BAB 14

63 3 0
                                    

TANPA mengetuk pintu Muhammad Syariff Azmin menyerbu masuk ke dalam bilik Muhammad Syaiful Azfar. Kelihatan adiknya sedang duduk membelakangi Azmin di meja kerjanya sambil menghadap laptop serta pen di tangan.

"Hey dude! Asal adik angin semacam je sampai pintu rumah dah nak tercabut kau punya kerja." Sambil berjalan ke arah Azfar,Azmin bertanya.Azfar hanya membatukan diri tanpa niat mahu menjawab pertanyaan angahnya.

Azmin menjenguk apa yang ditulis Azfar pada kertas di tangannya. Bukan tulisan tapi lebih kepada contengan budak baru belajar menulis.

"Stupid dumber! Stupid dumber......" Azmin membaca perlahan apa yang ditulis Azfar. Lebih dari 10 kali Azfar menulis perkataan yang sama.

"Hey! What wrong bro? Who the stupid dumber?"

Pen di tangan Azfar bergerak menulis sesuatu di atas perkataan yang telah ditulisnya sebelum ini.

          'I'm a'
    'Stupid Dumber'

Azmin memegang bahu Azfar seperti mahu menenangkannya. "Who's the jerk?" Tanya Azmin.

Tangan Azfar sekali lagi bergerak tapi kali ini ke arah tetikus. Skrin laptopnya mula menunjukkan wajah seorang gadis berambut perang sedang ketawa sambil memegang sejambak bunga ros. Cara pemakaian gadis tadi menyebabkan Azmin cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

"Hilly Shua?" Tanya Azmin lagi.

Azfar mengangkat wajahnya. Bersama mata yang berkaca dia melihat ke arah angahnya. Dia menunjuk ke arah dirinya lalu ke arah tulisan tadi seperti bertanya " Azfar stupid dumber ke?"

Faham akan pertanyaan adik kesayangannya, Azmin mula membuka mulut.

"Tak. Bagi angah adiklah yang paling sempurna sekali. Stupid? Mana ada orang stupid yang boleh buka syarikat photography sendiri dalam umur muda dik? About dumber, adik tahu tak orang yang bisu ni beruntung. Adik tahu kenapa?" Azfar hanya menggeleng sambil menunggu angahnya menyambung bicara.

"Orang mute ni untung sebab ALLAH perlihara lidahnya dari menyakitkan hati orang. ALLAH perlihara lidah adik dari derhaka kepada mama baba. ALLAH perlihara adik dari bicara sesuatu yang tak berfaedah. Adik patut bersyukur." Terang Azmin. Azfar kelihatan termenung memikirkan kata-kata Azmin.

"Pasal Hilly Shua, apa yang adik harapkan daripada dia? Cantik? Yes dia memang cantik but sanggup ke adik nak hadiahkan mama menantu yang pakai baju tak cukup macam tu kain tu?" Azmin menunding jari ke arah skrin laptop adiknya. "Adik kena ingat. Kita muslim dik. Kita dididik dengan ajaran islam. Tak kira kat mana pun kita tinggal sebelum ni, kita tetap orang islam. Ramai lagi perempuan yang terpelihara tutur katanya, terpelihara auratnya dan terpelihara pergaulannya di dunia ni dik. Dan yang paling penting, masih ramai orang islam di Malaysia ni. Jangan adik hanya mengharapkan seseorang yang tak berpegang kepada agama yang kita sangjungi ni dik." Panjang lebar Azmin menasihati adiknya.

Menitis juga airmata yang ditahan Azfar dari tadi. 'Ya Allah, kenapa aku terlalu buta sampai tak dapat melihat hikmah yang kau tunjukkan kepadaku. Terima kasih angah. Adik tahu adik terlampau ikutkan hati.' Rintih hati Azfar. Pantas dia bangun lalu memeluk angahnya. Azmin menepuk belakang badan adiknya yang tinggi 7cm daripadanya itu.

"Stop it crying baby. Dah pergi siap. Hantar angah pergi somewhere sekejap." Azmin melepaskan pelukan adiknya.

"Pergi mana?"

"Pesta Thai....." Sambil menyanyi lagu Thailand gubahan sendiri, Azmin berjalan keluar dari bilik Azfar.

Azfar tersenyum sambil menggeleng melihat perlakuan Azmin sebelum bergerak kembali ke arah laptopnya. Satu folder dibukanya. Selepas menatap buat kali terakhir, Azfar memadam folder yang bertajuk Hilly Love itu.

**********************************

"WEH! Aku nak makan somtamlah." Rengek Hani kepada Afiqah.

"Kejap la. Kau temanlah aku beli something sekejap dekat Astaka tu."

"Nanti habis pulak."

"Ish tak kan habislah!" Degus Afiqah. Tangannya mengheret Hani memasuki perkarangan Astaka.

Baru Hani ingin membuka mulut membanta tetapi terbantut dek kerana satu bunyi yang aneh.

Tik Tik Tik.....

Hani dan Afiqah berpandangan sebelum melihat ke arah penggera di kiri dah kanan berbunyi. Serentak kaki Hani dan Afiqah melangkan 3 langkah ke belakang persis seperti robot.

"Kau ada curi something ke?" Tanya Hani kepada Afiqah. Cuak muka Hani apabila perasan ada sesetengah mata memandang ke arah mereka.

"Curi apa pulak masuk pun belum." Bantah Afiqah turut cemas.

"Maaf dik. Beg tak boleh bawak masuk. Kene tinggal kat locker kat luar." Tegur seorang guard.

"Hah! Oh ye ke. Hehe sorry bang." Sambil tersengih Afiqah membalas. Hani di sebelah turut tersenyum sumbing sambil menggaru kepala. "Kau tunggu sekejap ye Hani. Aku nak simpan beg." Arah Afiqah. Hani hanya mengangguk.

Selepas siap menyimpan beg, mereka bergerak beriringan masuk ke dalam Astaka. Belum sampai 15 minit masuk bayangan mereka sudah sampai di hadapan locker penyimpanan barang.

"Jom! Tadi cakap nak makan somtam sangat kan. Jom aku belanja." Ujar Afiqah.

"Serious? Ni aku sayang kau ni." Hani menggoyangkan tangan Afiqah.

Setelah dapat apa yang diingini, Hani bergerak pula ke arah gerai menjual aiskrim. Mata Hani memang pantang apabila melihat aiskrim. Afiqah hanya mengikut sahaja kemana Hani singgah.

Sedang mereka berdua berjalan ke arah tempat letak kereta, mata Hani tertangkap dua susuk tubuh yang pernah ditemuinya. Hampir tersembur aiskrim di mulut Hani melihat perlakuan dua lelaki tadi. Seorang daripadanya sedang memegang bekas aiskrim sambil menyuap aiskrim ke dalam mulut seorang lagi. Dua jejaka tadi ketawa sambil memeluk bahu masing-masing.

Hani menggosok matanya bimbang tersalah lihat tetapi tetap gagal. Giliran Hani pula mengheret tangan Afiqah supaya cepat berlalu dari situ. Afiqah yang sedikit tersetak dengan kelakuan Hani tadi hanya membototi kaki Hani.

"Asal kau tarik tangan aku tadi? Kau ada terserempak dengan hantu Thai ke apa?" Serang Afiqah sejurus masuk ke dalam kereta Evo milik Hani.

"Ha'ah!" Balas Hani.

Meremang roma Afiqah mendengar jawapan Hani. Terus kepalanya berpusing mengingati filem hantu Thai yang pernah dia tontong sebelum ini. "Kau biar betul Hani!"

"Iye! Tadi aku nampak bayangan hantu bos aku merayau dekat pesta Thai tu." Jawap Hani lalu memandu keretanya keluar dari perkarangan dataran Shahbandar.

"Ish! Kau ni kan. Buat kecut perut aku je!" Marah Afiqah saat menyedari dirinya dikenakan oleh Hani.

Hani hanya ketawa kecil sambil kepalanya masih memikirkan apa yang dia lihat tadi. Dia masih tak dapat melupakan peristiwa tadi walaupun dah dicuba untuk melupakannya.








A/N: Alamak! Lewat 1 hari. Sorry... Busy sikit with training. Maaf kalau chapter ni tak berapa menarik. Saya masih belajar lagi. Btw saya masih belum jumpa title yg sesuai untuk novel ni. Kalau korg ada idea message la saya. Next chapter mgkin lewat sikit. Continue reading. ^_^

*don't forget to follow, vote and comment. 🙇



Sayang Awak Mute!!!Where stories live. Discover now