Kring....kring....kring....
Bunyi deringan telefon mengejutkan jihyo dari tidurnya. "Aduh...sape pulak yang call pepagi buta ni...? Kacau betul la..nak tidur pun tak senang.." jihyo menggeliat malas. Geram betul ada yang mengganggu tidurnya. Lama baru jihyo menjawab panggilan telefon.
"Oe , wae? Sape ni?"
"Noona apsal suara macam baru bangun tidur ni? And apsal lambat sangat nak angkat call jin ni? Don't tell me yang noona baru bangun ye?"
"Jin? Ish kau call noona pepagi buta ni apsal? Kacau betul orang nak tidur la kau ni. Kau nak apa call noona pepagi ni."
"Erm...noona...noona dah baca newspaper hari ni?"
"Kau ni kan, noona baru je bangun, masa bila pulak nak bacanya. Kau ni macam-macam la."
"Noona, better noona baca sekarang."
"Apsal pulak, nanti la noona baca. Noona ngantuk ni."
"Noona, it's about you and ooh sehun!"
"Pasal noona dengan ooh seh....?! Apa?!!"
"Noona ! Jangan jerit boleh tak?! Sakit telinga jin tau tak?"
Tut...tut...tut...
"Noona? Noona? Helo!? Ish bertuah punya noona! Boleh dia letak macam tu je?!"
Jihyo bergegas turun dari katil. Dia turun ke tingkat bawah. Matanya tercari-cari surat khabar hari ni.
"Wei jihyo! Apa yang kau cari ni?" Soal jessica yang baru muncul dari dapur.
"Ehh, surat khabat hari sampai tak lagi!?" Soal jihyo kelam-kabut.
"Err, ta..tak sampai lagi kot?" Jawap jessica tergagap-gagap. Sebenarnya dia dah baca surat khabar tu. Pasal song ji hyo dengan ooh sehun. Front page pulak tu.
"Tak sampai lagi? Ehh tu yang kau pegang tu bukan surat khabar hari ni ke ? Bak sini aku nak baca."
"Ehh..err..yang ni...yang ni yang kelmarin."
"Ehh kau jangan nak tipu ea. Bak sini la"
Akhirnya jihyo berjaya merampas surat khabar dari jessica. Matanya bulat membaca tajuk utama surat khabar tu. Ternganga mulutnya.
Ooh Sehun, Idol Terkenal Dan Juga Salah Seorang Ahli Group Terkenal Iaitu Exo Luahkan Perasaan Cinta Kepada Song Ji Hyo Seorang Pemilik Kafe.
Seoul- Ooh Sehun idol terkenal dan juga member kepada group terkenal luahkan perasaan cintanya kepada Song Ji Hyo iaitu pemilik sebuah kafe di hadapan ahli exo yang lain. Song Ji Hyo juga merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak. Namun hubungan mereka masih menjadi tanda tanya.
Jihyo seperti tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Dia dah agak benda macam ni akan jadi. Tapi dia tak sangka semua ni tersebar dengan cepat.
"Jihyo? Are you okay?" Soal jessica. Dia juga terkejut membaca berita tu. Dia kesian melihat jihyo yang terpaksa memikul masalah berat ni.
"Kau...kau rasa aku okey...ke? Lepas berita macam ni keluar?" Jawap jihyo. Nafasnya tidak teratur. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang ni.
Kring...kring...kring...
Telefon jihyo berbunyi lagi. Dilihat pemanggilnya. Ooh Sehun. Jihyo menjawab panggilan dari sehun. Memang dia perlu bercakap dengan sehun. Mereka perlu selesaikan perkara ni secepat mungkin.
"Hai, jihyo."
"Ehh, awak dah baca surat khabar hari ni?!"
"Dah. Kenapa?"
"Awak dah baca? Dan awak boleh rileks macam ni je? Awak boleh tenang je?!"
"Habistu? Ala rilek la jihyo. Benda boleh settle la. Senang je"
"Boleh settle? Senang awak kata? Then settle kan sekarang ni. SEKARANG!"
"Ala, rileksla. Janganla marah-marah. Nanti tak comel la."
"Awak boleh serius tak. Saya risau tau tak?!"
"Okey. Sori. Macamni, senang je nak settle kan. Kita couple je la. Easy right?"
"Are you crazy?! Masalah yang ada ni awak nak tambah lagi ke?!"
"Dah? Tadi awak kata nak settlekan. So kalau kita couple tu kan kira settle la kan?"
"Ish ! Saya tak faham la awak ni. Pening la saya cakap dengan awak!!"
"Jihyo....jihyoo...ehh dah letak?"
Belum sempat sehun meneruskan perbualan seterusnya, jihyo sudah meletak panggilan.
"Aduh....apa lagi la nak jadi lepas ni. Lepas satu...satu benda jadi." Jihyo mengeluh.
"Rileksla. Kau jangan risau. Aku akan selalu ada kat sisi kau. Aku akan always support kau. Don't worry." Kata-kata jessica membuatkan jihyo terharu.
"Aww, so sweet. Thanks sebab selalu ada untuk aku." Mereka berpelukan buat seketika.
"Okey dah. Aku nak gi tengok anak aku. Bye." Jihyo melepaskan pelukannya.
"Ish, baru nak bersweet-sweet." Jessica memuncungkan mulutnya.
Jihyo ketawa kecil. Dia berlalu ke tingkat atas untuk melihat anak-anaknya.
YOU ARE READING
Give Me One Chance...Saranghae
Fanfic"Song Ji Hyo, saya masih sayangkan awak." - Sehun "Maaf, saat awak buat keputusan untuk tinggalkan saya dan kejar impian awak, saat tu la saya dah buang jauh-jauh awak dari hidup saya." - Jihyo "Please. Give me one chance. Saranghae." - Sehun "Maaf...