Bab 9 : The call
Recap: "Nothing! Kay lah. I need to sleep!" Jessica berkata lalu menghadap ke kiri. Jerald senyum lalu menutup matanya.
Beberapa jam kemudian, Jack dan Josh masuk ke dalam bilik Jessica. Mereka melihat Jessica dan Jerald yang keenakkan tidur. Mereka gelak dan mengangguk-anggukkan kepala mereka.
"You know what I am thinking right now?" bisik Jack di telinga Josh.
Josh melihat Jack sambil tersenyum sinis. Jack membalas balik senyuman Josh. Mereka melihat Jessica dan Jerald.
Mereka mengambil langkah demi langkah lalu melompat-lompat di katil Jessica.
"WAKEUP! WAKEUP! WAKEUP!" Jack dan Josh teriak.
Jerald membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat dua kawannya yang sedang melompat-lompat seperti monyet yang kegembiraan. Jerald mendengus lalu mengambil bantal yang ada di sebelahnya.
Dia membaling bantal itu tepat dengan muka Jack. Jack terjatuh. Josh terkejut lalu berhenti. Jack segera bangun dari jatuhnya lalu memegang kepalanya.
"Dude!" Jack berkata.
Jerald mengangkat keningnya lalu berkata "I'm sorry. Did it hit you?!" tanya Jerald sambil senyum sinis.
Jack mengetap bibirnya lalu menunjuk Jerald. "You will pay for that now!" Jack berkata sambil membuat muka marah.
"Come and get me!" Jerald berkata sambil membuka luas tangannya. Jack berjalan ke arah Jerald. Belum sempat Jack menangkap Jerald, Jerald segera melarikan diri. Jack mendengus.
Josh yang sedang melihat mereka berdua segera berlari ke arah Jessica. "Jess! Jess! Wake up!" Josh berkata sambil menggoyang-goyangkan badan Jessica. Jessica tidak membuka matanya. Sekali lagi Josh menggoyang-goyangkan badan Jessica.
Tiba-tiba, PASHHHHHH!
Josh melihat tempat bunyi tersebut. Matanya membulat lalu melihat kawan-kawannya. Jack dan Jerald berhenti bergaduh dan melihat sahaja barang itu.
"MY PHONE!" Jessica yang tersedar lalu berlari ke arah telefon bimbitnya.
Skrin telefon bimbit Jessica pecah dan baterinya tercabut dari telefon bimbit itu. Jessica melihat Jack dan Jerald sambil membuat muka sedih.
"My phone!" ujar Jessica dengan nada sedih. Jack dan Jerald ketakutan lalu berlutut untuk meminta maaf. Josh melihat kelakuan kedua-dua kawannya lalu gelak kecil.
"Tula, lain kali kalau nak bergaduh bukan kat sini. Tengok apa dah jadi. Haha." Josh gelak.
Jerald dan Jack menghirau sahaja Josh. Mereka berasa bersalah atas perbuatan mereka. "Sis! Sorry, kami tidak sengaja untuk menjatuhkan handphone awak." Ujar Jack kepada Jessica. Jessica menundukkan kepalanya lalu senyum. 'Hoho! Meh saya pula berlakon untuk takutkan mereka.'
Jessica melihat Jack sambil mengeluarkan air matanya. Jerald terkejut lalu berkata "Kami janji akan ganti yang baru. Jangan la nangis, nanti kitaorang akan rasa bersalah." Jessica tetap mengeluarkan air matanya.
Sekali lagi Jessica menundukkan kepalanya. Jessica senyum. 'Best pula takutkan diorang berdua ni. Saya menangis lagi la. Haha.' Josh yang melihat Jessica lalu gelak. Josh mengeleng-gelengkan kepalanya lalu berjalan ke arah Jesssica.
Josh peluk Jessica lalu membisik di telinga Jessica.
"Saya tahu awak mempermainkan mereka. Saya bantu awak eh!" Josh berkata sambil mengusap kepala Jessica.
Jessica gelak kecil.
"Okay!" kata Jessica perlahan. Jack dan Jerald segera mendekati Jessica untuk meminta maaf. Josh segera menolak mereka berdua.
YOU ARE READING
The Idiot Brothers
Teen FictionSelepas sahaja PMR berlalu, semuanya berubah. Ayahnya pergi meninggalkan dia. Dia terpaksa mengikut kemahuan ayahnya. Dan dia terpaksa tinggal dengan 4 orang lelaki yang akan menjadi abang angkatnya. Dapatkah Jessica hidup dengan kenakalan abang-aba...