***
Tuan Jeon menepati janjinya , dia menyuruh orang suruhannya membawa Junghae kepada Haemi di hospital. Jungkook masih berada di dalam rumah itu.
Drrrttt Drrrttt
Phonenya bergetar , satu panggilan masuk. Ada nama tertera di situ , nama salah satu orang suruhannya.
"Macam mana?" Soal Tuan Jeon.
"Saya sudah membawa Junghae pada ommanya dan membayar seluruh bil perawatan Junghae dan Puan Haemi"
"Baguslah , sekarang awasi mereka"
"Baiklah"
Sambungan telefon itu terputus , lalu Tuan Jeon mendekati isterinya.
"Di mana Jungkook?"
"Berehat di biliknya , dia nampak kurang sihat"
"Dia akan sihat"
"Tak perlu panggil doktor ke?" Soal isterinya.
Tuan Jeon berfikir sejenak sebelum akhirnya memanggil salah satu pembantu rumahnya untuk menghubungi doktor umum.
***
Junghae sudah berada di tangan Haemi. Haemi tersenyum apabila Junghae kembali kepadanya balik. Lalu dia memandang Hansol yang berada di situ.
"Mana Jungkook?"
"Jungkook sekarang berehat di rumahnya , atau lebih tepat tawanan" kata Hansol.
Haemi memandang Hansol dengan pelik.
"Tawanan?"
"Dia telah menyerahkan dirinya pada Tuan Jeon"
Sekarang Haemi faham , kenape Junghae dengan senang kembali dalam pelukannya. Ini bermaksud Jungkook telah menukarkan kebebasannya demi mereka.
"Jungkook..Jungkook.. Macam mana keadaan dia? Bagitau saya Ji Hansol!" Kata Haemi.
Hansol terdiam seketika lalu mengambil Junghae dari Haemi. Dan memberikan kepada petugas hospital untuk membawa Junghae masuk ke dalam bilik lain.
"Tolong bawa saya berjumpa dengan Jungkook.." pinta Haemi.
Hansol hanya diam , dia tidak tahu hendak buat apa. Tugasnya hanyalah memerhatikan Haemi tidak lebih daripada itu.
***
Sementara itu Jungkook terbaring lemah di katilnya. Ommanya menangis melihat Jungkook yang selemah itu , tidak pernah dia lihat selama ni. Walaupun sakit , Jungkook akan sentiasa membuatkan ommanya tidak terlalu risaukan dia. Namun kali ini Jungkook tidak dapat berbuat begitu kerana lalu ini Jungkook seperti mayat hidup.
"Dia terkejut disebabkan hal hal yang dia alami tidak boleh dia terima sepenuhnya. Dan kebanyakannya dia menyalahkan diri sendiri" jelas doktor Irene sambil menulis sesuatu pada catatannya.
"Dia akan sihat?" Soal Tuan Jeon.
"Tergantung pada kondisi dia , kalau dia nak dia akan melawan. Kalau tidak dia tidak akan bertahan lama"
Mendengar hal itu membuatkan tangisan ommanya semakin kuat. Sementara itu Wonwoo yang berdiri di pintu memejamkan matanya berusaha menahan rasa pedih dan bersalah menghantuinya. Dan semua hal ini membunuhnya secara perlahan.
Menyedari kehadiran Wonwoo , Tuan Jeon menyuruh Wonwoo untuk membawa ommanya keluar dari bilik itu.
"Omma , biar doktor Irene je yang memeriksa Jungkook" kata Wonwoo lalu membawa ommanya keluar dari bilik itu.
"Nampaknya Jungkook bekerja 10 kali ganda daripada batas normal. Dia berusaha untuk mengendalikan dirinya yang satu lagi , kalau tidak dia akan melukai dirinya sendiri kalau dia berasa tertekan" terang doktor Irene lagi.
"Jin , tolong selamatkan Jungkook" rayu Tuan Jeon. Tuan Jeon amat berharap kepada Irene.
"Saya setakat ini sahaja dapat membantu , yang selebihnya dia sendiri akan melawan" jelas Jin.
Mendengar hal itu membuatkan Tuan Jeon mengeluh panjang. Hanya satu sahaja wajah yang terlintas di fikirannya. Min Haemi.
NEXT CHAPTER IS FINAL FOR 'THE JEON' STORY
OMO T^T
GET READY :')
Vote [/]
Comment [/]
YOU ARE READING
the jeon ∽ jungkook ✔
Fanfiction■ complete ■ BOOK 1 : First Generation Of The Jeon Family "Lepaskan saya! Saya nak balik!" Bentak Haemi tiba-tiba. Haemi baru sahaja ingin berlari menuju ke pintu namun Taehyung terlebih dahulu menahan tangan Haemi lalu mendorong Haemi ke lantai ya...