Jihyo menyuap sehun bubur. Sehun makan seperti budak-budak. Ada sesuatu difikiran jihyo. Dia perlu bertanyakan sesuatu kepada sehun. Sehun perasan jihyo seperti ingin bertanyakan sesuatu tapi lama sehun menunggu untuk jihyo luahkannya. Akhirnya sehun mengeluh.
"Jihyo...awak ada something nak cakap ke?" Sehun bertanya. Jihyo diam seketika. Lalu sehun mengambil mangkuk bubur di tangan jihyo.
"Now, cakap. Apa yang awak nak cakap. Saya dengar." Sehun berkata.
"Erm, sehun. Awak...awak dengan seolhyun macamana? Hyung awak cakap awak gaduh teruk dengan dia." Jihyo akhirnya bertanya. Sebenarnya dia malas ingin bertanya pasal seolhyun, tapi dia terpaksa kot.
Sehun sudah mengagak pasti hyungnya akan beritahu jihyo pasal ni.
"Well, macamana apa? Macam tu la. Lagipun kitorang mana ada apa-apa. Dia tu je yang perasan." Sehun berkata. Di suapnya bubur ke mulut.
"Eei, awak ni kejam la. Tapi....awak tak kesian ke kat seolhyun? Dia betul-betul sayangkan awak kot." Jihyo berkata. Kadang-kadang jihyo kesian juga terhadap seolhyun tapi dia juga sayangkan sehun.
"Kesian? Nak kesian buat apa? Eh, awak tak kenal la seolhyun tu. Memang la dia cakap dia sayangkan saya, tapi namjachingu keliling pinggang. Saya lagi kenal dia dari awak tau. So, saya tau la perangai dia macamana. Saya pun tak tahu la macamana omma saya boleh suka dekat dia." Luah sehun. Jihyo seperti tidak percaya apa yang dikata sehun pasal seolhyun. Tak sangka seolhyun perangai macamtu.
"Sehun... omma awak tahu tak pasal kita?" Soal jihyo. Dia juga ingin tahu omma sehun tahu atau tidak menahu mengenai hubungan mereka. Dia takut hubungan mereka tidak direstui oleh omma sehun. Sehun diam. Soalan jihyo dibiar sepi tidak berjawab. Fikirannya teringat kembali peristiwa dia bertengkar dengan ommanya.
*flashback
"No, omma takkan terima yeoja tu jadi menantu omma. Lagipun seolhyun tu tunang sehun!" Puan ooh tidak setuju dengan keputusan anaknya yang ingin memutuskan pertunangannya dengan seolhyun dan ingin mengahwini jihyo.
"Tapi omma, hun sayangkan jihyo. Hun nak kahwin dengan dia. Dan hun tak cintakan seolhyun. Omma faham tak?! Hun tunang dengan dia sebab omma!" Tegas sehun. Walau apapun yang terjadi dia tetap akan putuskan hubungannya dengan seolhyun.
"Sehun!! Sejak bila kamu pandai melawan omma ni?! Ni mesti yeoja tu kan?! Omma tahu dia bukan yeoja yang baik. Dia hanya bawak pengaruh yang negatif je untuk kamu." Tinggi nada puan ooh.
"Omma, nama dia song ji hyo dan dia baik. Omma cakaplah apa yang omma nak cakap. Tapi sehun tetap dengan keputusan sehun. Sehun akan batalkan pertunangan sehun dengan perempuan tu!" Sehun nekad. Dia tetap akan putuskan pertunangan dia dengan seolhyun.
"Sehun! ! !" Lantang suara puan ooh tanda tidak puas hati.
*end flashback
"Sehun!!!" Jerit jihyo ditepi telinga sehun. Terperanjat sehun dibuatnya.
"Awak ni kenapa sehun? Dari tadi saya panggil awak tak dengar. Awak mengelamun apa?" Soal jihyo. Dari tadi dipanggilnya sehun buat tak tahu je.
"Takde papela." Ringkas jawapan sehun.
"Dah la saya nak balik dulu. Awak rest ye." Jihyo ingin balik. Sebelum balik dia pastikan sehun makan ubat. Selesai semua dia keluar dari bilik sehun dan menuju keruang tamu.
"Korang, saya nak balik dah ni. Terima kasih ye sebab korang sudi main dengan bebudak ni." Jihyo mengucapkan terima kasih.
"Kitorang yang patut ucapkan terima kasih sebab cik jihyo sudi jaga sehun." Ucap suho. Dia sangat hargai apa yang jihyo lakukan. Kalau jihyo takde dia pun tak tahu apa yang nak dibuat dengan sehun si keras kepala tu.
"Lainkali kalau cik jihyo free, cik jihyo datang la sini lagi. Seronok kami main dengan budak-budak ni." Lay yang sememangnya sukakan budak-budak menjemput jihyo untuk datang lagi ke dorm mereka. Jihyo mengangguk lalu senyum. Dia meminta diri untuk beredar.
****
"Helo? Kau dah siasat pasal perempuan tu?"
"Dah cik seolhyun. Dia ada tiga orang anak lelaki. Tapi saya tak pasti kemana suami dia. Tapi saya ada dengar yang suaminya dah meninggal."
"Okey." Seolhyun mematikan panggilan. Maklumat yang disampaikan oleh orang upahan dia cukup membantu. Didalam kepala seolhyun sudah ada rancangan untuk memisahkan jihyo dengan sehun.
Seolhyun senyum sinis.
"Jihyo, kau tengokla. Aku akan pastikan kau jauh dari sehun. Aku akan pastikan sehun bencikan kau. Hahaha." Seolhyun ketawa. Ketawa jahat dibuat buat.
*****
Sori la sebab saya update pendek je bab sebelum ni. Exam saya tak habis lagi. Last paper dia tunda pulak sampai khamis minggu depan. Stresss!! Dahla I don't like account!!! Account not my style =(
![](https://img.wattpad.com/cover/66755753-288-k571772.jpg)
YOU ARE READING
Give Me One Chance...Saranghae
Fanfiction"Song Ji Hyo, saya masih sayangkan awak." - Sehun "Maaf, saat awak buat keputusan untuk tinggalkan saya dan kejar impian awak, saat tu la saya dah buang jauh-jauh awak dari hidup saya." - Jihyo "Please. Give me one chance. Saranghae." - Sehun "Maaf...