Chapter 1: Jangan Pergi

5.7K 124 0
                                    

 Hello :) Saya minta maaf kalau ne cerita dalam Melayu :) And this is my first story. So, if you think this is bad story or boring story i'm sorry.  Saya dalam mencuba untuk menjadi penulis yang bagus. hehe. :)

Chapter 1: Jangan Pergi.

 Tepat jam 12 tengah hari, ramai pelajar bersorak kegembiraan kerana PMR sudah pun berlalu. Jessica turut gembira tetapi dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia mengemaskan alat tulisnya dan terus berjalan ke arah pintu keluar. Langkah demi langkah, tiba-tiba ada seorang pengawas lelaki datang ke arah dia. Tercungap-cungap lelaki itu. Jessica membuat muka hairan.

Pengawas lelaki itu menarik nafas panjang-panjang lalu berkata "Jess, kau kena ikut saya pergi ke bilik pengetua. Pengetua cakap ada hal nak bagitau kau. Emergency dia cakap!" Jessica sekali lagi membuat muka hairan. "Huh?! Napa pengetua panggil saya?" Jessica berkata sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. "Alahai.. kau pergi jelahh." Pengawas lelaki menarik tangan Jessica.

  Dalam perjalananke bilik pengetua, jantungnya berdengup-dengup kedua-dua tangannya berpeluh.

 TOK! TOK! TOK! Jessica menelan air liurnya. Sekali lagi dia mengetuk pintu tersebut. Tiba-tiba, ada suara perempuan memanggilnya untuk masuk. Jessica memulas tombol pintu itu perlahan-lahan lalu dia masuk dan menutup balik pintu itu. Dia berjalan ke arah kerusi yang disediakan untuk tetamu. Pengetua senyum dengan Jessica lalu duduk berhadapan Jessica. Jessica membalas balik senyumannya.

 "Selamat tengah hari pengetua. Mengapa pengetua panggil saya?" sekali lagi jantungnya berdengup dengan kencang. 

"erm Jessica..." 

Jessica membuat muka hairan dalam hatinya dia berkata kenapa ne? lain macam je.. "Yee pengetua?" 

Pengetua menarik nafas panjang-panjang dan menghembus dengan perlahan. "Maafkan saya pengetua Jessica" pengetua memegang kedua-dua bahu Jessica lalu menyambung lagi. "Pihak sekolah menerima panggilan dari rumah sakit, bahawa ayah kamu..." pengetua tidak dapat menghabiskan kata-katanya. 

Jessica pantas berdiri dan langsung sahaja berkata "Kenapa dengan ayah saya pengetua? Cakaplah, kenapa ayah saya. Saya nak tahu.. Kenapa dengan ayah?" Jessica menahan air matanya.

 Pengetua memegang erat tangannya dan berkata, "Ayah kamu kemalangan. Dia terhumban keluar dari kereta. Dan dia kini tengah kritikal." Jessica membulatkan matanya sambil terduduk. Dia terpaku. Dia menekup mukanya sambil menangis teresak-esak. 

"Kenapa boleh jadi ne? Kenapa boleh jadi ne? Ayahh.." Jessica hanya mengulangi perkataan itu sahaja. Pengetua memeluk erat tubuh Jessica.

 Pengetua menumpangkan Jessica ke rumah sakit. Air matanya mengalir tanpa henti. Di dalam hatinya, dia berdoa agar ayahnya selamat. Sesampai sahaja di rumah sakit, Jessica segera turun dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada pengetua. Pengetua senyum lalu pergi dari situ.

Jessica berjalan dengan pantas ke arah kaunter. Dia senyum kepada jururawat itu dan berkata, "err, selamat petang. Boleh saya tanya di  mana bilik pesakit yang bernama Benny Richard?." Jururawat itu senyum dan mencari nama Benny Richard.  

" ermm. Bilik nombor 402 tingkat 2." 

"Ohh. Thank you" Jessica berkata. 

"sama-sama" Jururawat itu membalas balik.

 Dia berlari ke arah lif dan langsung terus menekan nombor 2. Sesampai sahaja di tingkat 2, Jessica pantas berjalan. Kakinya mula bergerak dengan pantas. Matanya melihat kiri kanan untuk mencari nombor yang diberikan oleh jururawat itu. Dia berhenti secara tiba-tiba. Dia menarik nafas panjang-panjang lalu menghembus perlahan. Jessica menahan air matanya supaya tidak mengalir. Dia memulas tombol pintu itu. Dia melihat ayahnya sedang baring di atas katil dengan keadaan tenat. Jessica berlari ke arah ayahnya dan mencium tangan ayahnya. Ayahnya membuka matanya perlahan-lahan.

 "Ayah" lembut suara Jessica memanggil ayahnya. Ayahnya tersenyum melihat anaknya lalu air matanya mengalir keluar. Jessica mengesat air mata ayahnya. 

Ayahnya berkata "Ica, ayah terpaksa pergi tinggalkan Ica. Ayah tidak dapat menahan sakit yang ayah alami sekarang. Ayah tak kuat dah. Maafkan ayah, sayang. Semua harta warisan sudah ayah tandatangan. Ica jadi anak yang baik yer.. Jangan nakal-nakal tau. Ayah sentiasa ingatkan Ica dan ayah sangat sayangkan Ica. Selamat tinggal Ica." Ayahnya melepaskan tangan Jessica dan perlahan-lahan ayahnya menutup matanya.

Dia menghembuskan nafas terakhirnya di depan Jessica. Jessica menangis teresak-esak. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya. 

"Tidak! Tidak! Ayah tak boleh pergi! Ayah! Buka la mata ayah! Ayah dah janji. Ayah tak akan tinggalkan Ica. Ayah! Ayah dah janji! Ayah dimana Ica nak tinggal? Ayah, Ica takut sendirian! Ayah bangun lah!" Jessica mengoyang-goyang tubuh ayahnya. Ayahnya langsung tidak bergerak. Penolong ayahnya, Faiz, memeluk erat tubuh Jessica. 

"Ica, janganlah nangis. Orang yang dah pergi, Ica mesti lepaskan. Nanti ayah Ica tidak tenang di alam sana. Kay sayang. Dah laa. Cukup la. Jom kita uruskan majlis pengebuminya.  Faiz menarik lengan Jessica. 

Sebelum Jessica keluar, dia sempat memeluk tubuh ayahnya dan berbisik "Ica janji. Ica akan jadi anak yang baik. Ica sentiasa akan ingatkan ayah dan mama. Ayah boleh pergi. Ica dah lepaskan. Selamat tinggal ayah." Jessica mengeluarkan air matanya dan mengucup dahi ayahnya. 

Jessica keluar ke pintu untuk mencari Faiz. Jessica hanya mengikuti ke mana sahaja Faiz pergi. Jessica hanya memikirkan ayahnya dan dimana dia akan tinggal.

***********************************************************************************************************

MAY GOD BLESS YOU.

          



The Idiot BrothersWhere stories live. Discover now