BAB 4

93 4 0
                                    

"Hahaha... tak baik betullah angah cakap kat dia macam tu. Budak comel macam tu pun angah nak sakat." Muhammad Syaiful Azfar tidak dapat menahan ketawa.

"What?! Betul apa angah cakap. Mulut dia punya muncung macam itik. Adik tak nampak ke muka dia dalam lift tadi. Seram angah." Gelak Muhammad Syariff Azmin sambil berbaring di sofa. Topi diletakkan di atas meja yang sudah tersedia di dalam bilik tersebut.

"Cakap kat sini berani la. Cuba angah cakap depan-depan. Adik berani kerat jari la. Mesti angah tak berani."cabar Azfar.

"Hahaha memang tak la. Tengok muka dia pun angah dah seram masa dia pusing belakang dalam lift tadi. Hui.. simpang malaikat 14." Ujar Azmin. Sambil senyuman di bibir, Azmin menekat butang on pada kamera nikon kesayangannya. Melihat gambar-gambar yang diambilnya sepanjang bercuti di Pulau Redang itu semakin melebarkan senyumannya.

"Tapikan angah, siapa perempuan tu tadi? Adik macam pernah tengok je." Tanya Azfar tetapi melihat mata angahnya yang sibuk menatap kameranya itu sudah membuatkan Azfar tahu angahnya tidak akan  membalas pertanyaannya.

'Hai susah la nak tanya kalau mata dia tak tengok sini. Oi angah fahamilah adikmu yang inginkan jawapan ini.'gumam Azfar di dalam hati. Memang sukar bagi Azfar untuk bercakap dengan Azmin jika mata Azmin tidak memandang kearahnya kerana mereka bercakap menggunakan kod tangan. Azfar seorang yang bisu sejak lahir akibat demam kuning yang dihidapinya sewaktu bayi. Azfar beruntung kerana masih dapat mendengar dengan baik.

Mata Azmin masih lagi memandang ke arah kameranya. Satu-persatu gambar gadis yang sengaja dilanggarnya tadi dibeleknya.

*      *       *        *         *          *

MATA Muhammad Syariff Azmin tidak lepas daripada memandang ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di atas kerusi roda selang tiga bangku daripadannya. Melihat kaki kanan kanak-kanak tersebut yang berbalut membuatkan Azmin tersenyum sendiri. 'Besarnya kaki dia' bisik Azmin dalam hati sambil mengulum senyum.

'Kenapa budak ni duduk sorang-sorang. Mana mama dia. Kesiannya.. Mesti dia takut.'bisik hati Azmin lagi. Ketika itu Azmin sedang menunggu jururawat memanggil namanya untuk pemeriksaan jantung di Hospital Sultanah Nur Zhahirah.

"Ummu Nur Hani binti Muhammad Tahir sila masuk ke bilik rawatan." Kedengar suara jururawat memanggil seseorang. Kepala Azmin pantas memandang ke arah kanak-kanak perempuan tersebut apabila terdengar seseorang menguman sendiri.

"Ish! Macam mana nak bawa kerusi roda ni. Susahnya. Mana nurse ni." Hani membebel sendiri apabila dia tidak dapat mengawal kerusi roda itu sendiri kerana itu pengalaman pertamanya menaiki kerusi roda. Matanya memandang sekeliling mencari jururawat yang bertugas.

Azmin bangun perlahan-lahan dari kerusinya. Dia baru ingin melangkah tetapi terhenti apabila lengan bajunya ditarik. Dia tunduk memandang ke arah adiknya. Tangan diangkat menunjukkan isyarat 'tunggu' kepada Azfar. Azfar mengangguk sambil menyambung permainan PSPnya.

Azmin melangkah perlahan-lahan ke arah kanak-kanak perempuan tersebut. Tangannya memengang pemengang belakang kerusi roda. Hani sikit mendongak apabila terasa ada sesuatu di belakangnya.

"Mari saya tolong." Ujar Azmin sambil tersenyum ke arah Hani. Perlahan-lahan Azmin menolak kerusi roda Hani ke arah bilik X-Ray selepas melihat anggukkan daripada Hani.

Azmin sedikit tersetak apabila ada sesuatu jatuh ke atas dadanya. Azmin mengambil topi yang dibaling oleh Azfar sebenar tadi dan diletakkan di atas meja sambil merenung marah ke arah Azfar. Memori 13 tahun lepas terus lesap dari ingatannya.

"What?! Tanya Azmin kepada Adik kesayangannya itu.

"Feri dah sampai tu."terang Azfar sambil menunding ke arah luar beranda.

"Semua dah turun ke?" Soal Azmin sambil bangkit dari sofa. Kamera nicon disangkutnya ke leher.

"Dah! Angah je berangan dari tadi." Balas Azfar lalu mangangkat beg untuk dibawa turun.

"Beranganlah sangat. Jomlah." Azmin membalas sambil keluar daripada bilik penginapannya.

Azmin yang sedang mengunci pintu bilik rasa terganggu apabila Azfar mencuit bahunya sambil menunjuk ke satu arah. Azmin tersenyum melihat Ummu Nur Hani dan Puan Anita sedang mengheret beg masing-masing ke arah lift.

'Masih ketot macam dulu."bisik hati Azmin. Azmin sengaja melambat-lambatkan masa mengunci pintu bilik kerana dia tidak mahu menaiki lift yang sama dengan Hani dan ibunya. Entah kenapa dia merasa segan dengan Puan Anita.

Selepas bayangan Puan Anita dan anaknya hilang di dalam lift barulah Azmin meneruskan langkahnya. Azfar yang sibuk dengan Iphonenya hanya mengikuti langkah Azmin seperti ada tali yang mengheretnya.






A/N: Apakah  hubungan Azmin dengan Hani? Kenapakah Azmin segan ingin bertemu dengan Puan Anita. Dan adakah Hani tahu tentang Azmin? Wait for the next chapter. Teruskan menyokong Sayang Awak Mute!!! Contineu reading ^_^
IG: @kyominhwan

P/s: jangan lupa tag kawan-kawan.

Sayang Awak Mute!!!Where stories live. Discover now