thejeon. 28

4.8K 539 23
                                    

***

Haemi dengan kehidupan barunya amat menyenangkan. Haemi sedang berjalan di taman yang kebetulan bersebelahan di apartmen barunya. Haemi memerlukan udara segar untuk dirinya dan bayinya. Kalau sahaja pertolongan Yoongi ini adalah daripada Jungkook.

Mungkin Haemi akan jadi perempuan yang paling bahagia di dunia ini.

Tanpa sedar air mata Haemi mengalir. Banyak hal yang berubah dalam hidupnya setelah bersangkut dengan Jungkook. Mula dari rasa peduli , cinta , rasa bersyukur , rasa kesal , kesedihan , sakit hati , rasa takut dan pelbagai lagi.

"Aku dengar anak dari keluarga Jeon sedang berada di hospital"

"Kan , tapi yang aku dengar pula dia ada penyakit jiwa"

"Mana mungkin? Dia kan lelaki sempurna"

"Kita tak kenal lagi dia dengan lebih mendalam"

Haemi menghentikan langkahnya. Lalu dia memandang dua orang perempuan yang sedang sibuk bergosip. Kedua memakai kad bertali dari Syarikat The Jeon Corporation.

"M-maaf , siapa yang awak berdua tengah bualkan tadi?"

Dengan itu , kedua perempuan tadi memandang Haemi dari atas sehingga bawah.

"Hal apa?"

"Hal anak dari keluarga Jeon" kata Haemi

"Oh , itu kami tengah bercakap tentang anak keluarga Jeon yang nama Jeon Jungkook tu"

"Apa yang terjadi pada dia? Kenape dia berada di hospital?" Soal Haemi bertubi-tubi. Salah satu dari perempuan itu menarik kawannya untuk pergi dari situ , mungkin mereka mengganggap Haemi gila.

Haemi menahan tangan salah satu dari mereka.

"Beritahu saya , saya merayu" pinta Haemi

Pang

Satu tamparan hingga di pipi Haemi membuatkan Haemi melepaskan tangan perempuan itu.

"Dia gila , aku dengar dia cuba bunuh diri dan keluarga Jeon buat cerita bahawa lelaki tu kemalangan. Aish , lebih baik kau cari sendiri tentang hal ni!"

Lalu kedua mereka pergi dengan cepat.

Cuba untuk bunuh diri? Masalah apa? , Haemi tidak dapat berfikir banyak lalu dia menghubungi Hansol. Dia yakin bahawa Hansol tahu tentang hal ni.

***

Yoongi tak nak mainannya melarikan diri apabila Hansol memberitahu bahwa Haemi bertanyakan tentang Jungkook. Yoongi segera memutuskan untuk pergi ke Korea.

Haemi terus bangun dari sofa apabila pintu apartmennya dibuka "Hansol"

"Tuan Muda Min akan hantar kau ke hospital" kata Hansol lalu menolong Haemi turun ke bawah.

Sampai sahaja di kereta , Hansol membuka pintu untuk Haemi lalu kelihatan Yoongi berada di tempat duduk hadapan

"Cepat masuk , aku akan.hantarkan ke hospital"

***

Haemi berjalan dengan cepat di sepanjang koridor hospital setelah mendengar nombor bilik Jungkook dirawat. Sedangkan Yoongi berusaha mengakhiri perbualannya antara dia dan perawat perempuan yang nampaknya sedang menggoda Yoongi. Setelah itu Yoongi pantas menyusul Haemi dengan cepat.

Dengan cepat Yoongi menahan lengan Haemi apabila Haemi ingin membuka pintu bilik wad Jungkook. Haemi memandang Yoongi dengan tatapan merayu.

"Kau tak boleh masuk , Haemi" kata Yoongi

"Kenape? Kenape tak boleh? Saya nak tengok dia! Saya merayu!"

Kali ini Haemi menangis di depan Yoongi. Yoongi terdiam sesaat sebelum memutuskan untuk memeluk Haemi. Haemi menangis di dalam pelukan Yoongi. Yoongi memandang di sebalik tingkap , di dalam sana ada Wonwoo dan keluarga Jeon. Kalau dia membiarkan Haemi masuk ke dalam sana , sama seperti memberikan daging segar kepada sekumpulan serigala.

"Kau tak boleh masuk sekarang , ada keluarga Jungkook di dalam"

Haemi berusaha menghentikan tangisannya. Lalu Yoongi memberikan ruang kepada Haemi untuk melihat Jungkook dari tingkap.

Kelihatan Wonwoo sedang memegang kemas tangan Jungkook , dan omma Jungkook sedang menangis di dalam pelukan suaminya. Tubuh Jungkook dipenuhi dengan wayar-wayar.

"Jom balik , kau perlu berehat" kata Yoongi.

"Saya memang tak boleh masuk langsung itu sentuh Jungkook?" Soal Haemi dengan mata berkaca-kaca.

"Dia dah berkahwin , ingatlah"

Haemi terdiam , lalu dengan perlahan dia mengikuti langkah Yoongi yang berjalan pergi. Tanpa mereka sedari , Jessica dari tadi lagi berdiri di tepi dinding. Nampaknya Yoongi tidak sejahat yang dia kira.

Sementara itu , di dalam bilik wad Jungkook. Satu titis air mata mengalir keluar Jungkook namun matanya masih terpejam rapat. Wonwoo dapat merasakan jari jemari Jungkook bergerak di dalam tangannya. Dengan segera dia memanggil doktor.

Jessica berjalan pergi dari situ apabila melihat beberapa orang doktor menuju masuk ke dalam bilik wad Jungkook.

Yoongi yang sempat berpaling ke belakang melihat keadaan itu tidak mengatakan apa-apa pada Haemi.

NEXT CHAPTER

double update sebab saya tak publish semalam :>

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

the jeon ∽ jungkook ✔Where stories live. Discover now