thejeon. 23

5.3K 567 27
                                    

***

Hari pertama permainan yang dibuat Haemi akan bermula. Jungkook perlu bersikap seperti seorang suami. Haemi sudah pun menyiapkan sarapan pagi dan tambahan hari ni adalah hari cuti bagi Jungkook. Kebiasaannya walaupun hari cuti Jungkook akan membuat kerja di bilik kerjanya , namun hari ni tiada istilah kerja.

Janji adalah janji

Dan Jungkook sebagai seorang lelaki perlu memenuhi janji seperti apa yang diminta Haemi.

"Saya dah siapkan sarapan" kata Haemi sambil tersenyum lalu menghidangkan makanan di atas meja makan , Jungkook sudah pun bersiap sedia di situ. Pagi ini Jungkook melihat Haemi memakai dress putih selutut dan mengikat rambut coklatnya , amat simple namun itulah cara pemakaian ideal type Jungkook. Hal yang jarang Jungkook jumpa di kalangan perempuan lain , perempuan lain disekitar menggoda Jungkook dengan pakaian yang seksi dan Jungkook tidak menyukainya.

"Baguslah" balas Jungkook dengan kaku.

Kalau bersarapan dengan Haemi , Haemi akan menyediakan segelas susu hangat , kalau tidak Jungkook akan minum kopi dan air mineral sahaja.

Jungkook duduk dengan tenang sambil menikmati makanannya , begitu juga dengan Haemi. Tiada perbualan di antara mereka , sehinggalah Jungkook habis makan. Lelaki itu mendekati Haemi lalu berdiri tepat di samping Haemi , membuatkan Haemi memandang nya.

Satu ciuman singkat di bibir Haemi cukup membuatkan Haemi membeku seketika.

"Aku fikir kau mahukannya , morning kiss"

Kata Jungkook di telinga Haemi lalu berlalu pergi dari situ , masuk ke biliknya.

Haemi menyentuh bibirnya lalu tersenyuman , mukanya pasti sudah merah.

***

"Jom keluar bersiar-siar!" Ajak Haemi sambil memandang Jungkook yang duduk di sampingnya dengan tablet di tangan.

Jungkook melirik Haemi "Kau serius?"

"Jomlah , awak tahu kan anak kita.."

"Anak kita?"

"Jangan macam tu Jungkook , kan ni anak kita. Awak appa dia dan saya omma dia"

Haemi mengingati Jungkook yang membalas dengan anggukan perlahan.

"Jadi saya bebas bermanja dengan awak dan awaaakk sebagai suami yang baik , awak tahu kan tugas awak?"Soal Haemi

"Hanya ikut kemahuan kau je kan?" Soal Jungkook balik.

"Betul Tuan Muda Jeon , takkan lah awak nak bersikap marah dan kasar kan?"

"Kalau aku jadi suami Shanon? Mesti tak"

Haemi tersenyum paksa apabila mendengar nama Shanon keluar dari mulut Jungkook. Rasa cemburu mula timbul namun Haemi berusaha mencegahnya.

Kalau dia dan Jungkook berjumpa dengan cara yang elok.

Kalau dia dan Jungkook tidak berada dalam hubungan serumit ini.

Kalau dia dan Jungkook saling mencintai dengan cara benar.

Kalau dia dan Jungkook berkahwin dalam dunia nyata.

Kalau dia dan Jungkook dalam hubungan suami isteri dan sedang bahagia menunggu anak pertama mereka.

Kalau dia dan Jungkook..

the jeon ∽ jungkook ✔Where stories live. Discover now