Chapter 5

3K 202 0
                                    

Hari ni kafe jihyo ditutup selama seminggu. Memandangkan ada group yang famous nak photoshoot di kafenya. Nasibla diorang bayar untuk guna kafe ni. Masyukkk. Jihyo datang awal ke kafenya. Kunci kan ada dengan jihyo. Kalau tak camne diorang nak masuk kan.

Jihyo menunggu kedatangan encik jung. Kata encik jung jihyo perlu ada untuk diperkenalkan kepada krew-krew, pihak yang terlibat dan juga exo. Maklumla dia kan pemilik kafe ni. Kalau ada apa-apa senang sikit. Dia langsung tidak teruja untuk berjumpa dengan exo kerana dia memang tidak minat dengan idol ni. Walaupun dongsaengnya juga salah seorang dari group yang popular tapi dia tidak meminati group adiknya itu. Mungkin takde masa kot nak minat semua tu.

Sedang dia asyik mengelamun encik jung pun muncul dibelakangnya. "Jauh mengelamun." Tegur encik jung.

"Ohh encik jung. Maaf saya tak perasan tadi encik jung sampai." Jihyo meminta maaf.

"Takpe. Ni antara krew-krew yang terlibat. Nanti saya introduced dekat awak." Ujar encik jung menunjuk kepada krew-krew yang membawa masuk peralatan ke kafe jihyo. Kelibat exo tidak kelihatan.

"Baikla semua, berkumpul dulu." Arah encik jung kepada semua krew yang terlibat. "Baik. Ini cik song ji hyo. Dia owner kafe ni. Kalau ada sebarang masalah boleh jumpa dia." Terang encik jung. Jihyo disebelah hanya tersenyum manis. "Baikla, kalau takde apa-apa korang boleh sambung semula." Arah encik jung.

"Saya dah introduced cik jihyo kepada krew krew kami. Cuma exo je tak lagi kan. Nanti diorang sampai saya akan introduced." Terang encik jung. Jihyo mengangguk faham.

Setelah setengah jam dia menunggu akhirnya dia dipanggil encik jung. Mungkin exo dah sampai kot. Fikir jihyo.

"Cik jihyo, perkenalkan, Exo." Senyum encik jung memperkenalkan mereka. 12 orang namja kesemuanya. Semua tersenyum manis memandang jihyo. Jihyo senyum memandang mereka satu persatu. Tiba-tiba matanya terhenti kepada seseorang. 'Tak...tak mungkin...tak mungkin tu dia...'


Give Me One Chance...SaranghaeWhere stories live. Discover now