"Kenapa tak jadi pulak? Alaa kau ni..." rungut Afiqah dalam talian.
"Eeeehhh.... Ma ma mana aku tau. Ibuuu yang ajak." Balas Hani tersekat-sekat.
"Yang kau ni dah kenapa? Tercekit tulang ke apa?"
"Abah kau! Aku tengah berperang dengan Jeans aku ni. Asal ketat sangat ni." Sedikit kuat Hani membalas. Handphone yang sengaja di loudspeakerkan terletak jauh di atas meja solek.
"Hahaha tu maknanya kau dah gemuk babe. Puahaha apa kes la bekas atlet tapi badan tak pandai nak control." Afiqah ketawa sambil mengusik tamannya itu. Pen di tangan dipusing-pusingkan.
"Hah! Gelak la gelak. Nanti aku doa benda tak baik kat kau kan." Ugut Hani.
"Ish kau ni... Sikit-sikit nak sumpah aku. Malaslah aku nak kaw...." Kata-kata Afiqah terhenti saat terdengar jeritan Hani.
"Ibu!!!!"
"Hani! Weh kau ok tak?!" Panggil Afiqah separuh menjerit. Risau.
"Tak ok....... Huaa... aku jatuh katil la.. Jeans ni punya pasallah!"
"Puahahahha.. Sekali nangka busuk jatuh daa... hhhahh." Usik Afiqah lagi sambil ketawa. Mata yang sedikit berair dilapnya.
"Huh! Takpe... Hari ni hari aku." Marah Hani.
"Alololo sorry la. Aku takleh nak tahan. Lawak siot. Hai Hani Hani. Senang-senang kau pakai je baju kurung. Daripada seksa diri kau macam ni."
"Rimaslah. Lagipun aku tak tau mana ibu aku nak aku bawak dia ni."
"Suka hati kau la. Habis kau nak pergi ni naik apa? Bukan kereta kau rosak ke?" Tanya Afiqah lagi.
"Huh! Ni yang buat aku sakit hati. Boleh pulak mamat pelat tu tipu aku. Hidup-hidup aku percaya." Rungut Hani lagi. Tangannya sudah lama putus asa dengan Jeansnya."Wait... tipu apa pulak?"
"Tipu la. Dia cakap kereta aku remuk kat depan. Aku tengok ok je. Setakat lampu depan je yang pecah. Pagar kilang pulak elok je aku tengok. Kukuh lagi. Sengaja nak seksa aku naik kereta dia hari-hari." Hani menumbuk-numbuk katil tanda protes.
"Hahha sabar jela.. maybe dia ada rasa something kot kat kau."
"Rasa apa pulak kau ni."
"Yela..Rasa.. Like falling in love gitu."
"Banyaklah kau. Malasla aku layan kau. Baik aku siap cepat-cepat sebelum aku pulak yang falling kat sini kena hempuk dengan ibu."
"Yela.. Jumpa minggu depan. Assalamualaikum." Talian terus dimatikan.
"Baju kurung pun baju kurunglah." Hani mengeluh sebelum mencapai baju kurung moden di dalam almari.
* * * * * * * *
"BETUL ke jalan ni bu?"
"Betul la. Ibu tak nyanyuk lagi." Jawab Puan Anita sambil memerhati deretan rumah teres dua tingkat.
'Haish betul ke ni. Jalan ni bukan jalan nak ke rumah mamat pelat tu ke?'
Hani memandang kiri dan kanan mencari kepastian.
"Ok stop. Dah sampai. Sini la." Puan Anita lekas membuka pintu kereta sejurus Hani memberhentikan keretanya.
'Aa sudah. Betul lah ni rumah mamat tu.'
"Jap bu. Ni rumah sapa?" Soal Hani masih inginkan kepastian.
"Masuklah dulu." Puan Anita pantas menghayunkan kaki ke arah rumah tadi meninggalkan Hani terkulat-kulat di dalam kereta.
"Arh lantaklah. Keluar je dulu."
Hani menyusul Puan Anita dari belakang.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam. Eh dah sampai. Jemput lah masuk kak." Puan Juliana mempelawa sambil bersalaman dengan Puan Anita. Hani turut menyambut salam dari Puan Juliana.
'Ni bukan kawan ibu yang datang rumah hari tu ke? Oh God jangan-jangan ni rumah dia? Habis tu Encik Syariff?'
"Eh buat apa tercegak kat situ tu Hani. Jemput lah duduk."
Lamunan Hani terganggu dengan suara Puan Juliana. Pantas dia mengambil tempat duduk sebelah ibunya.
"Duduklah dulu. Nanti saya ambilkan jaudah."
"Ish buat susah-susah aje."
"Tak ada yang susahnya kak. Sekejap ye." Puan Juliana berlalu ke dapur.
Hani yang masih terpinga-pinga memandang sekeliling rumah tersebut. 'Hmm cantik jugak. Walaupun rumah ni nampak sederhana tapi hiasan dalam tersusun mewah.'
Mata Hani terpandang ke arah satu sudut. Tak tahu kenapa kakinya seakan terpanggil-panggil untuk melangkah ke arah itu.
"Nak ke mana tu Hani?" Tanya Puan Anita sedikit bingung. Puan Anita mengangguk selepas mendapat jawapan isyarat daripada Hani.
Mata Hani masih lagi terpaku pada deretan pingat serta gambar-gambar di dinding rumah tersebut.
'World Cup Baseball Ireland Open 2006.' Hani membaca sebaris ayat yang tertulis pada pingat tersebut. Matanya beralih pula pada gambar-gambar yang tergantung di situ.
Gambar dua orang budak berkulit putih menarik perhatian Hani. Salah seorang daripadanya memakai baju baseball lengkap bertopi dan glove manakala seorang lagi hanya memakai jersi. Kedua-duanya kelihatan gembira sambil memaut bahu masing-masing.
"Ni lah anak-anak mak cik. Hani dah lupa ke dekat diorang?"
Tersetak Hani saat disapa tiba-tiba oleh Puan Juliana. Entah sejak bila Puan Juliana berdiri di sebelahnya.
"Tak pastilah mak cik Ju. Tapi tengok lama-lama macam pernah nampak." Hani masih merenung kedua muka kanak-kanak tadi. Kepalanya lingat memikirkan di mana dia pernah berjumpa dengan mereka.
"Ish... tak kan la tak ingat. Ni kan.. "
"Siapa yang datang tu ma?"
Puan Juliana tak sempat menghabiskan kata-katanya dek kerana ditegur oleh anaknya yang baru turun dari tingkat atas.
"Hah! Tulah anak mak cik. Muhammad Syariff Azmin. Tak kan Hani dah lupa dekat angah kot?" Puan Juliana memperkenalkan sambil tersenyum memandang ke arah Hani dan Azmin.
Azmin yang baru menguap terkedu saat mendengar Puan Juliana menyabut nama Hani. Hampir terjatuh dia dari tangga saat memandang ke arah Hani yang juga memandang ke arahnya dengan riak terkejut.
"Encik Syariff Chen?" Hani menutup mulutnya yang sedikit terbuka akibat terkejut. Azmin hanya mampu tersengih sambil menunduk menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
'Mampus aku!' Bisik Azmin perlahan.
A/N: Alamak! Baru published new chapter. Wattpad saya ada masalah sikit. Sekarang baru oke. Maaf kalau ada kekurangan. Saya masih belajar. 😉
IG: @_hannahchau_~Don't forget to vote & comment.
YOU ARE READING
Sayang Awak Mute!!!
Romance-Ummu Nur Hani "Hani sayangkan Angah. 13 tahun Hani tunggu Angah balik. Please keep your promised! Hani takkan terima alasan bodoh ni!" -Muhammad Syariff Azmin "Angah pun sayangkan dia dik. Angah tak berniat untuk sakitkan hati dia. Tapi mampu ke a...