13

7.6K 349 18
                                    

Telefonnya berdering. "Kak Nia!" Jawab Husna sejurus menjawab salam Rania.

"Macam mana kerja?" Soal Rania kepada Husna.
"Okay je! Best.. Encik Laith taklah segarang yang akak cakapkan." Husna tersenyum manis, terbayang wajah Laith.

"Sha, dah terjatuh ek?" Perli Rania. Husna berdehem. "Jatuh apa Kak Nia oiii!"
"Jatuh cinta dengan Laith Zafri?" Husna mengetap bibirnya. "Eh... Um! Mana ada lah Kak! Sha, cuma ada 11 hari lagi."
"Sha, jatuh cinta tu tak kira berapa hari pun. Dalam sesaat pun boleh." Kata Rania.
"Um, tengoklah macam mana. Okay Kak? Sha nak tidur. Assalamualaikum."

"Siapa call?" Soal abahnya, Othman.
"Kak Rania. Kenapa abah?" Soal Husna pula kepada abahnya itu.
"Tak... Um, Sha. Budak lelaki yang datang ke mari tu, baik orangnya. Sesuai dengan Sha.." Othman memerhati wajah si bongsunya itu.
"Abah. Dia.. Kawan je. Um, we'll talk about this later ya? Goodnight Abah!" Husna memeluk abahnya sekuat mungkin.

*****
Husna tiba di pejabat lebih awal daripada biasa.
Dia, perlahan-lahan masuk ke bilik pejabat Laith.
Dia melihat satu biji telur yang tinggal di atas meja kerja Laith.
Nama yang tertulis di kulit telur itu dibacanya.
Husna Delisha

"Tak ada sebab saya nak marah dengan awak, Husna Delisha."
Kata satu suara mengejutkan Husna.
Tanpa sengaja, angkara terkejut, Husna melemparkan telur ke arah suara itu.

"Oh my God... I am so sorry.... Encik Laith... Saya...." Husna menggigit bibirnya apabila melihat Laith yang 'mandi' telur.
"Shh. Dah Husna, teman I balik tukar baju Dan mandi. Now!" Kata Laith.
Husna sendiri tidak pasti sama ada Laith marah atau tidak tapi yang pasti dia kena ikut Laith.


Laith berdehem. "Senyap je?" Katanya memecahkan kesunyian antara mereka.
"Kenapa awak tidur dalam office?" Soal Husna.
"I was waiting for you.. I feel awful for treating you like that. Husna Delisha, I'm sorry." Laith memadang wajah Husna.
"I do understand what you've been through. It was a brutal day.. No, it's okay I faham. You don't owe me an apology. Why-are you waiting for me, anyways?" Soal Husna hairan.
"Sebab, saya fikir after what I did to you- you pun akan buat benda sama macam mereka.. You know,I thought you left me." Laith menggigit bibirnya.
"What.. No! I won't leave you, for the time being. Apalah Encik fikir macam tu..." Husna tertawa kecil.
"That's my biggest fear. I, takut gila thinking about you yang maybe akan tinggalkan I jugak." Laith mengeluh.
"Encik Laith?" Husna berkata perlahan.
"Yes, milady?" Soal Laith.
"Boleh bukak tingkap tak? Bau telur..." Kata Husna menahan tawa.
"Oh, perli I eh?" Laith turut ketawa. Dia mencuri pandang ke arah Husna yang ketawa. Manis sekali wanita itu. Husna Delisha....

***

"So, inilah rumah saya. Saya tinggal kat sini dengan Mak Mah dan Pak Man." Katanya.
Husna hanya tersenyum melihat rumah itu.
Pada luar sahaja sudah tahu kemewahan dan kekemasan rumah ini.
"Mi casa su casa." Kata Laith.

Mereka masuk ke dalam rumah, melihat Mak Mah dan Pak Man yang sedang bersarapan.
"Zafri.. Ya Allah! Ke mana pergi kamu semalaman? Mak Mah punya lah risau..." Mak Mah menerpa ke arah Laith.
"Ni apa ni bau telur?" Soalnya lagi.
"Mak Mah, Zafri tidur di pejabat semalam. Bau telur sebab..." Laith menunjuk ke arah Husna yang berdiri di sebelahnya.
"Cantiknya! Siapa ni Zafri?"
"Assalamualaikum. Saya Husna Delisha, Mak Mah." Tanpa di suruh Husna menyalami tangan tua mak Mah dengan penuh hormat.

"Zafri, pergi mandi. Biar Mak Mah dengan Husna." Katanya. Laith berlari anak ke atas.

"Husna, duduklah." Pelawa Mak Mah.
"Terima kasih, Mak Mah." Husna duduk bersama dengan Pak Man.
"Husna, nak makan apa?" Soal Mak Mah.
"Eh, takpe. Nanti Husna tunggu L..Zafri!" Husna tersenyum manis.
"Husna ni kekasih Zafri ke?" Soal Mak Mah.
"Eh! Awak ni.. Budak tu baru nak minum." Tegur Pak Man.
"Eh, takpe. Bukan Mak Mah." Jawab Husna perlahan.
"Kalau bukan kekasih, mesti istimewa ni.. Sebab, Zafri tak pernah bawa mana-mana perempuan balik." Kata Mak Mah.
Husna hanya tersenyum.

"Husna..." Terdengar suara Laith memanggilnya Dari atas.
"Saya belum lari lagi." Jawab Husna.
"Nak APA kamu ni Zafri... Jerit macam gorilla!" Kata Mak Mah membuatkan Husna ketawa.

"Nak Husna.. Eh! Nak minta tolong Husna." Cepat-cepat Laith membetulkan ayatnya.

"Tolong apanya?" Jawab Mak Mah dengan pantas.
"Husna, tolong saya iron baju. Please."
"Mak Mah, saya iron baju dia kejap ya?"
Husna menaiki tangga. Di ruang tangga itu dipenuhi dengan gambar Laith. Sewaktu bayi pada anak tangga pertama dan gambarnya yang dewasa pada tangga teratas.
"Husna!" Tegur Laith.
"Whoaaaa! Encik Laith!" Husna memandang ke arah lain apabila Laith muncul dengan hanya bertuala di hadapannya.

"Ops! Sorry.. Boleh tolong iron baju tak? Awak jalan je lurus, tu bilik pakaian. Kat sana ada barang yang awak perlu." Katanya.
Husna hanya mengangguk dan mengikut arahan Laith.

**
Husna menggantung seluar slack hitam dan baju kemeja bewarna hijau pastel di muka pintu almari itu.

"Encik Laith. Baju dan seluar dah saya seterika. Saya Turun ke bawah dulu." Kata Husna lalu pantas turun ke bawah.

"Haaaa... Husna, jum! Sarapan." Kata Mak Mah.
Husna membantu Mak Mah menyusun barangan untuk sarapan.
"Sedapnya, Mak Mah masak apa?" Kata Laith yang baru saja tiba. Dia sedang melipat sleeve bajunya hingga ke paras siku.
"Mee goreng je. Sementara tunggu kamu berdua Mak Mah sempat goreng." Katanya.
"Awak nak tea or coffee? Ke juice?" Soal Husna kepada Laith.
"Coffee." Husna menuang kopi untuk Laith. Mee turut diambilnya untuk Laith.
"Bon appetite!" Kata Husna tersenyum manis menghidangkan makanan untuk Laith.

"Thank you, Husna." Kata Laith. Tersenyum Manis memandang Husna. Ini merupakan pertama Kali seorang wanita melayannya begitu. Syazia sendiri tidak pernah membuatnya seperti ITU.

"Untung Zafri kalau beristerikan Husna.. Pak Man rasa hidup Zafri pasti teratur.." Kata Pak Man, suami Mak Mah. Lelaki itu sememangnya seorang yang pendiam sedikit.
"In sha Allah." Jawab Laith, mencuri pandang ke arah Husna yang sedang sibuk melayan Mak Mah.

Satu senyuman terbit pada bibirnya.

Untuk 14 Hari...Where stories live. Discover now