Selepas menunaikan solat asar, Hani terus bersiap-siap untuk keluar. Petang itu Hani hanya mengenakan t-shirt lengan panjang dan berseluar slack. Tudung shawl berwarna biru gelap dililitnya ke kepala. Hani mencapai kunci keretanya lalu berlalu keluar dari bilik.
"Nak pergi mana tu kak?" Tanya Puan Anita saat melihat anak perempuan tunggalnya bersiap-siap untuk keluar.
"Jumpa kawan bu. Sekejap je. Nanti Hani balik awal."ujar Hani.
"Yelah. Hati-hati bawak kereta tu. Terengganu pun jammed sekarang ni." Nasihat Puan Anita.
"Ai ai captain." Balas Hani lalu menyalami tangan tua Puan Anita. Puan Anita menggelengkan kepalanya melihat gelagat Hani yang sedikit kebudakan itu.
Hani sedikit membongkok untuk menyarungkan kasut sukannya ke kaki. Satu kebiasaan baginya jika hendak keluar rumah. Dia memang tidak suka kakinya terdedah kepada debu atau kotor.
Kereta Evo milik abang Hani yang dinaiki gadis tersebut meluncur keluar daripada kawasan perumahan Taman Murni Indah.
Hani memang seorang yang mendahului masa. Sebelum pukul 5 dia sudah tercongok seorang diri di dalam cafe yang dijanjikan. Hani mengambil tempat di tempat yang sedikit terdedah supaya Syariff Chen dapat melihatnya.
'Hai lambat lagi ke mamat ni. Menyesal pulak aku setuju nak jumpa hari ni. Melepas nak tengok Running Man." Gumam Hani selepas hampir setengah jam dia menunggu lelaki tersebut. Hani meneruskan permainan Candy Crush di dalam handphonenya.
Hani sedikit mendongak saat merasa ada seseorang duduk di kerusi dihadapannya. Handphone kembali diletakkan diatas meja.
"So?" Tanya Syariff sejurus sampai di situ.
"So?" Tanya Hani kembali. Bingung.
'Apa kena mamat ni baru datang tiba-tiba 'so?'. Bebel Hani."My money."
Hampir tersungkur Hani mendengar jawapan Syariff Chen. 'Ya ampun mamat ni. Dah la datang lambat tak mintak maaf. Dah datang terus tanya pasal duit. Memang gila duit betul mamat ni.' Kutuk Hani. Geram.
"Oh! About your money. Look Mr. Chen...."
"Just call me Syariff." Potong Syariff tiba-tiba.
'YA ALLAH mamat ni memang suka sangat potong cakap aku. Memang kena pergi hantar khusus kemahiran sivik betul. 'Bentak Hani lagi. Tapi dalam hati je.
"Ok Syariff. Pasal duit awak tu. Boleh tak saya nak mintak tangguh bayar?" Tanya Hani serba salah.
"Pardon?"
"Macam ni. Saya student lagi. Lagipun saya belum dapat kerja part time lagi. Boleh tak saya bayar selepas dapat kerja nanti? I mean hujung bulan?" Hani menjelaskan. Syariff Chen kelihatan sedang memikirkan sesuatu.
"Saya tahu awak tak percayakan saya but saya janji dapat gaji part tima nanti saya terus bayar." Hani masih mencuba nasib. 'Jatuh saham aku macam ni.' Ngumam hati Hani.
"Ok but apa jaminan yang saya boleh percayakan awak?" Soal Syariff sambil melihat wajah Hani. Mukanya masih diseriuskan.
'Alamak! Jaminan la pulak. Apa jaminan yang aku nak bagi ni?' Bisik hati Hani. Tiba-tiba Hani terpandang cincin emas di jari manisnya. Cincin yang telah lama tersarung di situ ditanggalkan lalu dihulurkan kepada pemuda tersebut.
Syariff memeluk tubuh sambil mengangkat kening menunggu Hani menjelaskan.
"Saya tahu harga cincin ni tak seberapa tapi ni cincin turun temurun keluarga saya. Saya harap awak dapat terima cincin ni sebagai jaminan untuk kamera awak tu." Terang Hani sambil bermain-main dengan jari.
YOU ARE READING
Sayang Awak Mute!!!
Lãng mạn-Ummu Nur Hani "Hani sayangkan Angah. 13 tahun Hani tunggu Angah balik. Please keep your promised! Hani takkan terima alasan bodoh ni!" -Muhammad Syariff Azmin "Angah pun sayangkan dia dik. Angah tak berniat untuk sakitkan hati dia. Tapi mampu ke a...