Chapter 20: Rescuing Kailyn

1K 34 0
                                    

Bab 20 : Rescuing Kailyn

Recap : "Laa, takkan kitaorang tak boleh dengar?" Jessica membuat muka sedih. "Tak boleh! Pergi naik atas!" Jerald berkata lagi. Jessica kemudiannya menarik tangan Kailyn.

Setiba mereka di bilik Jessica, Kailyn segera melabuhkan punggungnya di katil Jessica sambil memeluk patung besar kepunyaan Jessica.  Kailyn mengeluh.  Jessica melihat Kailyn sambil senyum. 

"Heyy! Rilek la, besok semu akan selesai." Kata Jessica untuk menenangkan Kailyn. 

"I'm scared! Ayah aku tu bukan calang-calang orangnya. Aku takut nanti dia apa-apa kan aku." Kata Kailyn sambil melihat Jessica. Jessica berkerut. 

"Bukankah ayah awak seorang cikgu and bukankah dia baik?" tanya Jessica.

Kailyn tersengih. 

"Awak fikir orang macam dia tu baik ker? Awak tau tak, dia tu seorang penipu. Dan DIA TALAM DUA MUKA!" Kata Kailyn. 

"What?" Jessica berkata seperti tidak mempercayai kata-kata Kailyn yang baru sahaja dia sampaikan. Talam Dua Muka? Aku menggaru-garukan kepalaku.

"Tak percaya?" tanya Kailyn. Jessica Cuma membuat muka blurnya itu. 

"Dahla! Jom tidur! Besok abang-abang aku akan uruskan hal ini!" kata Jessica sambil melepaskan rambutnya. Kailyn Cuma menganggukkan kepalanya lalu dia baring di sebelah Jessica. 

"Night-night!" kata Jessica lalu menutupkan matanya. 

"Goodnight!" kata Kailyn lalu menutup lampu.

~~~~

Jam menunjukkan tepat jam 12.15 malam. 

Tiba-tiba, smartphone Kailyn berbunyi. Kailyn terjaga dari tidurnya. Dia segera mengambil smartphonenya lalu menekan punat hijau tanpa melihat siapa yang menelefonnya.

"Hello?" kata Kailyn sambil duduk.

"KAILYN!"

Terbeliak mata Kailyn sambil melihat gerangan siapa yang menelefonnya. Yang menelefon ialah ayahnya.

"Ayah?" perlahan-lahan suara Kailyn. Takut nanti Jessica terjaga dari tidurnya.

"WOI, PEREMPUAN? KAU DI MANA SEKARANG? KAU BALIK SEKARANG! AKU TAK KIRA! KAU BALIK SEKARANG!" teriak ayah Kailyn. Sungguh dia takut dengan suara ayahnya yang tetiba meninggikan suaranya. Sejak ibunya mengandung, ayahnya selalu mabuk dan selalu memukul Kailyn.

"Aku tak nak balik!" kata Kailyn sambil menitiskan air matanya. 

"KAU JANGAN BUAT AKU NAIK DARAH. SEKARANG JUGAK KAU BALIK!" Ayahnya memutuskan talian itu. Kailyn mengeluh lalu melihat Jessica. 

Kailyn ingin meminta tolong dari Jessica tetapi dia tidak mahu Jessica dan abang-abangnya susah. 

Kailyn segera mengambil beg tangannya sambil keluar dari bilik Jessica. Kailyn berjalan perlahan-lahan sehingga lah sampai di pintu utama. Dia kemudiannya keluar dari rumah itu lalu menutup pintu itu. Dia tengah berfikir macamana hendak balik. 

Sambil Kailyn runsing tiba-tiba dia melihat sesuatu di sebelah pintu utama itu.

Skateboard!

Kailyn segera mengambil skateboard itu lalu dia balik rumah dengan menggunakkan skateboard itu. Jarak rumah Jessica dan rumah Kailyn hanya 30 minit sahaja.

~~~

Jam 1.30 pagi Jessica terjaga dari tidurnya kerana ingin ke tandas. 

Dia berlari menuju ke tandas lalu dia membuang air kecil. Selepas itu, dia cuci tangannya lalu menguap. Apabila dia keluar dari bilikmandi, dia melihat ke katilnya. Seperti ada sesuatu yang hilang. 

The Idiot BrothersWhere stories live. Discover now