thejeon. 11

7.4K 675 19
                                    

***

Waktu terus berputar malam berganti pagi , Jungkook yang pertama membuka matanya lalu dia memandang seorang perempuan yang masih nyenyak tidur membelakangi nya. Dia tidak ingat apa yang terjadi semalam kecuali keganasannya sehingga perempuan itu pengsan.

Hari ini Jungkook yakin bahawa Haemi tidak dapat berjalan dengan biasa , lagipun Jungkook tidak memerlukan Haemi lagi di pejabatnya. Dia akan membebankan Mijoo dengan semua kerja Haemi yang tertunggak.

Jungkook berganjak dari tempat tidurnya lalu mengambil tali leher dan tali pinggangnya yang berada di lantai. Jungkook mengeluh seketika lalu berjalan masuk ke dalam bilik mandi.

Sementara itu , bunyi bising yang dibuat Jungkook menyedarkan Haemi dari tidurnya. Haemi terbangun lalu terasa sakit di bahagian intim dan seluruh tubuhnya. Haemi melirik ke dalam selimut , ternyata yang semalam bukan mimpi. Ia nyata. Dia baru hilang harga dirinya , diperkosa dengan kasar oleh lelaki yang tidak sepenuhnya dia kenali.

Jungkook keluar dengan pakaian kerja yang lengkap lalu memandang Haemi yang tertunduk lemah.

"Keperluan makanan kau dah aku siapkan di dalam peti sejuk , kau boleh masak apa yang kau nak dan kau tak payah pergi ke pejabat hari ni. Duduk kat sini dan jangan keluar tanpa pengetahuan aku" kata Jungkook sambil membetulkan tali lehernya di Depan cermin

Tidak ada jawapan

"Mungkin yang semalam masih sakit , kau boleh telan ubat"

Haemi separuh tidak sangka kalau reaksi Jungkook hanya itu. Seolah apa yang terjadi semalam ada hal yang biasa. Mungkin dia dah banyak kali tidur dengan perempuan murahan di luar sana.

"Diam?"

"..." Tidak ada jawapan

"Baiklah , aku tak perlu jawapan kau , lagi pun aku akan ke pejabat dan takde banyak masa nak layan kau atas katil"

"Lelaki sial!" Desis Haemi.

Jungkook memandang Haemi sekilas lalu tersenyum tipis , Jungkook mengambil kunci kereta di atas meja di tepi katilnya.

Jungkook meraih kepala Haemi lalu mencium bibir Haemi sebentar tanpa mempedulikan bentakan Haemi. Tubuh Haemi masih lemah jadi dia hanya mampu menolak tubuh Jungkook dengan kuat. Jungkook melepaskan ciumannya lalu keluar dari biliknya. Meninggalkan Haemi yang kepanasan.

Sekarang hidupnya betul-betul hancur.

***

Taehyung begitu risau , dia bahkan tidak dapat tidur dengan nyenyak. Pagi ini dia sudah berada di pejabat Jungkook. Beberapa minit kemudian Jungkook masuk sambil mengacak rambutnya.

"Akhirnya kau datang"

"Pagi sekali ? Kenapa?"

Taehyung tak nak berbasa-basi , dia perlu tahu apa yang difikirkannya semalam betul-betul terjadi atau tak.

"Haemi..."

"Dia sihat je"

"Kau tahu apa maksud aku kan Jeon Jungkook?"

"Semalam dia hanya pengsan , aku rasa sedikit susah. Dia tak boleh berjalan dengan elok hari ni"

"Kau buat?" Soal Taehyung tak percaya

Jungkook hanya mengangkat bahunya. Taehyung menghela nafasnya. Sekarang semua dah terjadi , amat susah untuk Taehyung tarik balik Haemi dari Jungkook.

"Kalau ada timbul masalah lagi , mungkin aku takkan atasi lagi" kata Taehyung

"Aku lebih daripada mampu nak atasi masalah tu"

"Yaa Jungkook! Ni masalah keperimanusiaan dan kehormatan" bentak Taehyung

"Tenang , aku ada duit untuk atasi tu"

"Terserah , kali ni aku akan lepas tangan"

Taehyung bangun lalu menuju ke syarikatnya. Jungkook pula mula sibuk dengan kerjanya seolah tidak menjadi apa-apa. Lalu satu email masuk.

Wonwoo dah sudah tiba di Korea.

***

Jungkook betul , Haemi tidak dapat berjalan seperti biasa. Terasa ngilu dan pedih. Dia tidak sangka bahawa malam pertama yang di mimpi kan bersama suami yang sudah hancur. Tadi Haemi mahu lari dari Jungkook tapi Jungkook terlebih dahulu mengunci apartmen dari luar.

"Dan sekarang dia kurung aku"

Yang Haemi dapat buat adalah makan makanan yang dibuatnya sambil memandang televisyen yang menyiarkan cerita. Tapi fikirannya terlayang pada kejadian semalam. Dia dapat rasakan lagi sentuhan Jungkook di tubuhnya. Ciuman penuh paksaan , hentakan kasarnya dan ntah keberapa kali mereka lakukan sehingga dia sendiri pengsan , tidak sanggup menahan beban dan tenaga Jungkook.

Mengingatkan kembali membuatkan dirinya berada lebih kotor. Dia menangis lagi , lalu bayangan ahli keluarganya keluar.

"Omma..appa..."

Haemi berputus asa , dia mematikan televisyen lalu menuju ke bilik mandi.

***

Jungkook tiba di apartmen lebih lewat malam. Dia membuka pintu lalu suasana hening.

Untuk sesaat dia risau kalau Haemi berjaya melarikan diri. Jungkook dengan cepat memeriksa semua bilik namun tiada kelibat Haemi , hanya satu lagi bilik. Bilik mandi Haemi.

Terkunci.

Jungkook mengambil kunci lain lalu membuka pintu. Dan kelihatan Haemi tertidur di lantai bilik mandi itu dengan nafas yang teratur. Jungkook mendekati Haemi lalu duduk di sebelahnya. Menatap Haemi dengan damai. Lalu Jungkook bangun dan menutup lampu bilik mandi itu. Jungkook ke dalam biliknya.

Haemi membuka matanya lu terisak perlahan "sebenarnya apa awak fikirkan ? Apa yang awak rasa Jeon Jungkook?" Soal Haemi sendirian


TO BE CONTINUE

Vote [/]
Comment [/]

Itsmaniesa

the jeon ∽ jungkook ✔Where stories live. Discover now