Chapter 10: Rumah Josh

1.6K 61 0
                                    

Bab 10 : Rumah Josh

 

Recap: Jessica berjalan ke arah katilnya yang empuk itu. Jessica membaringkan badannya lalu menutup matanya. Membiarkan gelap membawa Jessica ke alam mimpinya.

 

~o~o~o~

 

PAGI..

 

Jessica membuka matanya perlahan-lahan. Dia bangun lalu menggosok-gosok matanya. Dia melihat jam di dindingnya. Jam menunjukkan jam 5.30 pagi. Jessica menguap lalu membaringkan badannya semula. Apabila dia hendak tidur semula, baru dia teringat bahawa hari ini ialah hari nak balas dendam terhadap Jerald.

 

Jessica membuka matanya luas lalu segera berlari masuk ke dalam bilik mandinya. Jessica nak buat rancangan ini sebelum Jerald bangun. Jessica mengambil masa untuk mandi ialah 10 minit sahaja. Selesai sahaja dia mandi, dia pantas berjalan untuk memakai baju.

 

Habis sahaja Jessica memakai pakaiannya. Dia segera keluar dari biliknya itu lalu berjalan ke arah bilik Jack. Jessica meminta pertolongan Jack untuk menjalankan misi balas dendam ini. Sampai sahaja di pintu bilik Jack, Jessica mengetuk pintu Jack perlahan-lahan. Malangnya, Jack tidak bangun. Jessica mengetuk sekali lagi. Gagal. Jessica mengetap bibirnya lalu mengambil keputusan untuk masuk ke bilik Jack.

 

Dia memulas tombol pintu itu, Jessica segera masuk. Dia melihat bilik Jack. Sungguh cantik dan kemas. Matanya mencari tubuh Jack di katil. Tetapi, Jack tiada di situ. Jessica menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Tiba-tiba, ada tangan yang menutup mulut Jessica. Jessica terkejut lalu menggigit tapak tangan tersebut.

 

"Yackk! Do you have to do that! It's disgusting you know and it's hurt!" Jack berkata sambil mengelap-lap tangannya di tuala yang tersangkut di belakang pintu. 

Jessica melihat Jack sambil berpeluk tubuh. "Siapa suruh awak berdiri di belakang saya. See, what have I done to you! Haha!" Jessica gelak. 

Jack menjeling sambil berjalan ke arah sofanya. Dia duduk lalu melihat Jessica.

 "Anyway, what brings you here? Don't say you miss me already." Jack berkata. 

Jessica berjalan ke arah katil Jack lalu duduk berhadapan dengan Jack. 

"Duh! Saya ke sini bukan nak cakap yang saya ne rindu awak. Saya ke sini untuk meminta pertolongan dari awak." Terang Jessica. Jack membuat muka hairan.

 "Pertolongan? Pertolongan apa?" tanya Jack kepada Jessica sambil berpeluk tubuh.

"Tolong saya balas dendam dengan Jerald. Nak?" jawab Jessica.

 "Err, ada gaji tak?" tanya Jack. Jessica berfikir buat seketika. 

"Ada!" jawab Jessica. Jack senyum lebar 

"Itu pun kalau rancangan kita menjadi!" sambung Jessica. Senyuman Jack terus hilang. Jack membuat muka sedih. Jessica gelak. 

"Alolo! Merajuk la pula!" Jessica berkata sambil mencubit pipi Jack. 

"Eee! Jangan la cubit. Sakit tahu!" Jack berkata sambil menolak tangan Jessica. Jessica gelak. 

"So, apa rancangan awak?" Jack berkata. Jessica berhenti gelak lalu duduk semula di katil Jack.

The Idiot BrothersWhere stories live. Discover now