24

8.1K 354 9
                                    

"For his happiness, please." Husna memegang tangan Puan Sri Rana. Begitu tinggi harapannya agar cadangan Laith untuk bertunang dengan Syazia ditunaikan.

"Masalahnya, she is the exact person yang lukakan hati Laith dulu, Husna." Ujar Puan Sri Rana.
Mana mungkin dia merelakan satu-satunya anak kandungnya bersama wanita yang banyak melukakan  hati anaknya itu.

"I know.. But that's what he wants.. The only thing Husna takut is.. Him leaving? Aunty, you know Laith kan? Dengan condition dia.." Keluh Husna.

The thought of him leaving scares me..

"Fine! Aunty terima.. Semua Ni sebab Husna! And Laith." Puan Sri Rana mengeluarkan telefonnya.

"Aunty dah mesej dia.. Rasanya, mungkin malam nanti dia datang ke mari. Laith ke mana ya? Selalunya kamu berdua lunch sama." Hairan juga hati tuanya. Dahulu, Husna Dan Laith macam belangkas. Namun, sejak kebelakangan ini, mereka nampak renggang sedikit.

Husna mengetap bibirnya. Terbayang pada mindanya, Laith merangkul bahu Syazia dan dengan senyuman manis mereka berjalanan berpegangan tangan ke arah kereta.

"Dia.. Keluar dengan Syazia." Husna berdehem, khuatir jika Puan Sri Rana tahu apa yang dalam isi hatinya.

Wanita yang berusia separuh abad itu memegang tangan Husna. "Memang sakitkan menyayangi dan mencintai orang yang mencintai wanita lain?"
Kata-kata Puan Sri Rana mengejutkannya. Wanita itu memberikan senyuman kepada Husna yang terkedu.

"Beritahu aunty, Husna. Kenapa Husna buat semua ini? Kenapa perlu seksa diri kamu untuk kebahagiaan Laith? Kenapa masih nak stick to one even the 'one' hurts you too much without him realizing it?" Puan Sri Rana memandang ke dalam anak mata Husna. Matanya berkaca, tubir matanya terasa berat dan hangat. Dia sendiri pernah mengalaminya apabila suaminya membawa wanita lain dan berkahwin dengan wanita lain.

"Because... Love needs sacrifices. To love is to get hurt. Husna buat ni sebab.. He deserves to be happy. Syazia is his choice, his happiness. Husna, hanya di sini 14 hari saja. I stick with one, Laith because that's how it is. You're not gonna leave one because a mistake kan? Everyone makes mistake.. And therefore everyone deserves another chance." Husna mengelap pipinya yang basah dengan air mata.

Puan Sri Rana turut sama menangis. Selama ini, dengan suaminya curang, dia turut melakukan perkara sama, melukakan hati anaknya dengan perbuatan mereka.

"Laith untung sebab dicintai wanita macam kamu, tapi rugi teramat kerana dia memilih untuk melepas dan kehilangan kamu.." Puan Sri Rana mendakap tubuh Husna.

"Aunty sendiri dah banyak lukakan hatinya.." Bisik Puan Sri Rana. Teringat bagaimana suatu ketika dahulu, dia dan suaminya berlawan sesama sendiri bersama ego sampai terlupa ada anak yang memerlukan mereka.

"Semua orang buat kesilapan." Tutur Husna, perlahan.

"Husna, berapa lagi tempoh Husna bekerja dengan Laith?" Soal Puan Sri Rana tiba-tiba, merenggangkan pelukan mereka.

"5 hari.."

***

"Ni, cantik tak?" Soal Syazia lagi
Laith melihat sepintas lalu. "Nice." Jawabnya. Matanya melilau di sekitar pusat membeli belah itu.

Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 2.45 petang.
Dia ada meeting dengan client.

"Syazia, boleh cepat tak? I ada meeting." Laith merengus kasar. Sejak tadi menghabiskan duitnya sahaja.

"Ala, cancel meeting tu. Bukan penting sangat." Dengan selamba Syazia berkata membuatkan Laith terkesima.

"Really, Syazia? You're supposed to encourage me and support me. I ada meeting about a project that cost millions you tahu? After spending thousands in a day.. Dah lah, I pergi dulu." Laith berjalan keluar dari butik itu meninggalkan Syazia yang menjerit memanggilnya.

****

"Nasib baik awak sampai. Mereka dah tunggu. Jom!" Husna memandang sekilas wajah Laith. Macam rungsing semacam rupanya.

"Husna.. Saya tak sure nak beri presentation yang bagus dalam keadaan macam ni." Laith meraup rambutnya kebelakang.

Husna memandang Laith. Tali lehernya di betulkan. Wajah itu ditenungnya.
"I know you're having a bad day, but you have to this. Awak boleh buat Ni. Trust me. I believe you're going to present well. I'm here. Saya di sini dengan awak. Awak boleh, okay? Kita masuk meeting room, on our way ke sana kita berdoa semoga segalanya berjalan dengan lancar ya?"
Lama Laith memandang wajah Husna yang tenang dan sentiasa murah dengan senyuman.

"Terima kasih." Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Laith pada ketika ini.

Memandang wajah Husna sudah membuatkannya berasa tenang sedikit.

Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik mesyuarat.

Untuk 14 Hari...Where stories live. Discover now