18

6.8K 374 11
                                    

"Apa mimpi Sha datang rumah akak?" Tegur Luthfiya memangku anak bongsunya, Mayesa.
"Um, saja. Rindu dengan bebudak Ni." Husna menimang- nimang kucing kakaknya, Bulat.
"Rindu bebudak... Tapi yang mangsanya Bulat?" Luthfiya memandang adiknya itu.
"Sha.. Nak Tanya something lah dengan akak.." Husna melepaskan Bulat yang sengsara wajahnya. Sejujurnya kucing kakaknya itu tidak gemarkannya.
"Kenapa?" Luthfiya merenung adiknya tu.
"Kak Yaya, macam mana nak tahu kita jatuh cinta?" Soalnya perlahan.
Luthfiya hairan mendengar soalan Husna. Jarang adiknya malah ini pertama kali dia mendengar perkataan keramat itu dari Husna.
"Susah nak di gambarkan apa itu cinta, Husna Delisha. Tetapi, yang pasti apabila kita jatuh cinta dengan seseorang... Orang itu menjadi keutamaan kita. Macam mana akak nak cakap.. Contohnya okay! Kak Yaya cintakan si Bulat ni, kekadang akak akan spend more time dengan dia pada waktu rehat akak. Akak ni busy woman tapi akak still nak spend time dengan Bulat. Sha fahamkan? Ala... Dah besaq panjang mestilah tahu kan?" Luthfiya memandang adiknya.

Husna memberikan senyuman kepada Luthfiya.
Mungkin itu firasatnya. Tidak mungkin dia....

***

Telefon Husna berdering.

Laith Zafri

Panggilan itu segera di jawabnya.

"Assalamualaikum!" Husna memberi salam.

"Waalaikumsalam. Husna Husna Husna!! Guess what?" Girang sungguh bunyi Laith di hujung telefon.

"What?" Husna dapat rasa itu mengenai kek semalam. Pasti ini Syazia!

"Husna! Syazia called me 3 minute yang lepas! Can you believe it! Yes!" Husna dapat membayangkan senyuman yang mekar pada bibir Laith saat ini.

Husna tertunduk. No! I should be happy.
Dia memaksa dirinya untuk mengukirkan senyuman.

"Uh-oh! Wow.. Lajunya. Congrats? Apa yang dia cakap?" Husna berdehem mengawal suaranya.

"Dia cakap terima kasih untuk kek tu dia suka. Dia teringat first try saya buat kek tu. Disaster! But now it is perfect.. And kita borak kosong je." Kata Laith penuh teruja.

"Baguslah dia suka! Told ya dia akan cair punya bila awak buat something special untuk dia. So, kiranya sekarang ni step nak get back together lah ya?" Kata Husna. Dia tidak suka apa yang dikatakannya.
Tapi dia tidak boleh bersikap sedemikian. Husna Delisha sendiri yang menghulurkan bantuan untuk membantu Laith untuk menjadi orang yang bahagia, ceria, positif.
Dia mesti menunjukkan sikap dan sifat itu.

"Ya.. Ya! I think so? Sebab.... Sekarang ni kami sedang berbalas mesej and ingat zaman we were in love. Anyway, lupa kan hal tu. Saya nak tanya about meeting saya esok dengan Dato' Kamaruzzaman?" Laith merasakan dia terlalu banyak bercerita mengenai soal Syazia. Takut juga jika Husna naik bosan mendengarnya.

"I'm wishing you good luck. I hope you and her will be together...soon. And you'll find your happiness." Husna terdiam sejenak.
"About the meeting, esok sewaktu selepas lunch hour bersama- sama dengan pihak accountant dan beberapa orang arkitek, engineer dan kontraktor, you and the team akan berjumpa beliau dekat ofis nya then menurut PA nya, korang akan discuss about the project bersama." Husna menerangkan kerja Laith untuk esok hari.

"I see.. Baguslah macam tu. Tak sabar jugak nak habiskan project tu. So, I rest my case. Good night, Husna Delisha."

"Good night, Laith Zafri."

"Sweet dreams, princess!" Kata Laith.
"Same goes too you, prince." Balas Husna.
"Sleep tight, sleeping beauty." Laith masih tidak mahu memutuskan panggilan.

"Sleep tight too, prince charming."

"Don't let the bed bugs bite, H.D!"
"Never let them bite you, L.Z!" Husna juga tidak mahu kalah.

"Jangan lupa basuh kaki." Pesan Laith.
"Dah basuh. Siap di sabunkan lagi!" Usik Husna.

"Amboi. Baca doa sebelum tidur." Laith, sekali lagi memberikan pesanan kepada Husna.

"Macam mana nak tidur... End the call please.." Husna sudah mengantuk.

"Oh.. Belum eh. Hmm, Husna?" Suara Laith perlahan.

"Hmm?"
"Mimpikan saya tau. Confirm awak takkan nak bangun dari tidur punya!" Kata Laith dalam tawanya.

Husna tersenyum sendiri. Mesti menjadi indah. Lagi indah kalau itu bukan sekadar mimpi.

"Saya nak baca Ayat Kursi supaya tak mimpi awak. Scary!" Husna mengusik.

"Berani eh? Okay..ke awak nak saya nyanyikan awak lagu..."
"Laith Zafri. Dah pukul 1 pagi ni! Awak tak nak saya turun kerja ke esok?" Kata Husna, dalam unsur ugutan.

"Eh jangan! Okay.. Saya nak letak ni. Goodnight, Husna."

Panggilan diputuskan.

Husna tersenyum. "Goodnight, Laith."


__________

Thanks semua for the lovely feedbacks! Serious saya suka sangat baca comment korang
Saya harap awak semua enjoy baca kisah Husna & Laith.

Anyway! Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua :)

Untuk 14 Hari...Where stories live. Discover now