Dua hari kemudian..
Jessica melihat semula rumahnya supaya dia tidak meninggalkan barang-barangnya. Dia tersenyum melihat rumahnya. Banyak kenangan-kenangan pahit dan manis pernah dia lalui di rumah itu. Jessica mengunci pintu rumahnya. Dia memberi kunci itu dengan Faiz. Faiz tesenyum dengan Jessica.
"Ready?" Faiz berkata. Jessica senyum lalu mengangguk-anggukkan kepalanya. Mereka berdua menaiki kereta Faiz.
Dalam perjalanan ke destinasinya, Jessica melihat luar tingkap kereta sambil menghayati lagu yang bermain di radio. Dia merenung jauh, memikirkan apa yang akan terjadi nanti. Sambil dia memikirkannya, perlahan-lahan matanya tertutup.
"Ica, bangun! Kita dah sampai dah!"
Faiz mengoyang-goyangkan bahu Jessica dengan lembut. Beberapa saat kemudian, Jessica tersedar dari mimpinya. Dia membuka matanya lalu melihat sekelilingnya. Dia turun dari kereta Faiz. Jessica mengeliat badannya dan menarik nafasnya panjang-panjang dan menghembus perlahan-perlahan.
Dia berjalan ke arah belakang kereta lalu mengangkat beg pakaiannya sementara Faiz mengangkat kotak yang berisi barang Jessica.
"Well, this is my new home. I hope they will be nice to me." Jessica senyum sambil melihat Faiz. Faiz hanya membalas senyuman Jessica. Faiz kemudiannya menutup bonet keretanya. Mereka berdua berjalan ke arah pintu utama rumah itu.
Faiz menekan butang lonceng itu.
TING! TONG!
Berdebar-debar jantung Jessica. Sekali lagi Faiz menekan butang lonceng itu. Beberapa saat kemudian, mereka terdengar suara lelaki menjerit sambil berkata "LET ME OPEN THE DOOR!".
Lelaki itu segera membuka pintu itu lalu melihat Jessica. Jessica membulatkan matanya. Lelaki itu membuat muka hairan lalu melihat ke bawah. Baru dia sedar bahawa dia tidak memakai baju. Hanya seluar sahaja dia memakai. Lelaki itu melihat semula Jessica dan Faiz lalu menutup pintu itu. Lelaki itu sempat lagi memberitahu mereka berdua untuk tunggu sebentar.
Jessica dan Faiz saling pandang-memandang. Mereka berdua gelak kecil. Kemudian, lelaki itu datang kembali dengan berpakaian. Lelaki itu tersenyum lalu menjemput Jessica dan Faiz masuk. Jessica melihat sekelilingnya sungguh cantik dan kemas rumah itu.
"Ica. Tutup mulut awak tu. Kang masuk lalat baru tau!"
Tiba-tiba, ada suara lelaki membisiknya. Jessica segera menutup mulutnya lalu tersenyum. Mereka bertiga duduk di sofa. Lelaki itu memanggil kawan-kawannya.
Mereka segera turun dari tangga dan berlari ke arah ruang tamu. Mereka melihat Jessica sambil duduk di atas sofa yang empuk itu. Jessica senyum ke arah mereka semua. Mereka membalas balik senyumannya itu.
"So, let me introduce !" Lelaki itu tadi berdiri lalu menyambung semula.
"Saya Josh, sebelah kiri saya Jerald, sebelah kanan saya Jack and hujung sekali itu Adam." Josh berkata lalu dia duduk semula.
Jessica melihat seorang demi seorang. Jessica senyum.
Adam tiba-tiba bekata, "Please, introduce yourself".
Jessica melihat Adam lalu dia berdiri. "Err.. saya Jessica Grace...".
"Such a beautiful name" Jack mencelah. Jerald memukul tangannya. Jerald memberi muka 'dude?' sama Jack. Jack hanya gelak kecil.
"Thanks.. and ini ialah Faiz, assistant ayah saya. Saya berumur 15 tahun. Saya suka skate and basketball." Jessica berkata dan duduk semula.
"And.. she like to eats!" Faiz menyambung sambil membuat muka slumber.
YOU ARE READING
The Idiot Brothers
Teen FictionSelepas sahaja PMR berlalu, semuanya berubah. Ayahnya pergi meninggalkan dia. Dia terpaksa mengikut kemahuan ayahnya. Dan dia terpaksa tinggal dengan 4 orang lelaki yang akan menjadi abang angkatnya. Dapatkah Jessica hidup dengan kenakalan abang-aba...