***
Sekarang tubuhnya di tarik oleh dua lelaki berbadan tegap masuk ke dalam kereta menuju ke hotel mewah.
Haemi dikurung di dalam bilik hotel itu , dia cuba untuk membuka pintu namun pintu dikunci dari luar.
"Argh!" Haemi menjerit geram. Haemi memandang sekeliling, tidak ada cara lagi dia untuk melarikan diri. Haemi terduduk di atas katil sambil teringatkan nasib keluarganya sekarang.
Cklek.
Pintu terbuka dan seorang lelaki masuk, Kim Taehyung. Jika dilihat diluar dia memang betul-betul kacak, dengan pakaian kemas bersut. Namun bukan sekarang untuk mengkagumi wajah lelaki di hadapannya itu.
"Gembira dapat jumpa kau , sweety"
"Kenape saya boleh ada dalam acara jual beli tu?" untuk adalah persoalan yang dari tadi bermain di dalam fikirannya.
"Kau mendaftarkan diri dengan sukarela" kata Taehyung dengan santai.
"Saya? Bila?!"
"File kertas yang kau bawa tu adalah form pendaftaran. Aku menyuruh seseorang untuk beli kau" Taehyung menerangkan bagaimana Haemi terlibat dengan hal ini.
Apa masalah dia sehingga dia boleh terlibat dalam hal ni? Haemi juga mula berasa takut apabila terlibat dengan golongan orang kaya dan ternama. Dia yakin yang suara juruacara tadi adalah suara model international , Kim Nana.
"Cepat keluar , kau perlu ikut aku"
Taehyung menarik tangan Haemi tapi ditahan kuat oleh Haemi. Dia takut kalau Taehyung membawanya pergi ke tempat tidak senonoh.
Dia banyak lagi masalah yang hendak difikirkan, malah keluarganya sedang bermasalah di rumah memikirkan tentang duit hutang itu.
"Bukan ke kau ni terlalu kasar, Taehyung?"
Tanya seorang lelaki di depan pintu , yang berpakaian serba hitam. Lalu lelaki itu masuk ke dalam bilik hotel itu dan mengunci pintu.
Suara tu! Haemi kenal dengan suara tu , itulah suara yang menyebut harga untuk membelinya tadi. Lelaki itu amat kacak dan kelihatan sama kayanya dengan Taehyung.
"korang ni siapa?" Soal Haemi dengan panik.
"Aku Kim Taehyung"
Lelaki yang baru sahaja masuk tadi tidak tersenyum sama sekali. Bagi Haemi lelaki itu amat mengerikan dan menakutkan.
"Lepaskan saya! Saya nak balik!" Bentak Haemi tiba-tiba.
Haemi baru sahaja ingin berlari menuju ke pintu namun Taehyung terlebih dahulu menahan tangan Haemi lalu mendorong Haemi ke lantai yang keras dan dingin itu.
Haemi merintih kesakitan , lelaki yang baru masuk tadi hanya duduk di sofa dan menjadi memerhati sahaja.
"Syaitan" bisik Haemi perlahan.
"Jangan lawan aku , aku tak suka dan aku dah beli kau dengan harga yang mahal!" desis Taehyung di telinga Haemi.
Taehyung duduk di hadapan Haemi lalu meraih dagu Haemi dengan tangannya. Dia mengangkat wajah Haemi lalu di lihat di sebelah kanan dan kiri Haemi untuk melihat kedua pipi perempuan itu.
"Kau nampak cantik dan amat menarik"
"Taehyung" tegur lelaki itu sambil menahan pergelangan tangan Taehyung.
"Kenapa? "
"Aku faham , kau beli perempuan ni untuk aku kan?" lelaki itu bersuara.
Taehyung tersenyum lalu berdiri , Taehyung menepuk bahu Jeon Jungkook.
"Aku nak berikan hadiah untuk hari jadi kau , tapi aku tak tahu nak bagi apa selain peliharaan. Kau tahu? Jadi hargai hadiah aku ni , Jeon Jungkook" kata Taehyung lalu tersenyum sinis.
Jungkook menggaru lehernya yang tidak gatal lalu memandang Haemi yang masih terduduk di atas lantai.
Jungkook dapat melihat api kemarahan dan kebencian di dalam tatapan mata Haemi. Itu normal kalau melihat macam mana Taehyung melayan perempuan dengan kasar dan rendah.
"Kau tahukan aku tak perlukan pembantu" kata Jungkook lalu mengeluh.
"Come on , Jeon Jungkook. Dia bukan pembantu tapi budak kau. Kau tak perlu bagi gaji untuk budak ni. Ambil je dan anggap ni adalah hadiah selamat datang ke Korea!"
Taehyung tersenyum ke arah Jungkook. Casanova Kim Taehyung memang suka melakukan hal yang pelik dan sebagai contohnya sekarang.
Taehyung memandang Haemi tapi Haemi mengalihkan pandangannya. Taehyung tidak mahu kalah lalu dia mendekatkan mukanya ke arah Haemi untuk menciumnya tapi dia berhenti di telinga perempuan itu.
"Berseronok lah"
Kemudian Taehyung melambaikan tangan ke arah Jungkook yang sudah dianggap abangnya sendiri.Lalu Taehyung keluar dari pintu.
Jungkook menghala nafas lalu melirik ke arah Haemi dengan tidak berminat. Dia tidak memerlukan pembantu atau budak dan sejenisnya. Namun membuang pemberian orang adalah bukan hal yang baik.
"Rapikan diri kau" kata Jungkook
"Sa—saya"kali ini Haemi betul-betul ketakutan.
"Aku tak gila macam lelaki tu tadi , aku tak berminat dengan kau. Cepat bersihkan diri kau dan bekerja sebagai pembantu di apartmen aku"
Menjadi pembantu? Haemi bahkan sudah tidak ada masa untuk itu. Dia perlu cari cara untuk membayar hutang appanya.
"Atau aku sendiri yang perlu bersihkan diri kau?" Ugut Jungkook sambil menyandarkan di atas sofa
"Ti-tidak! Saya boleh buat sendiri" Haemi bingkas bangun memperbetulkan bajunya dan merapikan rambutnya yang kusut akibat perbuatan Taehyung.
"Bagus , cepat bersiap untuk pergi ke apartmen aku. Aku bagi masa 15 minit , aku tunggu di luar pintu" kata Jungkook lalu bangun keluar dari bilik itu.
Haemi membeku di situ. Dia baru sahaja hilang harga dirinya , dia diperlakukan seperti barang yang murah boleh ke sana dan kemari. Ini adalah penghinaan baginya , malah dia tidak dapat membela diri dia sendiri.
Sambil Haemi membasuh muka dan membasahkan sedikit badannya , dia menangis kerana nasib yang menimpanya amat malang.
TO BE CONTINUE
Vote [/]
Comment [/]Itsmaniesa
YOU ARE READING
the jeon ∽ jungkook ✔
Fanfiction■ complete ■ BOOK 1 : First Generation Of The Jeon Family "Lepaskan saya! Saya nak balik!" Bentak Haemi tiba-tiba. Haemi baru sahaja ingin berlari menuju ke pintu namun Taehyung terlebih dahulu menahan tangan Haemi lalu mendorong Haemi ke lantai ya...