Chapter 3

3.2K 199 4
                                    

"Sica-yahh, bila orang dari sm entertainment tu nak datang? Jadi tak diorang nak guna kafe kita?" Soal jihyo.

"Jadi, jadi. Hari selasa ni diorang datang. Pukul 3." Jessica menjawab sambil bermain dengan manse. Daehan dan minguk sedang bermain dengan patung dinosaurs yang diberi jin.

"Ohh, okay. Sica-yaa aku nak tanya ni, kau dengan jin dah kapel ke?" Soal jihyo selamba. Muka jessica sudah memerah mendengar soalan jihyo.

"Err...ap..apa maksud kau?" Soal jessica cuba berselindung.

"Eleh. Kau takyah nak sorok la dengan aku. Aku tau korang suka sama suka. Apsal korang tak kapel je?" Soal jihyo hairan.

Jessica mengeluh. "Ye. Memang kitorang suka sama suka. Jin pun ada minta nak kapel dengan aku tapi aku terpaksa tolak." Jelas jessica. Ada nada menyesal di situ.

"What?! Kenapa kau tolak? Why kau tolak peluang yang dah ada depan mata ni? Why?!" Soal jihyo tidak percaya.

"Hyo, aku terpaksa. Kau kan tahu jin tu idol. Terkenal. Bukan setakat dekat korea ni. Luar korea pun dia popular. Cuba kau bayangkan kalau kitorang kapel, mesti dia takde mase. Lagipun aku taknak la hancurkan masa depan dia." Jelas jessica panjang lebar.

Jihyo mengangguk. Ada betul juga apa yang dikata jessica tu. Dia teringat kenangan dulu. Waktu dia bersama sehun. Sebelum sehun buat keputusan tinggalkan dia dan teruskan impian dia untuk menjadi seorang idol terkenal. Sungguh dia sayang sehun. Namun apakan daya itu impiannya. Nak buat camne. Sekarang dua dah tak peduli semua tu. Sebab dia ada anak-anaknya. Dia sayangkan daehan, minguk manse. Baginya itulah nyawa jihyo.

**        **        **          **           **

Keesokannya,

Jihyo terkejut apabila sampai ke kafenya. Ramai orang menjerit macam histeria. Perempuan pulak tu. Nasib daehan, minguk manse takde dengannya. Kalau tak susah la dia nak masuk ke kafenya sendiri.

Jihyo menyusup masuk ke kafenya. Dia terpaksa mencelah dicelahan orang ramai. Macam nak putus nafasnya.

"Fuhh, finally, boleh jugak aku masuk. Ehh, apsal ramai sangat harini. Dekat luar ramai, dekat dalam pun ramai. Ada perayaan ke apa?" Jihyo bercakap seorang diri. Pelik dia. Luar ramai. Dalam pun ramai. Ada perayaan ke apa? Jihyo pun mencari kelibat jessica.

"Sica-yahh, apsal ramai sangat harini. Luar biasa ramai pulak tu." Soal jihyo kepada jessica. Jessica tanpa cakap banyak terus menuding jari kearah sebuah meja.

'Huh, patutlah.' Monolog jihyo lalu menuju ke meja yang ditunjuk jihyo.

"Patutla kafe noona ramai hari ni. Luar biasa ramai. Ada idol datang rupanya." Bts yang sedang makan bangun lalu menunduk hormat kepada jihyo.

"Anyeonghaseyo noona." Ucap mereka bertujuh.

Bts kenal rapat dengan jihyo memandangkan jin adalah dongsaeng jihyo.

"Korang tak practice kr harini? Soal jihyo. "Ada, tapi kitorang tengah rehat. Tu yang datang sini. Nak makan. Lagipun dah lama kitorang tak datang sini." Ucap rapmon selaku leader bts.

"Haah. Lagipun kitorang rindu la dengan noona." Ucap suga.

"Kitorang rindu noona. Rindu daehan, minguk manse." Ucap jhope pula.

"Tapi si jin ni cuma rindukan jessica je." Tambah jimin. Yang lain sudah ketawa. Muka jin sudah memerah.

"Noona. Mana daehan, minguk manse? Rindu la nak cubit-cubit pipi diorang." Jungkook berkata sambil mencubit pipi jin yang duduk disebelahnya.

"Yahh, yahh appo." Jin mengaduh.

"Hehehe, mian." Jungkook meminta maaf sambil tersengih.

"Diorang ada kat tadika sekarang ni." Jihyo menjawab soalan jungkook.

Muka jungkook sedikit kecewa.

"Kalau bts datang kafe noona, orangnya dah ramai camni, camne la kalau exo yang datang. Mahu roboh kafe noona ni." Bagitahu jihyo.

"Exo?" Ucap mereka bertujuh serentak.

"Iye. Exo. Sebenarnya sm entertainment nak guna kafe noona ni untuk photoshoot group exo." Jelas jihyo.

"Wah, untungla noona. Ada group famous nak guna kafe noona untuk photoshoot." Jin berkata cemburu. Entah apa yang dicemburunya.

"Untungla sangat. Dah, korang makan. Noona ada kerja nak buat." Jihyo bangun lantas meninggalkan mereka.

"Okey noona." Ucap bts

Selesai makan, bts pergi ke tempat practicenya. Sebaik sahaja bts beredar dari kafe itu, orang yang ramai tadi semakin berkurang.

"Ahh. Penatnya. Ramai betul orang harini. Mau patah kaki aku." Jessica merungut.

"Ala, rilekla. Makin ramai orang makin masyuk la kita." Jihyo berkata tenang.

"Erm, yela. Ehh, hyo. Kau ingat tau, esok orang dari sm entertainment tu nak datang. Nak bincang dengan kau." Jessica mengingatkan jihyo.

"Esok? Okey. Aku ingat." Kata jihyo

Give Me One Chance...SaranghaeWhere stories live. Discover now