Bab 2 : Surat
Selepas sahaja majlis pengembumiannya berlangsung, Jessica balik ke rumahnya. Hatinya sayu taktala dia teringat-ingat masa dahulu dia bersama ayahnya.
"Jessica!" suara lelaki memanggilnya dari belakang. Suara itu membuatkan lamunannya hilang. Jessica pantas mengesat air matanya yang mengalir dan terus menoleh. "ye saya?" Jessica berkata. Lelaki itu langsung sahaja memeluk Jessica. Jessica terkejut lalu membalas balik pelukannya.
Lama sungguh mereka berpelukan. "erm, uncle Faiz? Uncle Faiz boleh lepaskan saya. Saya tak boleh bernafas." Jessica berkata sambil meminta untuk dilepaskan. "ohh. Maafkan uncle!" Faiz mengangkat tangannya seperti orang mengalah. Jessica gelak tetapi dia curiga akan kertas yang berwarna putih yang dipegang oleh Faiz. Jessica melihat sahaja kertas itu. Disana ada tertulis namanya. Faiz mengangkat keningnya dan membuat muka hairan. Dia melihat tangan kanannya. Baru dia perasan bahawa dia sedang memegang surat itu. Dia gelak.
"hehe. Maafkan uncle, uncle lupa nak bagi kat awak. Sepatutnya kelmarin uncle nak bagi. Tetapi, terlalu sibuk nak uruskan majlis pengembumian ayah awak. Hehe. Nah untuk awak! Sebelum ayah awak pergi. Dia sempat menulis surat untuk awak. Dia suruh saya bagi kat awak." Faiz menghulurkan surat itu kepada Jessica. Jessica mengambil surat itu lalu memasukkan surat tu ke dalam begnya.
Tiba-tiba, telefon bimbit Faiz berbunyi. Faiz mengambilnya dan menekan punat hijau. Reaksi muka Faiz berubah-ubah. Jessica hanya gelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"ohh okay. Nanti saya uruskan." Faiz berkata sebelum dia menekan punat merah. Dia melihat Jessica dengan muka sedih. Jessica hairan sambil mengangkat keningnya.
"Ica, maafkan uncle. Uncle tak dapat temankan Ica. Ada urusan penting yang harus uncle selesaikan. Faiz berkata lalu memeluk Jessica. Jesica membalas balik pelukannya.
"haha. Tak apa-apalah uncle. Lagipun Ica kan sudah besar. Ica okey je. Bye!" Jessica berkata sambil melambai-lambai tangannya.
Kelibat kereta Faiz makin lama makin hilang. Jessica mengambil kunci rumahnnya di dalam beg. Dia merasakan sunyi apabila dia masuk ke dalam rumah. Air matanya sekali lagi mengalir keluar. Dia mengesat air matanya lalu berjalan ke biliknya. Dia mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik mandi.
Selepas sahaja membersihkan badannya, Dia terus ke arah bilik persalinan. Dia memakai t-shirt yang bertulis happiness dan memakai seluar pendek. Dia membiarkan sahaja rambutnya dilepaskan. Jessica lalu ke dapur dan mengambil segelas susu dan membawanya ke bilik. Dia mengambil begnya dan terus membaringkan badannya.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan baru dia tersedar akan surat yang diberi oleh Faiz. Dia duduk lalu membuka surat itu dan membaca isi-isi surat itu.
TO: Jessica Grace (My daughter)
FROM: Your Beloved Father
Anakku tersayang, Maaflah ayah sebab ayah terpaksa pergi tinggalkan Ica. Ica tahukan bertapa ayah sayangkan Ica. Ica jadi anak yang baik tau! Jangan nakal-nakal yer...
Ica, tujuan ayah menulis surat ini untuk memberitahu Ica bahawa Ica haruslah tinggal bersama-sama abang angkat Ica. Ayah tahu, ayah tak pernah beritahu Ica bahawa Ica ada abang angkat. Abang angkat Ica baik tau! Mereka boleh menjaga Ica dan lindungi Ica.
Ica pergi ye tinggal dengan abang angkat Ica. Ayah mahu melihat anak kesayangan ayah bahagia selalu. Abang angkat Ica tu, pandai menyanyi. Ica juga pandai nyanyikan?. Jangan sembunyikan bakat Ica tu ye. Ayah tahu sebab Ica pernah menyanyi di dalam bilik Ica. Ayah terdengar. Ica dan abang angkat boleh membuat album bila kamu terkenal. Pasti Ica suka. Kalau Ica bersedia sudah nak tinggal dengan abang angkat Ica...Ica call ne number – 010-9876543 (Jerald). Mereka akan menjemput Ica nanti. :)
YOU ARE READING
The Idiot Brothers
Fiksi RemajaSelepas sahaja PMR berlalu, semuanya berubah. Ayahnya pergi meninggalkan dia. Dia terpaksa mengikut kemahuan ayahnya. Dan dia terpaksa tinggal dengan 4 orang lelaki yang akan menjadi abang angkatnya. Dapatkah Jessica hidup dengan kenakalan abang-aba...