2

10.2K 460 9
                                    

Firstly, kita kena sampai office 10 mins lebih awal dari boss.
Prepare yourself. Kemas meja you. He likes cleanliness, perfection. Meja boss jangan usik nanti roboh building.
Next, buatkan dia coffee. Hitam pekat ok 4 sudu serbuk kopi dan 2 sudu gula. JANGAN LETAK SUSU!! dia tak suka.
Jangan terlalu ikutkan mood dia (101% Husna Delisha tak Akan sebab dia sentiasa positive!)
Cekap! Buat kerja elok elok.
Last but not least.... Bersabarlah dengan Encik Laith tu.

Husna Delisha tertawa membaca nota kecil sebagai 'reminder' nya daripada Rania.

"Kak Nia... Antara Encik Laith dan Husna, rasanya... Laith Zafri tu kena belajar bersabar dengan Husna Delisha."
Husna melekatkan nota itu pada papan notis kecil di dalam biliknya.

Husna menghempaskan badannya diatas tilam empuk katilnya.

"Esok dah start kerja. New day, new chapter in my life story. New experience, and a new journey begins."

Husna mengejamkan matanya.

Positive. Optimistic. Itulah sifat semula jadinya.

--

"Awal Husna bangun?" Tegur kakak sulungnya, Balqis Melisha.
"Husna Delisha akan bekerja selama dua minggu sahaja menggantikan Rania." Jawabnya ceria.
Balqis mengerutkan dahinya. Tidak tahu pula dia kisah itu. Mungkin Lutfiya Felisha tahu kisah adik bongsu mereka.
"Dua minggu? Gaji?" Soal Balqis.
"Gaji tu... Husna lupa tanya Kak Rania. Ada maybe.. Ala Kak takda pun takda kan.. Husna gain experience and knowledge. Duit tu kira nantilah.." Katanya selamba membuatkan Balqis ternganga.
"Tenaga Husna habis dipakai lepas tu takde gaji macam tu masih okay ke Husna Delisha oiii?? This is 2016, ada ke orang nak buat something for free?" Balqis menggelengkan kepalanya. Dasar naif, baik tak bertempat!
Mengamuk Lutfiya kalau tahu Ni.
"Adalah Kak.." Husna jawab dengan tenang.
"Hah... Siapa?" Soal Balqis mencekak pinggang memandang wajah adiknya.
"Husna lah!" Jawab Husna dalam tawa, sentiasa bahagia.
"Ish... Ada keuntungan untuk Husna ke buat macam Ni?" Balqis merenung wajah Husna. Jarak 15 tahun diantara mereka membuatkannya merasakan tanggungjawabnya terhadap Husna adalah besar.
"Kak, mungkin dengan kerja free macam tu tak beri faedah dekat Husna but it may be very bermanfaat to others. Husna tolong permudahkan urusan orang, inshaAllah, Allah akan permudahkan jugak urusan Husna. Besides, tak rugi pun Kak. Dapat pahala tolong lagilah ada." Husna menayangkan senyuman manisnya.

"I don't know what to say anymore. Kak Qis dah beri advice. Kalau Kak Yaya tahu Husna..."
"Mama dan abah, Nek umi dan atok... Abang Zulfikri dan Abang Razi... Jiran kita.. Husna, Husna!" Husna mengikut mimik dan suara Balqis.
"Malas lah. Nanti pandailah cakap dengan mereka." Kata Balqis lalu meninggalkan Husna di dapur.

--

"Cik Husna Delisha Othman?" Kata perempuan itu, memandang wajah Husna yang sedang tekun membaca buku.
"Ya, saya?" Jawabnya, cepat cepat menyimpan buku ke dalam bag tangannya.
"Encik Laith Zafri nak berjumpa dengan cik dia tak sempat jumpa nanti." Tatiana berkata. Cantik Manis saja sepupu Rania ini.
"Oh sure.. Um, by the way don't call me cik. Awkward.." Kata Husna, tersenyum manis.
"Yalah.. Jom!"

Mereka berjalan beriringan ke pejabat Laith.
"Okaylah, ni ofis dia tu tempat Nia.. Awak bersabar jelah dengan singa jantan tu." Tatiana membuat wajah jelik membuatkan Husna tertawa.
"Yalah. Ujian awak semua dapat dia jadi boss. One day he'll change, inshaAllah." Husna tersenyum manis sentiasa.
--
Husna mengetuk perlahan pintu pejabat Laith.
"Masuk!" Suara garau dan husky milik lelaki menyahut.
"Assalamualaikum." Husna memberi salam. Satu senyuman dihadiahkan kepada lelaki yang tunduk menulis.
"Hi, Encik Laith Zafri." Husna Delisha berdiri di tempatnya tadi. Tidak tahu hendak melakukan apa dengan bosnya membisu itu.
"Tak garang macam singa, senyap macam tikus je.." Kata Husna perlahan.
"Tak nampak ke orang busy. Ada apa?" Soalnya kasar, melempar pen ke atas meja dengan sengaja. Matanya bulat Dan tajam memandang Husna.

Husna menarik nafasnya sedalam-dalamnya. Senyumannya kekal terukir pada wajahnya.
"Saya, Husna Delisha. The one yang akan kerja dekat sini untuk 14 hari... Er, Encik Laith Zafri Yang nak jumpa tadi. Encik tak ingat eh.."

Laith menjeling tajam. Pantang sungguh dirinya apabila ditegur sedemikian.
"Resume. Introduce yourself." Mendatar suaranya.
"Husna Delisha Othman..." Laith menyuruhnya berhenti.
"Tell me about your experience. Pernah bekerja?" Soal Laith memandang tepat anak mata Husna yang hitam pekat.
Terpana memandang mata cantik itu.
"Okay. A few minutes ago you're asking me to introduce myself.. Never mind that! I pernah buat internship with several companies when I was in the State. Considered that as an experience too?" Husna tersenyum memandang wajah 'bos' nya yang kelihatan agak khusyuk memandang dirinya yang becerita.

"Your major is Business? Do you know how to buat kerja macam Rania?" Laith bertanya lagi.
"InshaAllah.. Anything else, boss?"
Laith dengan wajahnya menggelengkan kepala.

"Okay. Saya mula kerja dulu, I hope I can help you for the whole 14 days.. Kalau nak apa-apa, saya ada. And oh.. Encik Laith?" Husna memandang bossnya yang sudah membaca document.
"Yes?" Laith mengangkat kepalanya.

"You're a good looking man, smile more. Don't frown too much.. Senyum tu sedekah." Kata Husna, memberikan satu senyuman kepada Laith dan terus beredar.

"Berani eh.." Kata Laith dalam diam, satu senyuman terukir pada bibirnya. Husna Delisha..
Laith menggelengkan kepalanya.
Focus on work Laith!

Untuk 14 Hari...Where stories live. Discover now