Husna membersihkan luka pada tangan Laith.
"Awak nak tahu tak apa yang mama dan papa cakap yang saya ingat sampai saat ini?" Soal Laith menarik perhatian Husna.
"Apa?" Soal Husna, sambil perlahan-lahan membalut knuckles Laith.
"Papa pernah cakap, saya anak tak guna, dia bencikan saya. Mama pun cakap dia nak suruh saya berambus dari hidup dia. Dia bencikan saya. Kalau boleh, mereka tak nak tengok saya lagi seumur hidup mereka." Air mata Laith menitis. Jatuh lagi air matanya.
"They hate me Husna! What's the point saya nak.. They hate me. Mereka bencikan saya, Husna.." Laith menangis sekuat-kuatnya.
Betapa selama ini dia menyimpan rasa sakit itu. Betapa dia sakit memendam segalanya."Hey... If they hate you, kenapa Puan Sri sanggup merayu, menjatuhkan martabatnya sebagai ibu semata-mata nak Encik balik? Laith, kita nanti dengar explanation mereka and you explain dengan mereka pulak. How 'bout that?" Kata Husna, mengemaskan sedikit balutannya.
"Umm... Tengoklah! Cantik balutan?" Kata Laith, bercanda.
"Saya ini waktu sekolah dulu ahli PBSM tau.. Ha, encik pulak?" Husna tersenyum menampakkan giginya."Taekwando. Banggalah jadi ahli PBSM?" Laith giat mengusik Husna.
"Of course! Encik apa tau.. Dah! Tak nak balik office ke?" Husna merenung wajah Laith."Kita rehatkan diri dulu. Nak drive?" Kata Laith memberikan kunci keretanya kepada Husna.
"Porsche kot! Once in a blue moon so why not!" Laju sahaja tangan Husna mengambil kunci dari Laith.
---
"Husna Delisha?" Laith memecahkan kesunyian di antara mereka.
"Ya?" Husna melihat sekilas wajah Laith.
"Awak.... Pernah tak terfikir.. Kenapa, orang senang dengan awak?" Laith berdehem. Rasa asing menjadi penumpang dalam keretanya sendiri dengan Husna memandu 60 km/j.
"Entahlah, encik Laith. Saya tak pernah wonder kenapa orang suka saya or fikir kenapa mereka tak suka saya.. Tak penting, bagi saya." Husna tersengih. Baru sahaja mula bekerja namun dia berasa selesa dengan Laith."Tak penting? Wow! Tak kisah ke people's impressions toward you?" Laith bertanya lagi.
Husna menggelengkan kepalanya.
"Tak pernah fikir nak orang suka ke?" Soal Laith Dan sekali lagi Husna menggelengkan kepalanya."Laith Zafri, kalau kita hidup di dunia Ni asyik nak puaskan hati orang. Nak semua orang sukakan kita... Memang payahlah! Different people have different point of views. Some may like you and some may not. Kita just live life to the fullest as long as we're happy. Kita tunaikan Dan kerjakan ibadah kita as orang Islam. Be good and be kind to everything
Whether tu manusia ke binatang or even tumbuhan.
Kalau kita hidup nak puaskan hati manusia, mahukan pujian Dan disanjungi memang sampai mati kita akan sibuk dengan duniawi." Husna berkata selamba membuatkan Laith terkedu."What if.. Orang start buat jahat dengan kita?" Soalnya lagi.
"Buat jahat biarlah dia buat jahat. Kita janganlah balas jahat balik. Kita baik je dengan dia, tak perlulah kita nak ikut rentak dia. Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang." Husna tersenyum manis.Dari sisi Laith dapat melihat lesung pipit itu dengan jelas.
"Tak penat ke jadi baik?"
Husna memandang wajah Laith.
"Penat tu.... Penat lah jugak kekadang encik Laith. Tambahan lagi ada certain orang yang take us for granted but takpe. Tak rugi buat baik, dapat pahala."Husna mengukirkan senyuman yang manis.
Perlahan-lahan Laith turut mengukirkan senyuman. Otaknya giat mentafsir Dan mendalami maksud kata-kata Husna.
YOU ARE READING
Untuk 14 Hari...
RomanceUntuk 14 Hari... Mengisahkan pertemuan dan perkenalan di antara, Husna Delisha dan Laith Zafri. Seorang gadis yang periang, positif, optimistic dan sentiasa tersenyum. Bertemu dengan seorang lelaki yang pemarah, ego, negatif, dan sangat grumpy! Sik...