Edisi Khas :)

1.1K 44 9
                                    

Edisi Khas :))

 

Tepat jam 10.00 pagi, aku membuka mataku. Aku segera mengambil smartphone ku. Yeah! This is the day! I’m officially 19. Aku segera melompat dari katil ku lalu aku mencapai tuala ku yang terbentang di kerusi ku.

*Skip*

Setelah aku memakai baju ku dan segala-galanya aku pergi ke katil ku. Baru sahaja aku hendak berdiri, tiba-tiba pintu ku diketuk. “Come in!” kataku. Aku melihat Ivan tengah memasuki bilik ku. “Morning Jessica!” kata Ivan lalu dia duduk berhadapan dengan ku.

Aku menunggu kata-kata dari Ivan. “Jom jalan-jalan!” kata Ivan. Dari gembira ke hampa. “Okay” kataku sambil menunjukkan senyuman palsu kepada Ivan. ‘Ivan dah lupa ker hari jadi aku? Semalam bukan main lagi dia ingatkan aku hari jadi ku esok.’

“Dah, pergi siap sedia. Jangan mengelamun. Aku tunggu awak kat ruang tamu.” Kata Ivan lalu keluar dari bilik ku. Aku nak bagitahu dia tapi takkan lah nak suruh dia ucap hari jadi kepadaku. Aku berdiri lalu pergi ke bilik persalinan ku.

Aku mengambil baju lengan panjang dan aku memakai seluar jeans pendek. Kemudian, aku pergi ke tempat meja solekku lalu memakai sedikit celak. Aku mengambil beg tanganku dan smartphoneku. Kemudian, aku memakai topi full cap ku. Sebenarnya, aku suka sangat memakai topi full cap ne. rambut, aku biarkan dia berlepas supaya nampak awesome gitu.

Aku kemudiannya keluar dari bilik itu. Langkah ku terhenti buat seketika. Macam pelik jerr rumah ne? “Ivan?” panggilku. Ivan tidak menyahut.

“Jerald? Jack?” aku berjalan perlahan-lahan sambil menghampiri tangga. “Amy? Kailyn?” panggil ku lagi. “Adam? Josh?” panggil ku buat keempat kalinya. “Harry? Fred? Guyss!” panggil ku. Aku menuruni tangga itu dengan perlahan-lahan.

Mana mereka semua ne? berdengup-degup jantungku. “I…” belum sempat aku menghabiskan nama Ivan tiba-tiba Ivan melompat ke hadapan ku. “Peeek-a-booo!” kata Ivan lalu ketawa.

“Opocot!” kataku sambil membuat muka terkejut. “Ishh! Ivannn!” kataku lalu mencubit lengannya. “Ouch! Sorry laa!” kata Ivan sambil menahan kesakitan. “Tau sakit!” kataku lalu berjalan menuju ke ruang tamu. Aku meletakkan beg tanganku di sofa.

“Mana mereka semua?” tanya ku sambil melihat Ivan. “Entah, yang aku tahu Harry dan Fred mereka kata mereka ada hal penting nak buat.” Kata Ivan lalu dia duduk di sofa di mana beg tanganku berada.

Aku berjalan ke dapur. Aku nak makan buah kegemaran ku iaitu epal. Apabila aku ingin membuka peti sejuk itu, aku melihat ada tiga nota terlekat di peti sejuk itu. Aku mengambil nota itu lalu membacanya.

‘Mia dan aku pergi berjumpa dengan family kejap!’ – Jack

‘Kailyn dan aku pergi dating.’ – Jerald

‘Josh dan aku pergi ke rumah Josh. Ada hal penting!’ – Adam

Hmm, “Happy Birthday to me!” kataku lalu aku meletakkan nota itu di meja. Mereka dah lupa ker hari ini hari jadi ku? Tahun-tahun yang lepas mereka ingat hari jadi ku. Takkan lah hari jadi ku tahun ini tiada siapa-siapa yang ingat.

Aku kemudiannya membuka peti sejuk itu lalu mengambil sebiji buah epal. Setelah itu aku menutup peti sejuk itu. Aku mencuci buah epal tu lalu memakannya. Aku kecewa sangat, taka da seorang pun yang ucapkan hari jadi kepada aku. Even, Ivan pun lupa. Hmm, tak pe lahh.

The Idiot BrothersWhere stories live. Discover now