Bab 19 : New Brothers!
Recap: "Errr, korang. Boleh pakai balik tak baju korang? Jessica ne tak biasa nampak lelaki yang tidak berbaju!" kata Jerald ragu-ragu.
"Ohh, maafkan kitaorang!" kata Ivan sambil tersengih-sengih.
Selesai sahaja mereka bertiga memakai semula baju mereka, Jerald membuka mata Jessica. Jessica kemudiannya melihat mereka bertiga sambil senyum.
"Maafla, Jessica ne sebenarnya suka lihat badan tegap lelaki, tu la pasal dia tergaman tak ingat dunia tu." Jerald berkata sambil menjelir lidahnya.
Jessica melihat Jerald dengan mata tajam lalu dia mencubit pinggang Jerald. Jerald segera meminta maaf sambil mengurut pinggangnya itu.
Ivan, Harry dan Fred ketawa melihat telatah Jessica dan Jerald.
"Oi korang! Nak main ker tidak ne?" teriak Jack. Mereka semua melihat ke arah Jack.
"Ahh, japp!" teriak Jessica lalu meninggalkan Jerald, Ivan, Fred dan Harry di situ.
"Dah jom!" kata Jessica lalu merebut bola tu dari tangan Jack.
"Cheat!" kata Jack lalu mengejar Jessica. Jessica segera mencari ruang untuk menjaringkan gol itu.
Memandangkan Josh dan Adam satu kepala dengan Jack. Mereka menghalang Jessica dari menjaringkan gol itu.
"Oh com'on!" kata Jessica sambil mencari-cari ruang untuk menjaringkan gol itu.
"Psst!" Jessica terdengar suara memanggilnya.
Dia kemudiannya melihat ke arah suara itu. Dia melihat Ivan memberi isyarat kepadanya. Jessica faham dengan isyaratnya. Jessica senyum lalu melihat Jack, Josh dan Adam.
"Come and get me!" kata Jessica sambil menjelir lidahnya.
Mereka bertiga segera berlari ke arah Jessica.
Belum sempat Josh merebut bola itu dari tangan Jessica. Jessica segera menghumban bola itu ke Ivan, dimana Ivan berdiri di tiang gol itu. Adam, Jack dan Josh membuat muka terkejut.
Jessica segera pecut menuju ke tempat Ivan. Tetapi Jack pantas mengatur langkah merebut bola itu.
"Jessica!" teriak Ivan lalu menghumban bola itu kepada Jessica.
Jessica segera mengambil bola itu. Dia kemudiannya melihat tempat jaring gol itu kosong. Dia mengambil kesempatan untuk menjaring bola itu. Dia membawa bola itu.
Baru sahaja dia nak gol kan bola itu, tiba-tiba Adam datang menghalang Jessica.
"Not that fast princess!" kata Adam sambil mengenyit matanya. Adam segera memukul bola itu dari tangan Jessica. Tetapi Jessica lebih pantas dari Adam. Jessica berlari ke tengah-tengah gelanggang. Dia melihat Josh, Jack dan Adam berlari ke tempatnya.
"JESSICA!" teriak Jerald.
Dia melihat Jerald lalu berlari ke arah Jerald. Jerald segera memegang pinggang Jessica lalu mengangkatnya. Jessica terus menjaringkan gol itu.
"Yeahhh!" Jessica bersorak setelah dia turun dari pegangang Jerald.
"I win! You guys are loser!" kata Jessica sambil melihat Josh, Jack dan Adam.
"Eleh, awak main tipu. Awak ada orang yang tolong!" kata Jack. Jessica senyum.
Dia kemudiannya melihat Ivan, Fred dan Harry. Mereka bertiga senyum sambil tu mereka thumbs up kepada Jessica.
"Another round?" tanya Jessica sambil melihat Jack.
"Neahh, saya penat" kata Jack sambil mengambil tuala nya.
YOU ARE READING
The Idiot Brothers
Teen FictionSelepas sahaja PMR berlalu, semuanya berubah. Ayahnya pergi meninggalkan dia. Dia terpaksa mengikut kemahuan ayahnya. Dan dia terpaksa tinggal dengan 4 orang lelaki yang akan menjadi abang angkatnya. Dapatkah Jessica hidup dengan kenakalan abang-aba...