"Omma, kenapa kita nak pergi kafe?" Soal manse kepada jihyo yang sedang memandu. "Omma nak tengok Sica noona buat apa kat sana." Jawab jihyo sambil meneruskan pemanduannya.
Tidak lama kemudian mereka pun tiba di kafe jihyo. "Daehan, minguk, manse, omma nak pesan, nanti kat kafe jangan nakal-nakal atau pun bising tau. Sebab ada orang tengah buat kerja kat sana. Arasseo?" Pesan jihyo awal-awal. "Nae. Arasseo omma." Jawab mereka bertiga.
"Anyeonghaseyo encik jung." Ucap jihyo sebaik saja memasuki kafe mereka. "Anyeonghaseyo." Jawab encik jung sambil menunduk. "Macamana harini ? Okey ? Jessica ada tolong apa-apa tak?" Soal jihyo ingin memastikan keadaan terkawal.
"Semua okey. Cik jihyo jangan risau. Cik jessica banyak membantu kami." Ucap encik jung. Jihyo mengangguk tanda puas.
"Itu siapa? Adik cik jihyo ke ?" Soal encik jung menunjuk kepada daehan, minguk, manse yang menyorok dibelakang jihyo.
Jihyo ketawa kecil. "Hahaha, diorang anak saya la encik jung." Ujar jihyo. "Anak?!" Ucap encik jung tidak percaya. "Kenapa encik jung terkejut?" Soal jihyo.
"Tak. Cuma cik jihyo nampak muda. Tak sangka cik jihyo dah ada anak. Saya ingat cik jihyo single lagi." Ujar encik jung. Jihyo hanya tersenyum saja.
"Ehh, cik jihyo. Cik jihyo buat apa kat sini?" Soal suho. Mereka sudah habis membuat photoshoot. "Saja saya nak datang nak tengok korang okey tak. Lagipun saya nak ambik jessica sekali." Jihyo menjawab.
"Omma, lambat lagi ke? Minguk ngantuk la." Soal minguk sambil menggosok matanya.
"Kejap ye sayang. Kita tunggu sica noona kejap." Ujar jihyo sambil mengusap pipi minguk.
"Aigoo ! Comelnya !" Ucap xiumin sedikit kuat. Dia mecubit lembut pipi ketiga-tiga mereka."
"Mereka ni siapa cik jihyo?" Tanya lay sambil mendukung manse.
"Diorang ni anak saya." Ucap jihyo.
"Anak?!" Ucap exo serentak. Terkejut kerana mereka tidak menyangka jihyo sudah ada anak. Mungkin jihyo tampak muda untuk ada anak. Kembar tiga pula tu.
"Yela. Anak saya. Why ? Tak caya ke?" Soal jihyo. Sebenarnya jihyo tidak begitu hairan dengan soalan itu kerana dia sudah biasa dengan pertanyaan sebegitu.
"Takla. Cuma... cik jihyo nampak muda la. Tak sangka cik jihyo dah ada anak." Ucap baekhyun masih terkejut. Mereka sempat bermain dengan daehan, minguk dan manse.
Jihyo menuju ke keretanya. Dia perlu menunggu jessica untuk pulang bersama-sama. Jessica masih ada sediki lagi kerja yang perli diselesaikan jadi dia perlu menunggu hingga jessica selesai.
"Jihyo ! Tunggu ! "Jerit satu suara. Dia berpaling dan terkejut melihat sehun yang memanggilnya. "Jihyo, saya ada benda nak cakap dengan awak." Ucap sehun. Matanya melirik kearah daehan, minguk dan manse.
Dari tadi lagi dia ingin bertanya kepada jihyo tapi dipendamkan saja kerana ahli exo yang lain ada ketika itu. Dia tidak percaya itu anak jihyo.
"Daehan, minguk, manse masuk dalam kereta dulu ye. Omma nak cakap dengan kawan omma kejap." Jihyo menyuruh anaknya memasuki kereta. Setelah pasti anaknya memasuki kereta jihyo berpaling kearah sehun.
"Cakapla, apa yang encik nak sehun nak cakap." Ujar jihyo. Serius nadanya.
"Jihyo, bila awak kahwin? Kenapa awak tak pernah bagitau saya pun yang awak dah kahwin dan ada anak?" Soal sehun.
"Kenapa saya perlu bagitau awak? Tak penting pun kan?" Ujar jihyo tegas.
"Jihyo, saya still sayangkan awak. Saya tak percaya awak dah kahwin." Ujar sehun. Hati kecil sehun kuat mengatakan yang jihyo masih belum berkahwin. Tapi daehan, minguk, manse....?
"Percaya atau tak itu hakikatnya. Sehun, tolongla lupakan semuanya. Kita dah takde pape. Lagipun itu yang awak nak kan?" Ucap jihyo. Nadanya tenang sedikit.
"Jihyo, saya tahu saya salah sebab tinggalkan awak dulu. Saya betul-betul menyesal. Saya masih sayangkan awak. Dulu, kini dan selamanya. Hati saya ni kuat mengatakan yang awak masih belum berkahwin." Ucap sehun. Sayu.
"Stop it ooh sehun ! I'm married ! Saya dah ada anak. And I'm happy. Samada awak nak percaya atau tak terpulang. But please, tolong jangan ganggu saya lagi." Marah jihyo. Dia tidak menyangka sehun masih ada hati padanya. Jihyo juga masih sayangkan sehun tapi dia sudah buat keputusan untuk tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Itu semua demi anak-anaknya dan juga sehun sendiri. Perbualan mereka berhenti sebaik sahaja jessica muncul. Jihyo meninggalkan sehun seorang diri.

YOU ARE READING
Give Me One Chance...Saranghae
Fanfic"Song Ji Hyo, saya masih sayangkan awak." - Sehun "Maaf, saat awak buat keputusan untuk tinggalkan saya dan kejar impian awak, saat tu la saya dah buang jauh-jauh awak dari hidup saya." - Jihyo "Please. Give me one chance. Saranghae." - Sehun "Maaf...