Bab 14: That girl again! Part 2
Recap: "So, what should we do now?" tanya Jessica.
"Wait the minute! Are you said that Jessica pernah tolong awak? And dia pernah tampar orang lain?" tanya Adam sambil melihat Kailyn.
"Neah, masa tu kitaorang tingkatan satu, maklum la, tingkatan satu kan ramai mangsa buli so I am of them. Ada senior kitaorang suka sangat buli saya. Mintak duit la, siapkan homework diorang la and banyak lagi. But one day tu kan, Jessica nampak senior itu mintak duit dari saya. Masa tu juga lah saya di tolak hingga jatuh ke lumpur. Saya menangis. Apabila senior tu nak tendang saya tetiba ada orang pukul senior tu. Sekali saya nampak si Jessica. Senior tu jatuh lalu.." belum habis Kailyn berkata, Jessica segera berdehem.
Abang-abangnya dan Amy melihat Jessica.
"Dah la, cukup dah tu korang tahu pasal saya pukul senior tu. Cerita lain la." Ujar Jessica.
"Ehh mana boleh!" kata Adam lalu melihat Kailyn.
"Sambung.." katanya lagi.
"Kailyn jangan awak sambung!" kata Jessica memberi amaran. Kailyn diam. Dah tak nak sambung. Josh melihat Kailyn
"Alaaaaaaa, sambung je la. Boleh juga kitaorang tahu perangai sebenar Jessica neh." Kata Josh.
Jessica mendengus sambil berpeluk tubuh. "Alolo comelnya adik ku ne!" usik Jack.
"Awak sambung jer, biar saya urus dia" sambung Josh.
"Senior tu jatuh lalu senior tu berdiri semula untuk menumbuk Jessica. Pergh! Jessica apa lagi dia segera menyambut tangan Senior itu lalu menumbuk pipi senior itu. Senior tu jatuh terampai. Jessica memberi amaran dengan senior tu. Cengini Jessica kata.." Kailyn kemudian berdiri lalu meniru aksi Jessica masa tu. "Kalau awak ganggu dia lagi, jangan harap awak akan pijak ne sekolah lagi!" Kailyn berkata lalu dia duduk semula "Begitu la kisahnya" kata Kailyn lalu menghembus nafasnya.
Abang-abangnya melihat Jessica sambil membuat muka terkejut. Jessica senyum lalu berkata "Well.." kata Jessica sambil mengangkat kedua-dua bahunya.
"Awesome!" kata Jerald lalu menumbuk bahu Jessica perlahan. Amy segera berlari ke arah abangnya lalu dia melihat abangnya dengan perasaan sedih.
"Abang Jo, Amy lapar!" kata Amy.
Josh melihat jam tangannya.
Jam menunjukkan jam 2.08 petang minit. "Okay, kita pergi makan kat luar lepas tu jumpa akak jahat itu okay." Kata Josh lalu mendukung Amy untuk membawanya ke kereta. Sebelum Josh keluar, dia melihat di ruang tamu.
"Korang nak ikut tak?!" kata Josh.
Jessica menganggukkan kepalanya. "Ya, saya nak ikut.. lagipun ada juga freeshow nanti!" kata Jessica lalu menarik lengan Kailyn.
"Ehh, Jap! Jap! Korang pergi la naik kereta dulu. Saya pergi ambil beg tangan aku dulu." Kata Kailyn lalu berlari ke arah tangga. Jessica melihat Jack, Jerald dan Adam.
"Korang bertiga tak nak ikut?" tanya Jessica.
"Kitaorang mestila ikut. Siapa nak lindung awak? Tak pasal c Nastasya pergi tolak awak lagi." Kata Jerald lalu berdiri. Diikuti oleh Jack dan Adam.
Jessica mengeluh lalu berjalan ke arah pintu utama.
"Jom!" kata Jack lalu meletakkan tangan nya di bahu Jessica. Jessica gelak.
Apabila mereka keluar dari pintu utama Jack bisik di telinga, "Nak lumba tak?" tanya Jack. Jessica melihat Jack lalu senyum sinis.
"Bring it on loser!" kata Jessica.
YOU ARE READING
The Idiot Brothers
Teen FictionSelepas sahaja PMR berlalu, semuanya berubah. Ayahnya pergi meninggalkan dia. Dia terpaksa mengikut kemahuan ayahnya. Dan dia terpaksa tinggal dengan 4 orang lelaki yang akan menjadi abang angkatnya. Dapatkah Jessica hidup dengan kenakalan abang-aba...