"Awak nak apa datang sini?" Soal jihyo. Matanya memandang kearah lain. Sakit hatinya untuk memandang muka sehun. Sehun yang masih berada diluar pagar tidak dijemput masuk.
"Hyo, hun boleh explain. Tolong ls dengar dulu." Sehun merayu.
"Apa yang hun nak explain lagi. Semuannya dah jelas." Tinggi nada suara jihyo.
"Okey. Memang....memang hun dengan seolhyun tu tunang. Tapi itu bukan atas kehendak hun. Semua tu parents kitorang yang arranged kan. Hun takde perasaan apa-apa pun dekat seolhyun tu. Please la percaya." Terang sehun bersungguh-sungguh.
"Tapi hakikatnya, korang tu tunang. Hyo taknak dituduh perampas. Memang hun tak suka dia, tapi dia suka hun kan. Please la hun, hyo dah malas la. Hyo penat la. Hun anggap jela kita ni memang takde jodoh." Sehun tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut jihyo. Semudah itu jihyo sanggup mengalah.
"Hyo, hyo tak sayang hun ke? Please la, please give me one more chance. I love you so much!" Sebak suara sehun. Jihyo terpana. Hatinya terkesan dengan apa yang diucapkan sehun. Tapi dia nekad, nekad untuk tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan lelaki itu.
"Hyo pernah bagi hun peluang kedua. Tapi hun sia-siakannya. Maaf. Anggap jela kita dah takde pape. Lepas ni jangan jumpa hyo lagi." Jihyo berpaling. Melangkah masuk kerumah. Tapi langkahnya terhenti apabila sehun menjerit memanggil namanya.
"Hyo! Please hyo! Jangan buat hun macam ni! Hun sayang hyo sangat-sangat!" Jihyo sebak. Tapi dia tidak peduli. Dia terus masum kerumahnya.
"Ehh! Kau pergi balik la! Jangan nak memekak kat sini lagi! Kau dengan noona dah takde pape! Aku taknak kau jumpa noona aku lagi! Kau dah banyak buat noona aku sakit hati! Kau dengar ea , kalau aku tahu kau cuba-cuba jumpa noona aku lagi, siap kau aku kerjakan!" Jin memberi amaran. Pantang kalau ada sesiapa yang cuba sakitkan hati noonanya.
Sehun masih tidak berganjak dari situ. Dia masih sayangkan jihyo. Dia menyesal kerana menipu jihyo. Dia menyesal kerana tidak memberitahu perkara sebenar awal-awal lagi.
Sungguh dia menyesal.
YOU ARE READING
Give Me One Chance...Saranghae
Fiksi Penggemar"Song Ji Hyo, saya masih sayangkan awak." - Sehun "Maaf, saat awak buat keputusan untuk tinggalkan saya dan kejar impian awak, saat tu la saya dah buang jauh-jauh awak dari hidup saya." - Jihyo "Please. Give me one chance. Saranghae." - Sehun "Maaf...