Bab 18: What?! Part 2
Recap: Selesai sahaja Donovon menyanyi, dia turun dari pentas itu lalu dia berlutut seperti orang yang melamar di depan Jessica. Jessica melihat Donovon lalu menekup mulutnya. Dia melihat Donovon memegang rantai silver.
"Will you be my girlfriend?"
Jessica tidak berkata apa-apa. Dia terharu. Tangannya tiba-tiba bergerak mengambil rantai itu.
"Yes!" kata Jessica.
Ramai orang bertepuk tangan. Donovon kemudiannya senyum lalu memeluk Jessica.
"Thank you!" kata Donovon. Jessica gelak. Donovon kemudiannya berjalan ke arah belakang Jessica lalu Donovon menyarungkan rantai itu di leher Jessica.
Donovon kemudiannya memegang tangan Jessica lalu berjalan dengannya. Tiba-tiba telefon bimbit Jessica berbunyi. Jessica segera mengangkatnya.
"Hello!"kata Jessica.
"Err, korang kat mana?" tanya Jessica.
"Okay. Kitaorang akan pergi sana sekarang jugak!" kata Jessica lalu menekan punat merah.
"D, abang-abang saya suruh kita berdua pergi ke Starbucks!" kata Jessica. Donovon menganggukkan kepalanya tetapi dalam hati dia marah.
"Jom!" kata Jessica sambil menarik tangan Donovon.
Sampai sahaja di Starbucks, Jessica melihat kelibat empat orang lelaki yang cukup dia kenal.
"Well, hello there weirdos!" kata Jessica lalu melepaskan tangan Donovon. Donovon terkejut. Jessica kemudiannya mencari-cari kelibat Kailyn.
"Mana girlfriend saya?" tanya Jessica kepada abang-abangnya.
"Dia kata dia tak nak ikut. Dia tidak berapa sihat."Jawab Jerald. Jessica mengeluh. Jack melihat leher Jessica.
"Beli kat mana rantai tu? Cantik la!" kata Jack memuji rantai yang diberi oleh Donovon. Jessica senyum sambil memegang rantai itu.
"Donovon yang bagi kat aku. Sekarang ne kitaorang couple!" kata Jessica.
"WHAT?" teriak keempat-empat abang Jessica. Jessica membuat muka hairan.
"Korang dah kenapa ne?" tanya Jessica.
"Err, takde la. Dah berapa lama korang couple?" tanya Jerald.
"Beberapa minit yang lalu!" kata Jessica.
"Dah, dah, dah! Jom kita masuk ke dalam. Perut aku ne dah tak tahan dah ne nak minum Americano." kata Adam. Mereka semua masuk ke dalam kedai itu. Jessica mengambil tempat duduk sementara abang-abang dan Donovon memesan makanan dan minuman. Belum sampai 5 minit, telefon bimbit Jessica berbunyi.
Dia kemudiannya mengambil telefonnya lalu melihat skrin di telefonnya. Mata Jessica membulat lalu membaca pesanan itu lagi.
"JANGAN PERCAYA SANGAT DENGAN DONOVON" itulah yang dapat Jessica baca. Dia kemudiannya melihat nombor yang menghantar pesanan itu kepadannya. 'Unknown number'
"Siapa ne?" tanyanya lalu dia mencuba untuk call tetapi gagal.
"Siapa yang awak call tu?" tanya Donovon lalu memberi minuman kegemaran Jessica. Jessica kemudiannya menghirup minuman itu. Abang-abangnya datang lalu duduk di hadapan mereka berdua.
"Entahla, dia hantar sesuatu pesanan kat saya!" kata Jessica.
"Pesanan? Pesanan apa?" tanya Adam sambil melihat Jessica.
"Ne!" kata Jessica lalu memberi telefonnya kepada Adam. Keempat-empat abangnya melihat pesanan itu. Selesai sahaja mereka membaca pesanan itu, mereka melihat Donovon dengan pandangan yang tajam.
YOU ARE READING
The Idiot Brothers
Teen FictionSelepas sahaja PMR berlalu, semuanya berubah. Ayahnya pergi meninggalkan dia. Dia terpaksa mengikut kemahuan ayahnya. Dan dia terpaksa tinggal dengan 4 orang lelaki yang akan menjadi abang angkatnya. Dapatkah Jessica hidup dengan kenakalan abang-aba...