Bab 22
JESSICA P.O.V
Dah tiga tahun aku hidup dengan manusia-manusia yang sangat aku sayang. Sekarang umur abang-abangku 20 tahun manakala aku dan Kailyn, kitaorang umur 19 tahun. Alahai dah nak tua dah aku. -.-
Banyak perkara yang telah berlaku tahun-tahun yang lepas. Ada pahit dan jugak manis. Semuanya berlaku dengan cepatnya. Sejak berlaku pertengkaran di kedai makan tahun yang lepas-lepas, Donovon dan Natasya tidak lagi kacau aku. Sehingga lah pada hari ini.
*MALAM. di ruang tamu*
DING! DONG!
Aku, Kailyn dan abang-abangku ( termasuk Fred, Harry dan Ivan ) melihat sesame sendiri. Masa itu kitaorang tengah tengok Panaromal Activity 2. Jack menekan butang 'pause'. Sekali lagi pintu itu diketuk. Aku berdiri lalu pergi melihat siapakah yang telah datang ke rumah kami.
Sebaik sahaja aku membuka pintu itu, tiba-tiba orang itu memeluk aku dengan erat. Dan dia menangis teresak-esak. Aku melihat orang itu ialah perempuan. Aku membuat muka hairan lalu perlahan-lahan aku menolak tubuh perempuan itu.
Terbeliak mata aku selepas melihat perempuan itu.
"Nastasya?" kataku sambil melihatnya. Sah! Perempuan itu ialah Nastasya. Dia tengah menangis teresak-esak. Aku membawa Nastasya ke ruang tamu. Aku kemudiannya menyuruhnya duduk. Dia masih lagi menangis.
Aku melihat mereka semua sambil mengangkat bahu ku tanda tak tahu. Aku kemudiannya duduk di sebelah Nastasya lalu memulakan perbualan dengannya.
"Awak kenapa?" tanyaku. Nastasya melihatku lalu dia memeluk ku lagi.
Aduh! Menyusahkan betul lah ne anak. Aku melihat Kailyn membisik sesuatu di telinga Jerald. Jerald kemudiannya berdiri lalu pergi ke dapur. Tidak lama kemudian, Jerald membawa segelas air untuk Nastasya.
"Nah! Awak minum dahulu. Jangan lah nangis!" kata Jerald sambil memberi segelas air itu kepada Nastasya. Nastasya menyambutnya dengan perlahan-lahan. Dia kemudiannya meneguk air itu. Jerald kemudiannya duduk di sebelah Kailyn.
Apabila Nastasya selesai minum air itu, aku dapat melihat tangan Nastasya memegang erat gelas itu, sepertinya dia ada masalah sangat besar.
"Tasya, awak okey ker?" tanyaku sambil melihat Nastasya. Nastasya mengelap air matanya lalu melihat ku.
"Donovon." Katanya.
"Kenapa dengannya?" tanyaku sambil membuat muka hairan. Ne mesti kes gaduh ne. teka ku.
"Hidup aku hancur!" katanya lagi.
Perasan ingin tahu, aku terus sahaja berkata. "Kenapa?" tanya ku.
"Hidup aku hancur gara-gara dia!" katanya.
"Apa yang telah dia buat?" tanya Jack.
"Dia..Diaa...!" kata Nastasya dengan gugup mencari jawapan. Kemudian dia memegang perutnya.
"Dia kenapa?" tanya Adam sambil membuat muka marah.
"Kami terlanjur!" katanya lalu menangis. Aku terkejut dengan jawapannya. Adakah ini hanya mimpi atau aku yang salah dengar?
"Terlanjur?" kata Jack untuk mengambil kepastian.
"Ya, aku mengandung 2 minggu! Tapi Donovon tak nak ambil tanggungjawabnya. Dia menyuruh aku gugurkan kandungaku." Kata Nastasya sambil menangis.
"The Hell Man!" kata Harry sambil berpeluk tubuh.
"Family awak tahu ker awak mengandung?" tanya Jerald. Aku cuma berdiam diri untuk memikirkan sesuatu.
YOU ARE READING
The Idiot Brothers
Teen FictionSelepas sahaja PMR berlalu, semuanya berubah. Ayahnya pergi meninggalkan dia. Dia terpaksa mengikut kemahuan ayahnya. Dan dia terpaksa tinggal dengan 4 orang lelaki yang akan menjadi abang angkatnya. Dapatkah Jessica hidup dengan kenakalan abang-aba...