minta diangkat. Setalah hampir 3 kali berdering akhirnya berhenti juga.

"Aman dunia."guman Hani sambil menyambung tidurnya.

Tidur Hani sekali lagi terganggu dengan jeritan Puan Anita beserta ketukkan bertalu-talu di pintu biliknya. Dengan malas Hani melangkah ke arah pintu sambil mengheret ulat bulu kesayangannya. Hani menatap poster Jonas Altberg yang sengaja ditampalnya di pintu bilik sebelum membuka pintu tersebut.

"YA ALLAH! Hani tak mandi lagi kamu? Dah nak masuk tengahari ni." Serang Puan Anita sejurus Hani membuka pintu. "Subuh tadi bangun tak?"tanya Puan Anita lagi.

"Cuti bu.." balas Hani sambil menguap. Badan disandarkan ke pintu lalu menggaru pipi yang tidak gatal. Rambutnya yang panjang mengurai itu sedikit kusut akibat tidurnya yang ganas. Keadaan katilnya yang seperti dilanda tsunami itu hanya dikerlingnya dengan ekor mata. Begitulah keadaan setiap kali cuti lebih-lebih lagi cuti solat.

"Ish! Anak dara apalah kamu ni. Semalaman tak tidur melayan korea. Lepas tu mulalah bangun lewat. Kamu ni..."

"Kenapa Ibu panggil akak tadi? Ada benda penting ke?" Potong Hani sebelum sempat Puan Anita memulakan tazkirah paginya.

"ALLAHU AKHBAR! Hampir terlupa pulak Ibu. Tadi kawan kamu call Ibu. Dia cari kamu. Dia suruh kamu call dia balik sebab banyak kali dia call kamu tapi tak dapat." Puan Anita menjelaskan sebab utama dia mengganggu sleeping beauty kesayangannya pagi itu.

"Kawan mana pulak ni bu?" Tanya Hani hairan. 'Setahu aku Afiqah dan Syuhadah dua kali lima je macam aku pagi-pagi sabtu macam ni.'soal hati Hani.

"Manalah Ibu tahu. Cubalah kamu tengok."balas Puan Anita lalu berlalu ke dapur.

Dengan pantas Hani menutup pintu biliknya lalu bersedia untuk menyambung tidur. Hani baru sahaja ingin merebahkan kepala tetapi lagu Basshunter kedengaran lagi di corong telinganya.

"Aish! Ada je yang mengganggu." Bantal dilemparkan ke tepi lalu dia mencapai telefonnya.

'Unknown number?' Soal Hani pelik. Panggilan dijawab lalu telefon dilekapkan ke telinga.

"Assalamualaikum"

"Hello?" Balas pemanggil tersebut.

'Aik! Suara lelaki? Sape pulak kasi nombor aku kat lelaki ni? Afiqah ke?' Pantas wajah gadis berkulit hitam manis itu terbayang di fikiran Hani.

"Hello? Are you there?" Tanya lelaki itu apabila tiada balasan daripada Hani.

"Yes! And who are you?" Tanya Hani sambil membetulkan suara yang semerdu suara katak panggil hujan itu.

"I'm the owner of the camera that you broke it last night." Syariff Chen menjelaskan dengan suara yang mendatar. Fikiran Hani berputar mengingati kejadian malam tadi. Serta merta badan Hani tegak dan hilang rasa mengantuknya.

"Oh yes.. Mr...?"

"Chen. Syariff Chen." Balas Syariff.

"Mr Chen. Pasal kamera awak tu.."

"Can we meet?".potong Syariff sebelum sempat Hani berkata-kata.

"Sorry?" Soal Hani keliru. 'Mamat ni suka hati je potong cakap Aku. Takde sivik langsung.' Gumam hati Hani geram.

"Can we meet? It's not honest to talk about this on the phone. So it's better if we meet each other." Jelasnya.

"Aaa.. sure. Where and when?" soal Hani pantas.

"Today. At cafe near giant in 5 p.m. Deal!" Syariff menetapkan tempat perjumpaan mereka. Suaranya masih lagi dibuat serious.

'Cait! Suara perasan bagus betul.' Kutuk Hani.

"Ok!" Hani membalas sepatah. 'Dia ingat dia je boleh buat suara macam itu? Boleh jalanlah.' Bebel Hani tidak mahu mengalah.

"Ok then bye." Talian terus diputuskan.

"YA ALLAH! Kenapalah Aku boleh terjumpa dengan Mamat sengal macam ni! Grrr nasib baik Cina. Kalau melayu dah lama Aku sound! Takde adap punya orang." Hani menumbuk-numbuk bantalnya melepaskan geram.

"Ish banyak gila mamat ni call Aku. Mata duitan betul. Hurh!" Bebel Hani saat membuka log panggilan.

Telefon ditinggalkan di atas katil. Hani mencapai tualanya dan melangkah ke arah pintu. Niat untuk menyambung tidur terbantut dek kerana gangguan yang sentiasa datang. Langkah Hani terus menuju ke arah dapur. Kelihatan Puan anita sedang sibuk memasak di dapur. Terus tubuh gempal Puan Anita dipeluknya dari belakang sambil menjenguk apa yang dimasak olehya.

"Ibu masak apa tu?" Soal Hani. Puan Anita sedikit tersetak dengan kelakuan manja Hani itu.

"Hai anak dara baru bangun terus cari makan. Mandi pun belum. Masam." Ujar Puan Anita lalu mencubit manja pipi Hani.

"Mana ada masam. Akak sapu losenlah semalam." Mulut dimuncungkan tanda merajuk.

"Hah comellah tu buat mulut itik. Ibu tarik sampai panjang baru tahu." Ugut Puan Anita. Makin panjang muncung di bibir Hani. "Sudah-sudahlah merajuk tu. Pergi mandi cepat." Ujar Puan Anita separuh memujuk.

"Nak mandi la ni." Hani menarik kerusi di meja makan sambil mencapai keropok lekor yang telah siap terhidang di atas meja lalu disuakan ke Mulut.

"Adik mana bu?" Tanya Hani lalu mencapai sepotong lagi keropok lekor.

"Adik pagi-pagi lagi dah ke pantai. Nak memancing katanya." Balas Puan Anita.

"Memancinglah sangat. Entah-entah tengah syok duk pancing anak dara orang." Ujar Hani selamba.

"Apa-apalah kamu ni Hani. Dah pergi mandi. Tak elok anak dara mandi lewat. Nanti-nantilah sambung makan tu. Tak lari kerepok tu." Puan anita sudah memulakan mukaddimah untuk tazkirahnya.

"Yela.." Balas Hani lalu melangkah malas ke arah bilik air.

"Eh sekejap. Ibu nak tanya siapa kawan kamu tadi tu? Dengar suara macam lelaki." Langkah Hani terhenti dengan soalan yang ditanya oleh ibunya.

"Bakal menantu Ibu kot."Balas Hani lalu meneruskan langkahnya ke arah bilik air. Pintu ditutupnya cepat-cepat.

"Hah?! Alhamdulillah laku jugak anak Ibu ni."

"Ibu!!!!" Jerit Hani dari dalam bilik air saat mendengar kata-kata ibunya itu."Mestilah Hani laku. Apa Ibu cakap macam tu" marah Hani lagi.

"Hahaha Ibu gurau jela. Nanti kamu bawaklah bakal menantu Ibu tu jumpa Ibu. Boleh Ibu kenal-kenal." Ujar Puan Anita.

"Ish! Tu kawan akak  jelah bu." Jelas Hani. Bimbang ibunya terlebih salah faham.

'Huish. Tak ingin Aku jadi isteri si Cina tak tahu adap tu.' Bebel Hani lalu meneruskan mandianya.








A/N: Finally I posted it. Sorry for the little late. I'm working hard for these champer thought I have a little fever. Hope you like it. Wait for the next chapter. Continue reading ^_^.
Ig: @kyominhwan

*p/s: don't forget to teg your Wattpad friends.

Sayang Awak Mute!!!Where stories live. Discover now