26

9.1K 373 22
                                    

Laith meletakkan keretanya di sisi laluan yang sibuk. Biarlah! Kena saman ke, kena langgar ke. Dia tak kisah. Yang penting baginya saat ini adalah untuk berjumpa empat mata dengan Husna.

Dia tak mahu akhirnya Husna meninggalkannya dengan perasaan serba salah.

Dia mesti jelaskan kepada Husna, segalanya. Bunga dan bungkusan kecil itu dibawanya.

Matanya melilau ke kiri Dan ke kanan, mencari kelibat Husna. Dengan keadaan Yang sesak lagi, seperti mustahil sahaja untuk menemui wanita itu.

Matanya tertancap pada satu tubuh yang sangat di kenalinya. Sedang duduk.

"Husna Delisha!" Panggil Laith sekuatnya.

Husna yang sedang menunduk memandang ke arah suara yang memanggil namanya.

Laith berlari anak mendekatinya. Tercungap- cungap Laith sebaik sahaja berdiri di hadapan Husna.

"Laith.." Husna berdiri, tidak menyangka Laith akan datang ke sini mencarinya.

"Awak... Diam. Dengar apa yang saya nak cakap." Laith menarik nafas sedalam mungkin. Penat, semput nyawanya mencari Husna di sekitar KLIA 2!

Husna hanya memandang Laith. Menunggu apa yang hendak dikata nya.

"Husna..." Laith memandang wajah itu. Matanya sembab.

"I'm sorry.. Husna. Apa yang saya cakap semalam.. Saya tak maksudkan! Sungguh, Husna. Selama Ni.... Saya buta. I was so blinded by Syazia's appearance til saya tak nampak awak. You who was always here for me through my thick and thin... Husna. Awak tahu kenapa... Lately saya jauhkan diri? I was in denial, Husna. I deny the feelings I have for you. Saya cintakan awak! Honestly... You had me since the first day you enter my office. I love how you treat me, I love everything about you. Husna... Please.." Laith menekup mulutnya, wajahnya basah lencun dengan air mata.

"Laith.." Husna menyeka air mata Laith.

"Are you leaving me, Husna? Awak janji takkan tinggalkan saya kan? Please, I'm begging you. Down on my knees.. Don't leave me Husna.. Saya tak nak... Saya tak dapat bayangkan... Husna, jangan tinggalkan saya?" Laith melutut di hadapan Husna.

Mereka kini menjadi tumpuan ramai.
Laith memberikan Husna bunga. Bungkusan kecil itu di buka Laith. Sebentuk cincin.

"Marry me, Husna? Kita kahwin? Jadi isteri saya, ibu kepada anak-anak kita? Wherever you go, saya ikut. I promise you, I'll be good. Saya ikut awak. Kahwin dengan saya? Husna.. Even if you leave lepas Ni, I'll follow you." Laith melutut, dengan sebentuk cincin.

"Laith-" Husna sungguh tidak sangka. Laith meluahkan perasaannya dan melamar dirinya di khalayak ramai! Di KLIA 2.

"Marry me?" Sekali lagi, Laith mengulangi soalannya.

"Laith Zafri, I'm not going anywhere!" Husna menekup mulutnya, menahan tawa.

"Huh?" Laith memandang wajah Husna. Tidak faham.

"I'm not leaving. Saya tak ke mana- mana pun." Husna tersenyum manis.

"Why.. Ya Allah!" Laith berdiri semula, turut ketawa.

"Saya nak jemput Kak Rania lah awak." Husna masih tersenyum.

Laith meraup wajahnya. Wajahnya merah, malu.

"Ni, macam mana? Nak tak kahwin dengan saya?" Laith menggoyangkan kotak cincin itu.

"Um...." Husna bermain-main dengan keningnya. Bahunya di angkat-angkat.

"No.." Laith memandang wajah Husna. Semakin sayang rasanya kepada Husna, saat ini.

Husna menunjuk ke arah papan tanda itu.

International Arrivals

"Saya tak akan pergi ke mana- mana setakat Ni." Husna menunduk.

"Husna, serious. I'm sorry for treating you like that. You don't deserve to be treated this way.." Laith menggosok belakang tengkuknya.

"Dah lah, let's just get over it. And start a new chapter?" Husna menayangkan senyumannya sekali lagi.

Senyuman itu membuatkan Laith turut tersenyum.

"A new chapter huh?" Semakin lebar senyuman Laith.

Untuk 14 Hari...Where stories live. Discover now