Chapter 31

2.1K 153 7
                                    

Hari ini jihyo akan bertolak ke New York bersama-sama daehan, minguk, manse dan juga jessica. Walaupun berat hati jihyo untuk meninggalkan korea, tapi dia terpaksa. Untuk kebaikan semua pihak juga. Dia berharap sehun dapat hidup dengan bahagia tanpa dia disisi. Dia juga berharap sehun dapat memaafkan dia. Jin menghantar mereka ke airport. Dia menolong menolak bagasi jessica. Sungguh berat hatinya untuk melepaskan orang-orang yang dia sayang tinggal di tempat orang.

"Jin, kitorang dah nak kena pergi ni. Jin jaga diri baik-baik tau. Kalau ada masa datang la melawat kitorang." Ucap jihyo. Sebak dia rasa untuk meninggalkan satu-satunya dongsaeng yang dia ada.

"Arraaeo noona. Noona, lama ke noona nak duduk kat new york tu? Noona akan balik sini semula kan?" Soal jin. Jihyo diam. Dia tidak pasti sama ada dia ingin pulang atau tidak ke korea.

Jin faham akan jihyo. Dia tidak bertanya lanjut.

"Daehan, minguk, manse, nanti jaga omma dengan sica noona baik-baik ye. Nanti kalau ada masa hyung datang lawat korang." Pesan jin kepada triplets.

"Noona, jin nak cakap dengan jessica kejap sebelum korang pergi." Jihyo faham lalu meninggalkan mereka berdua.

"Sica yaa, nanti awak jaga diri baik-baik tau. Saya nak awak tahu yang saya sentiasa sayangkan awak walaupun kita berjauhan. Ingat tau! Jangan kasik hati awak dekat mana-mana mat salleh tau. Hati awak untuk saya sorang je tau." Kata-kata jin membuatkan jessica terharu. Dan juga membuatkan dia ingin ketawa. Jeles jugak jin ni.

"Arraseo. Awak pun sama. Jaga mata tau. Jangan tengok perempuan lain. Saya akan sentiasa rindukan awak." Ucap jessica. Jin menarik jessica kedalam pelukannya. Lama mereka berpelukan. Jihyo yang melihat dari jauh hanya tersenyum.

Akhirnya tiba la masa mereka untuk pergi. Jin melambai-lambai tangan kepada mereka. Setelah diorang hilang dari pandangan jin, jin tidak dapat menahan airmatanya. Baru sahaja jihyo, jessica dan triplets pergi dia sudah terasa rindu.


****

Selepas berjam-jam akhirnya mereka sampai ke new york. Awal-awal lagi jihyo sudah membeli sebuah rumah dari kenalannya yang tinggal di new york ini untuk mereka menetap. Mereka tiba di depan rumah tersebut. Kenalan jihyo sudah menunggu didepan pagar untuk menyerahkan kunci rumah.

Jessica terkejut melihat rumah yang dibeli oleh jihyo. Sangat cantik. Walaupun rumah ini tidak sebesar rumah lama mereka, namun gayanya yang moden bercampur dengan classic membuatkan rumah itu nampak mewah.

Jihyo menghampiri kenalannya itu. Lalu mereka berjabat tangan.

"Helo anne. How are you?"

"I'm fine. So , here's your key. I hope you like this house."

"Ohh, thanks for helping me"

Setelah selesai semuanya mereka pun masuk kerumah tersebut. Jihyo sangat berpuas hati dengan rumah tersebut yang lengkap dengan perabot.

Triplets dan jessica sudah tidur selepas penat berkemas. Hanya jihyo yang masih tidak tidur. Dia duduk ditepi tingkat. Fikirannya teringat akan orang di korea. Sesampai saja jihyo di new york, dia terus menghubungi jin. Menyatakan ketibaanya. Dia tidak mahu jin risau.

'Jihyo, sekarang ni kau patut lupakan semuanya. Kau patut bina hidup baru. Itu yang kau nak kan' monolog jihyo. Dia menutup tingkap lalu masuk kebilik untuk tidur.

***

To: Sehun

Sehun, kita perlu berjumpa. Ada benda penting yang perlu aku sampaikan.

From: jin

Jin menghantar khidmat pesanan ringkas kepada sehun. Tidak lama kemudian telefon jin berbunyi menandakan ada mesej masuk.

To: jin

Okey. Esok. 2pm dekat choovely cafe.

From: sehun.

Esok jin akan berjumpa dengan sehun untuk menyampaikan surat yang diberi noonanya. Terus terang dia sangat marah dengan sehun. Sebab dia la noonanya selalu sedih. Tapi dia tahu dia tidak boleh bencikan lelaki tu. Sebab apa? Sebab dia tahu jihyo sangat sayangkan sehun.

'Noona, noona. Kenapa la noona sayang sangat dengan sehun? Sedangkan sebab dia la noona selalu sedih-sedih.



***

I don't know la bila cerita ni nak habis. Tapi dalam hati, nak sangat-sangat cepat habiskan cerita ni.

Give Me One Chance...SaranghaeWhere stories live. Discover now