Chapter 28

1.7K 141 1
                                    

"Seolhyun...kau nak apa?" Soal jihyo dingin.

"Apa kata kita duduk dulu. Aku ada something nak discuss dengan kai." Ujar seolhyun lalu duduk dikerusi berhampiran. Jihyo hanya mengikuti seolhyun.

"Kau nak apa? Aku takda masa la nak bincang apa-apa dengan kau." Soal jihyo dingin sebaik saja duduk.

Seolhyun senyum sinis. "Haha, rileks la. Kenapa? Kau takut anak kau hilang ke kalau kau tinggalkan diorang lama sangat?" Soal seolhyun.

"Ap...apa maksud kau..?" Soal jihyo mula risau. Dia takut seolhyun apa-apakan anak dia.

"Jihyo...jihyo..sayangkan betul kau dekat anak-anak kau kan?" Sinis seolhyun. Seolhyun ni pabo ke apa? Ibu mana tak sayangkan anak diorang. Fikir jihyo.


"Macam ni la, kalau kau taknak anak-anak kau diapa-apakan, kau ikut je cakap aku." Cadang seolhyun.

"Kau nak apa sebenarnya ni? Kau jangan berani sentuh anak-anak aku!" Lantang jihyo bersuara.

"Aku tak mintak banyak, cuma aku nak kau jauhkan diri kau dari sehun, faham? Lagipun kau tahu kan aku ni tunang dia. Omma sehun takkan terima kau sebab aku ni tunang dia. Dan untuk pengetahuan kau omma sehun tak sukakan kau. Dan juga untuk pengetahuan kau lagi sehun dengan omma dia bergaduh semata-mata sebab sehun pertahankan kau. Jadi kau sanggup ke tengok seorang ibu kecewa sebab anak dia? Mesti kau taknak kan?" Seolhyun bermain dengan emosi jihyo.


'Jadi sehun dengan omma dia bergaduh sebab aku? Patutlah soalan aku haritu dia tak jawab.' Monolog jihyo.

"Okeylah. Aku pergi dulu. Fikir-fikirkanlah ala yang aku cakap tu ye. Anyeong!" Seolhyun berlalu pergi meninggalkan jihyo bersendirian. Otak cuba untuk berfikir.


Tapi fikiran yang sungguh berserabut untuk berfikir buat masa ini. Daehan, minguk, manse!!! Dia terlupa anak-anaknya. Jihyo bergegas ketempat anak-anaknya duduk berehat tadi. Kosong! Tiada! Daehan, minguk, manse tiada di tempat duduk tadi.

Jihyo mula gelabah. Terlintas difikirannya apa yang dikatakan seolhyun tadi.

Jihyo mencari anak-anaknya. Menjerit-jerit memanggil nama anak-anaknya. Pandangan orang sekeliling tidak dihiraukan. Itu semua tidak penting. Yang penting sekarang ni keselamatan anak-anaknya. Dia takkan maafkan dirinya jika sesuatu berlaku kepada anak-anaknya.

Jihyo mencari merata-rata tapi tidak nampak kelibat triplets. Jihyo putus asa. Dia duduk di sebuah kerusi. Airmatanya turun dengan lebat. Diri sendiri dipersalahkan. "Daehan...minguk...manse...mana korang..." rintih jihyo sendirian.


Tiba-tiba...

"Omma, kenapa omma menangis?" Soal daehan yang muncul didepannya. Minguk dan manse juga ada bersama. Jin dan jessica yang berada bersama dengan triplet memandang aneh jihyo.

Jihyo memandang ketiga-tiga anak-anaknya. Lantas ditarik ketiga-tiganya kedalam dakapannya. "Daehan, minguk, manse...omma risau sangat korang hilang. Korang pergi mana?" Airmata jihyo deras mengalir.

"Omma, tadi kami pergi tandas dengan jin hyung dengan sica noona." Jawap daehan yang masih berada dalam dakapan jihyo.


"Hyo, maaflah. Tadi kitorang nampak bebudak ni duduk dekat kerusi tu. Kau takde. Lepastu minguk nak buang air, jadi kitorang bawaklah diorang pergi toilet." Terang jessica. Memang patut jihyo risau dan menangis macam ni. Tiba-tiba je anak-anak dia hilang. Fikir jessica.

"Noona, kitorang mintak maaf sebab risaukan noona." Jin bersuara. Entah kenapa dia juga turut rasa sedih melihat airmata jihyo.

"Dahlah, jom kita balik." Ajak jin. Jihyo hanya menurut. Tangannya memimpinn daehan dan manse. Manakala. Minguk pula dipimpin jessica.


Sejujurnya dia tak marahkan jessica dan jin. Yelah dia cuma risau. Tiba-tiba anak-anaknya hilang. Kalau orang lain yang kena pun mesti akan jadi gila.

Sepanjang perjalanan jihyo hanya diam. Fikiran yang berserabut. Debaran anak-anaknya yang hilang tadi masih belum pudar. Ditambah lagi dengan apa yang diberitahu seolhyu.

Omma sehun tak suka aku? Patutlah sehun senyap je masa aku tanya dia haritu.

Sampai saja dirumah jihyo terus menidurkan anaknya. Jin menolong mendukung minguk yang tertidur kedalam biliknya. Jin meminta diri untuk pulang ke dorm bts. Dia sempat berpesan kepada noonanya supaya jaga diri dan jangan stress-stress. Jihyo hanya mengangguk dan senyum. Sayang betul jin dengan noonanya. Untung jihyo.

Selesai mandi jihyo baring dikatilnya. Otaknya ligat berfikir.

'Aku dah buat keputusan. Ye, aku perlu lakukannya. Walaupun aku sendiri yang akan kecewa, tapi ini semua untuk kebaikan semua pihak.' Fikir jihyo. Bagi dia kasih sayang antara dia dengan sehun tidak besar mana nak dibandingkan kasih sayang antara sehun dengan omma sehun. Ya. Dia perlu terima yang omma sehun tidak sukakan dia. Dia juga sayangkan anak-anaknya. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada anak yang dia sangat sayang.

'Aku perlu jumpa sehun dan selesaikan semuanya. Sehun aku mintak maaf kalau keputusan aku nanti akan kecewakan kau.'





*****

Ending fanfic ni dah nak dekat kot. Setiap chapter yang saya tulis saya tulis tanpa dirancang. Saya tulis je apa yang ada dalam kepala otak saya. Sebab tu setiap fanfic saya cerita dia takde kena mengena dengan tajuk. So, I'm sorry about that. So, silalah setia bersama dengan fanfic ni sampai habis. InshaAllah, lepas habis fanfic ni akan ada fanfic baru yang akan menyusul.

Give Me One Chance...SaranghaeWhere stories live. Discover now