22

7.7K 339 16
                                    

"Datang jugak you!" Kata Syazia dengan Nada yang lemah.
"I'm sorry I'm late.. Hey! Let's order." Laith masih berlembut. Seperti yang Husna katakan kepadanya, tidak boleh marah dan kena sabar dengan orang. Minta maaf jika kita buat sesuatu yang mungkin kurang menyenangkan. Tidak kisahlah sama ada itu salah kita atau bukan.

"Order?! I'm starving to death tunggu you tahu tak! I malu tunggu you lama-lama. Orang fikir I tak betul. Dah lah I call you tak jawab." Rengus Syazia dengan kasar.

"I know I salah.. I dah kat sini kan? Dah lah." Laith turut panas di tengking sedemikian.

"Dah you cakap?! You tahu tak..."
"You kenapalah nak marah-marah ni. Kenapa dengan you ni? I dah.." Laith memotong percakapan Syazia.
"Apa?! Penat dengan I? Eh friendly reminder eh you yang hantar kek, begging minta I terima you semula and now? Are you taking me for granted?!" Syazia menghentak meja, menarik perhatian orang di sekeliling mereka.

Kini mereka Medan tumpuan.

Laith meraup wajahnya. Rambutnya di tolak ke belakang.
"Hey. Let's get out of here. Kita bincang elok-elok ya?" Laith bersabar dan Cuba untuk berlembut.
Di matanya Sekarang adalah Husna Delisha. Dia akan Cuba mengikut seperti Husna.

Syazia terpampang. Tidak pernah sekali pun Laith pandai bercakap lembut seperti tadi.
Adakah itu Laith Zafri yang dikenalinya?
Syazia akur dengan Laith.

Mereka keluar dari restoran itu.
Laith duduk di tepi tangga.

Syazia berdiri menghadapnya.

"Now what?!" Kasar intonasi Syazia.
"You marah. I get it. Salah I and I will make it up to you. What do you want?" Laith masih mengawal suaranya. Apabila Syazia marah, seperti inilah caranya memujuk Syazia. Pasti wanita itu cepat-cepat cool down. Pasti ada saja barangan di sebutnya nanti.

Kekadang dia juga terfikir sama ada Syarifah Syazia mencintainya atau hartanya.

"Really baby? I'm sorry tadi I marah you. I mood swing.. Laith, baby! I ada tengok handbag Louis Vuitton ni tau. Limited edition. Can I..." Syazia mulai manja seperti di jangka oleh Laith.

"You nak ke?" Soal Laith. Membiarkan Syazia menarik tangannya.
Kini, dia juga berdiri memandang Syazia.
Pandangannya tidak seperti dulu. Dahulunya, dia dapat merasakan pandangan itu lain. Kini rasanya pandangan itu hanya kosong.
"You nak belikan ke??? Of course I nak!!" Syazia sudah membayangkan dirinya menayangkan bag mahal kepada rakan-rakannya.

"Sure. Berapa?" Soal Laith lagi.
"Ala, murah je bagi you. 9K je kalau tak silap." Syazia menggosokkan kedua belah tangannya.

"Nantilah I bank in ke apa. 9K je kan." Laith sengaja menekan kan 'je'. Laith menggelengkan kepalanya. Senang sahaja Syazia menyebut 'je' macamlah dirinya mengecop duit.

"Love you b. Okay I balik dulu. Bye!" Katanya dan berlari anak ke arah kereta.

Laith hanya memerhati Syazia.
"Syazia... Syazia..." Laith menggelengkan kepalanya.

***

Husna memakir keretanya di belakang kereta Laith.
"Ma, tu Husna kesayangan mama." Laith tersenyum melihat Husna.

Puan Sri Rana menghampiri Husna. "Lama Aunty tak tengok kamu Ni.." Katanya.
Husna menyalami Puan Sri Rana.
Laith, tersenyum memerhati mereka. Husna di pandangnya lama.

Untuk 14 Hari...Where stories live. Discover now