BAB 22

46 1 0
                                    

Hani menatang dulang berisi piring kosong ke arah dapur. Sengaja dia merajinkan dirinya walaupun ditegas keras oleh Puan Juliana. Langkah Hani terhenti saat ingin menuju kembali ke arah ruang tamu apabila sepasang tangan menghalang laluannya.

Hani memandang tajam ke arah Azfar sebelum beralih ke sisi untuk melepasi tangan Azfar tapi gagal apabila badan itu turut mengikuti langkahnya.

"Awak nak apa?" Hani beralah akhirnya. Dia menatap ke arah Azfar yang seperti sedang mengatakan sesuatu kepadanya.

"Hah? Err sorry. Saya dah lama tak practice sign language." Hani menggaru tengkuknya  menahan malu.

Dilihatnya Azfar menepuk dahi sebelum mengeluarkan IPhone dari poket tracknya. Selesai menaip Azfar menayangkan iPhone tersebut ke arah Hani.

"Maaf mengganggu. Saya nak tanya kenapa awak pandang saya macam tu tadi?" Hani membaca perlahan bait-bait yang ditaip Azfar.

Hani sekali lagi memandang ke arah Azfar. Azfar mengangkat keningnya meminta penjelasan.

"Saya rasa saya tak perlu jelaskan. Awak pun tahu kenapa saya pandang awak macam tu." Balas Hani kemudian.

"Saya tak tahu." Azfar membalas dengan bahasa isyarat yang mudah difahami oleh Hani. Mungkin kerana dia malas menaip di hand phonenya.

"Tak tahu? Betul awak tak tahu?" Azfar mengangguk berkali-kali cuba meyakinkan Hani.

"Baik. Sebelum saya jelaskan saya nak tanya kenapa awak buat-buat tak kenal saya padahal awak tahu siapa saya?"

"Saya memang tak kenal awak."

"Awak masih tak nak mengaku?"

"Betul. Saya tak kenal awak."

Melihat Azfar yang bersungguh-sungguh meyakinkannya, Hani terdiam seketika. Hani terus memandang ke muka Azfar mencari kepastian disitu.

Suasana hening seketika sebelum Hani melepaskan keluhan berat. "Betul awak tak ingat Hani?"

Azfar mengerutkan dahinya tanda tak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Hani kepadanya.

"Saya. Ummu Nur Hani binti Tahir. Kawan lama awak. Ingat tak dulu awak,saya dan angah selalu bermain bersama? Ingat tak masa kita kat hospital? Kaki saya patah? Mesti awak ingat masa kat hospital awak kena ganggu dengan budak-budak nakal lepas tu saya..."

Kata-kata Hani terhenti apabila Azfar melambai-lambaikan tangan di hadapan mukanya. Azfar mengangguk berkali-kali seperti burung belatuk beserta senyuman di bibir.

Jari telunjuknya diangkat ke sisi dahi sebelum mendarat ke arah mata dengan kedua jari telunjuk dan jari tengah dirapatkan. Hani faham Azfar ingin mengatakan.

"Ingat! Hani!"

Memang sejak dulu lagi jika Azfar ingin memperkenalkan Hani kepada orang lain atau menanyakan tentang Hani, dia akan merapatkan jari telunjuk dengan jari tengah menunjukkan huruf H dalam bahasa isyarat ke arah mata kerana Hani mempunyai sepasang mata yang agak kecil. Untuk angah pula dia merapatkan empat jari dan diletakkan ke dahi sambil ibu jari digerakkan ke arah keempat jari tadi menunjukkan isyarat 'Abang' atau 'Angah'.

"Ingat pun. Tak perlu saya nak terangkan panjang-panjang." Hani membalas turut sama tersenyum ke arah Azfar.

"Ekhem" deheman seseorang mematikan senyuman Hani dan Azfar. Serentak mereka berdua berpaling ke arah suara tadi.

Azmin sedang memeluk tubuh sambil memandang ke arah Hani dan Azfar. "Hai kat rumah ni dah takde sofa ke sampai korang berdua berdiri kat tengah-tengah dapur ni?" Ujar Azmin separuh menyindir.

"Sibuk je." Hani menjeling geram ke arah Azmin sebelum tersenyum manis kepada Azfar lalu berjalan melewati kedua jejaka tersebut menuju ke arah ibunya.

Baru Azfar ingin melangkah mengikuti Hani ke arah ruang tamu, tangannya ditarik dari belakang oleh Azmin.

"Adik sembang apa dengan Hani tadi? Siap tersenyum-senyum lagi angah tengok."

Azfar tidak membalas pertanyaan Azmin. Dia menepis tangan Azmin sebelum meneruskan langkahnya. Tangan sengaja ditekupkan ke telinga tidak ingin mendengar panggilan bertalu-talu dari Azmin. Mahu atau tidak Azmin terpaksa mengikat tali di belakang Azfar mengikutinya ke arah sofa.

"Hani buat apa lama sangat kat dapur tu? Kan mak cik dah pesan tinggal je piring tu. Nanti mak cik boleh kemas sendiri." Hani terus disapa oleh Puan Juliana sejurus melabuhkan punggungnya di sofa.

"Takpe mak cik. Sikit je pun." Hani tersenyum manis.

"Hani cuti esok kan?" Tanya Puan Anita tiba-tiba.

"Ha'a. Kenapa bu?"

"Eloklah. Mak cik Juliana kamu cakap dia dah lama tak balik kat sini. Banyak jalan-jalan yang dia lupa. Dia mintak tolong Hani bawak Azmin dengan Azfar pusing-pusing Kuala Terengganu ni. Tunjukkan jalan." Terang Puan Anita panjang lebar.

Serentak dengan itu. Empat pasang mata memandang ke arah Hani menanti jawapan. Hani jadi tak senang duduk. 'Aduh macam mana ni. Apa kata Afiqah nanti. Esok dah janji nak pergi joging.'

Melihat kebisuan Hani, Puan Juliana manambah. "Mak Cik bukan apa. Bimbang kalau biar budak berdua ni pergi sendiri entah jumpa atau tak jalan balik ke rumah. Hani tak kesah kan?"

"Err boleh je mak cik. Pagi esok saya datang sini." Balas Hani tergagap-gagap.

"Emm baguslah macam tu." Ujar Puan Anita pula.

Azfar dan Azmin menahan senyum dalam diam.

Hampir setengah jam berlalu, Puan Anita dan Hani beransur pulang. Azmin hanya memandang kelibat Hani hilang dari pandang di sofa.

Azfar tiba-tiba mencuit lengan Azmin. Azmin memandang Azfar dengan renungan geram. Azfar hanya tersengih sumbing.

"Pandai adik berlakon ye? Tak kenal konon. Ingat angah tak tahu ke sejak balik sini adik duk stalker facebook Hani?" Ujar Azmin geram. Mata sengaja dibesarkan.

"Hahaha bukan salah Azfar. Azfar cuma nak pertahankan diri je." Gelak Azfar melihat wajah kelat angahnya.

"Banyaklah kau." Azmin menjeling sebelum mencapai handphonenya yang berbunyi tanda mesej masuk.

'Esok pukul 7. Kita nak pergi daki bukit besar. -Hani'

Azmin menunjukkan pesanan tadi kepada Azfar.

"Angah boleh join tak?" Tanya Azfar.

"Entahla." Azmin bangkit dari kerusi menuju ke arah tangga. Baru dia ingin mendaki tangga, telinganya menangkap bunyi ketukan di meja. Dia berpaling ke arah Azfar sambil mengangkat kening.

"Can I have her number?" Tanya Azfar tersengih.

"No way!" Azmin terus mendaki naik ke tingkat atas.

'Ceh! Takpe. Hendak seribu daya.' Bisik hati Azfar.




A/N: Hai... 😉 Maaf kalau chapter ni kurang menarik. Banyak pula saya guna sign language kali ni. Hihihi kalau ada yang tak faham boleh tinggalkan komen ataupun direct message di Ig saya. Siapa tahu mungkin kita boleh jadi kawan. ☺
IG: @_hannahchau_

Information: FB-> Syariff Chen & Syaiful Chen.

~Don't forget to vote and comments ❤

Sayang Awak Mute!!!Where stories live. Discover now