Chapter 30

1.9K 143 9
                                    

Jin sudah berada dirumah jihyo. Jessica juga setia berada disisi jihyo. Daehan, minguk, manse dibawa Bts keluar jalan-jalan. Mata jihyo sembab akibat dari banyak menangis. Jihyo menarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk mengumpulkan kekuatan untuk bersuara.

"Jin, jessica. Noona dah buat keputusan. Noona akan ke luar negara. Noona akan bawa daehan, minguk, manse ke new york." Jihyo nekad untuk berhijrah ke new york. Berita ini sungguh mengejutkan buat jin dan juga jessica.

"Hah?! Tapi kenapa?! Kenapa noona tiba-tiba nak ke luar negara?! Noona dah tak sayang jin ke? Kenapa noona nak tinggalkan jin?" Jin sebak. Kenapa jihyo perlu ke luar negara. Kalau bergaduh dengan sehun sekalipun takkan la jihyo perlu tinggalkan jin dan lari ke luar negara.

"Hyo, kau dah fikir masak-masak ke? Habis tu hubungan kau dengan sehun macam mana? Takkan nak tinggalkan dia macam tu je?" Soal jessica pula. Dia berlagak tenang. Gila ke apa chingu dia ni, tiba-tiba je nak pindah ke new york.

"Aku dengan sehun dah takde pape. Kitorang dah putus." Terang jihyo. Jessica terkejut. Jin sudah agak pasti sebab ni noona dia buat keputusan begini.

"Noona, takkan la sebab noona dengan sehun dah takde pape noona nak tinggalkan jin?" Sebak jin. Dia tidak mahu berjauhan dengan jihyo.

"Bukan pasal tu je noona nak pindah luar negara. Jin, noona banyak kenangan pahit dekat sini. Noona nak lupakan semuanya. Noona taknak terluka lagi. Noona akan lebih terluka kalau lama-lama dekat korea ni." Jelas jihyo. Jin sudah tidak tahu apa yang hendak diucapkan lagi.


"Habistu kafe kau macamana?" Soal jessica.

"Aku akan sewakan. Sica, kau nak ikut aku? Pergi new york? Aku tak paksa. Kalau kau tak nak, kau boleh duduk rumah ni. Jaga rumah ni." Jihyo mengajak jessica untuk ke new york sekali. Jin menunggu jawapan jessica. Takkan la jessica pun nak tinggalkan dia.

Jessica berfikir sejenak.

"Erm, aku...aku ikut kau." Beritahu jessica. Jin terkejut.

"Sica, takkan awak pun nak tinggalkan saya?" Soal jin.

"Jin, kita masih boleh contact lagi kan. Lagipun kalau saya ikut jihyo, saya boleh jaga dia. Jihyo pun boleh jaga saya. Awak jangan risau. Saya takkan curang." Jessica menyakinkan jin.

Jin mengeluh. Kalau itu keputusan mereka, apa yang boleh dibuat.

"Hurm, kalau itu keputusan korang, apa jin boleh buat. Cuma nanti kalau korang kat sana jangan lupa contact jin tau. Jin pun akan cuba untuk lawat korang kat sana." Jin mengalah. Dia perlu hormati keputusan jihyo dan jessica.

"Jin, nanti, lepas sehari noona ke new york tolong bagi surat ni pada sehun ye." Jihyo menghulurkan sepucuk surat kepada jin untuk diberi kepada sehun. Jin mengambil surat itu.

'Noona, jin tau noona dah banyak terluka. Noona akan lebih sakit kalau lama-lama duduk dekat sini. Jin perlu hormat keputusan noona dengan jessica. Walaupun hati jin ni berat untuk lepaskan korang pergi.'

Tbc.....

Give Me One Chance...SaranghaeWhere stories live. Discover now