Chapter 12: Plan...

1.3K 46 2
                                    

Bab 12: Plan..

Recap: "Err, Amy janji tidak akan bagitahu abang Jerald. Amy akan berpasukan dengan kakak Jessica." Kata Amy lalu senyum.

"Janji apa?" Semua mata melihat di depan pintu Amy. 

Semua orang di dalam bilik Amy diam. Tidak berkata apa-apa. 

"Hello guys! Janji apa benda ne?" tanya Adam sambil berpeluk tubuh. 

"Janji...." Ujar Amy tidak tahu nak kata apa. 

"Haihh.." Jack mengeluh lalu melihat Adam. 

"Kitaorang nak kenakan balik Jerald." Sambung Jack.

"Kenakan balik Jerald? Jerald buat apa dengan korang?" tanya Adam.

"Awak ingat tak tu hari, yang Jessica sembunyikan handphone Jerald di almari pakaiannya. Ingat tak?" tanya Jack.

Adam menggaru-garu kan kepalanya yang tidak gatal itu. Adam berfikir semula lalu memetik jarinya. 

"Ohh, ingat!" jawab Adam.

"Ahh, lepastu, setelah dia tahu bahawa handphone nya di alamari pakaian  Jessica. Dia terus sahaja berlari ke arah almari pakaian Jessica. Apabila Jessica hendak melihat Jerald, dia melihat bahawa Jerald sengaja menaburkan pakaian Jessica di lantai. Supaya Jessica membersihkan semula pakaiannya. Itulah sebab, Jessica nak balas dendam terhadap Jerald. Jessica minta pertolongan dari kitaorang." Panjang lebar Jack menerangkan peristiwa itu.

"Ohh, jadi plan korang apa?" tanya Adam.

"Mehh sini, kitaorang bisik plan itu" Jack berkata. Adam mendekatkan telinganya dengan mulut Jack.

Beberapa minit kemudian...

"Ohhhh, tulah sebab korang pergi sini." Kata Adam setelah dia faham sudah rancangan Jessica. Jessica senyum.

"Jom la ke stor pakaian. 10 minit lagi kita nak balik dah ne!" kata Jessica.

"Ehhh, nanti dulu. Kitaorang mesti halang Jerald daripada keluar dari rumah ini untuk memudahkan rancangan kita." Kata Josh.

"Okay, so begini. Saya standby di kereta, Adam dan Amy korang halang Jerald daripada keluar. Jangan bagi dia jalan selagi kami belum masuk.  And, Jessica dan Josh korang pergi ambil pakaian perempuan. Semua set?" Jelas Jack. Mereka semua menganggukkan kepala mereka semua.

"Bak sini kunci kereta." Ujar Jack. Adam mengambil kunci kereta lalu Adam keluar dengan Amy. Diikuti mereka bertiga. Mereka semua jalankan tugas yang diberikan oleh Jack.

Dalam 6 minit gitu, mereka semua masuk ke dalam rumah Josh lalu duduk di sofa. "Korang pergi mana tadi?" tanya Jerald. 

"Kitaorang baru sahaja habis berurusan dengan Jessica." Kata Josh. Jerald membuat muka hairan lalu mengendahnya. Jessica menghembuskan nafasnya lalu memikirkan cara nak kenakan Jerald. Dia meletakan kepalanya di bahu Josh.

Beberapa saat kemudian, Mak Sue dan Uncle Man datang. Jessica segera mengangkat kepalanya. 

"Bila lagi korang nak balik ke sini?" tanya Mak Sue. 

"Err, kitaorang pun tak tahu tapi kitaorang janji akan balik ke sini." Jerald berkata. 

"Okay!" jawab Mak Sue.

Adam melihat jam tangannya. Jam menunjukkan  9.05 minit. 

"Err, Auntie, kitaorang minta diri dulu. Kitaorang nak balik dah. Takut nanti jam kat tengah jalan. Maklum la cuti sekolah." Adam berkata meminta izin dari Mak Sue.

"Okay! Korang hati-hati yer di tengah jalan tu. Jangan tergesa-gesa nak balik rumah." Kata Mak Sue. 

Mereka menganggukkan kepala mereka semua lalu berdiri. Mereka semua berjalan ke arah pintu utama.

The Idiot BrothersWhere stories live. Discover now