Chapter 11: Promise?

1.2K 49 0
                                    

Bab 11: Promise?

Recap: Tiba-tiba telefon bimbit Jerald berbunyi. Jerald melihat skrin telefon bimbit itu, 'unknown'. "Siapa ne?" tanya Jerald. Semua melihat Jerald.

Jerald menekan punat merah. 

Beberapa minit kemudian, telefon bimbit Jerald berbunyi sekali lagi. Jerald membuat muka hairan lalu mengambil keputusan untuk mengangkatnya, Jerald menekan loudspeaker supaya semua orang boleh mendengarnya.

"Hello?" kata Jerald.

"Hello baby." Kata Nastasya. Josh berpeluk tubuh lalu mengeluh. Begitu juga dengan Adam dan Jack. Jessica diam sahaja sambil mengusap kepala Amy.

"Kenapa? Awak tukar nombor eh?" tanya Jerald.

"No, I cuma guna nombor kawan I ja. Kalau I guna nombor I, you tak nak angkat. Tulah I guna nombor kawan I." terang Nastasya.

"Oh!" pendek sahaja Jerald memberi respon.

"Err, baby. Awak pergi tak birthday I?" tanya Nastasya.

"Tak!" jawab Jerald. Jessica melihat Jerald. Jerald juga begitu, dia melihat Jessica lalu senyum.

"Lahh, napa pula? I dah penat-penat dah buat tempahan itu ini." Kata Nastasya.

"Saya tak peduli pun. Itu awak punya masalah." Jawab Jerald.

"Apa yang boleh saya bagi, kalau you pergi?" tanya Nastasya.

"Jemput adik kitaorang." Jawab Jerald.

"Maksud awak Jessica?" tanya Nastasya.

"Ya. Kalau awak jemput dia, dan dia kata dia pergi. Kitaorang pun pergi!" jawab Jerald.

"Ishh. Nak juga ker jemput dia. Tak nak la I. I cuma jemput korang jer." Kata Nastasya.

"Kalau cam tu.. kitaorang tak pergi la. So, end of conversation. So, Goodbye!" ujar Jerald lalu menekan punat merah.

"Jerald! Awak tak sepatutnya buat macam tu! Awak ne!" ujar Jessica lalu berpeluk tubuh.  Amy melihat Jesica lalu berkata. 

"Akak, kenapa perempuan yang ada dalam telefon bimbit abang Jerald kata, akak tak boleh pergi ke partynya?" Jessica diam. Tak tahu nak kata apa dengan Amy. 

Jack, Josh, Adam dan Jerald melihat Amy. Mereka juga diam. Josh segera mendapatkan adiknya itu. Josh mendukung adiknya.

"Amy, Amy tak boleh kata cam tu. Okay sayang." Kata Josh lalu mencubit pipi adiknya itu. 

"Emm, owkey abang." Amy kata. Josh memberi semula Amy kepada Jessica. Apabila Jessica menarik Amy dari Josh, tangan Amy terkena dengan luka Jessica.

"Ouch!" kata Jesica sambil memegang luka tersebut. Mereka segera melihat Jessica termasuk Amy. 

"Akak okay ker? Sorry." Amy segera meminta maaf. Jessica senyum lalu mengusap kepala Amy. 

"Akak okay! Lagipun tak sakit dah." Ujar Jessica.

"Kak, siapa yang buat tangan akak luka?! Amy nak marah dengan siapa yang buat cam tu. Berani sungguh mereka buat akak macam ne." kata Amy sambil berpeluk tubuh. Jessica senyum lalu melihat Jack.

Amy melihat Jack dengan mata yang tajam. 

"Ohhhh! Jadi Abang Jack lah buat kakak Jessica cam ini!" kata Amy. Jack membulatkan matanya. Amy turun dari paha Jessica lalu menuju ke Jack. 

"Amy akan ajar abang Jack. Amy dah nampak dah, dua kali dah abang sakitkan kakak Jessica." Kata Amy.

"Amy! Akak tak sakit lagi lah. Lagipun, akak terjatuh. Bukan salah abang Jack." Kata Jessica, dia segera mengambil Amy lalu mendukungnya. 

The Idiot BrothersWhere stories live. Discover now