thejeon. 10

8.3K 700 79
                                    

***

Haemi tidak faham dengan bentuk perubahan Jungkook yang mendadak. Dia semakin menjadi over protectiv. Bahkan sekarang Jungkook meminta orang suruhannya sentiasa mengawasi Haemi.

"Dia semakin hari , semakin pelik" keluh Haemi sambil memasukkan sebungkus paket kopi kecil dalam cawan. Kemudian dia menuangkan air panas lalu dikacau sehingga aroma kopi terkeluar.

"Minta lalu"

Suara itu mengejutkan Haemi , hampir sahaja cawan berisi air panas itu akan jatuh ke lantai tapi sempat dipegang Haemi. Namun air panas itu tertumpah terkena di atas baju kemeja putih Haemi.

"AAAHH!" Jerit Haemi menahan rasa panas.

Haemi menoleh dan melihat Chen , salah satu staf marketing yang ceria dan suka menganggu orang lain. Chen ketawa apabila melihat reaksi Haemi.

"Mianhe Haemi , tapi reaksi kau lucu haha" ucap Chen setengah rasa bersalah.

"Yaaa! Chen! Kemeja saya kotor!"

Chen merasa bersalah lalu berusaha menghentikan ketawa nya. Chen mengambil beberapa tisu lalu membantu Haemi membersihkan kemejanya. Haemi turut juga membersih sambil mulutnya tidak henti-henti mengeluh. Apa yang akan terjadi sekiranya dia ada klien hari ni? Tidak mungkin dia akn pergi dengan pakaian macam ni.

Kebetulan saja , Jungkook yang hendak mengambil sesuatu di situ melihat kejadian itu. Dia tidak mengatakan apa-apa dan mukanya datar. Chen menyedari bahawa ada atasan yang berdiri di situ

"Maafkan saya"

"Kenapa?" Soal Jungkook

"Saya tak sengaja mengejutkan Haemi sehingga kopinya tertumpah di kemejanya" terang Chen

Berbeza dengan Chen yang kelihatan santai dan biasa-biasa. Haemi sedang bersiap sedia sekiranya Jungkook akan membebel tentang larangan jangan dekat dengan lelaki lain.

Jungkook tidak mengatakan apa-apa. Sempat Jungkook memandang Haemi dari atas hingga ke bawah , lalu dia berjalan pergi.

"Kau nak aku belikan kemeja baru di mall?"

"Ah , tak perlu lah. Saya pergi dulu" kata Haemi tergesa-gesa. Lalu keluar dari situ.

Sampai sahaja di mejanya "ya , awak dari mana?" Soal Mijoo

"Sedang buat kopi tadi , waeyo?"

"CEO cari"

"Tadi kami terserempak , tapi dia tak de kata apa-apa"

Mijoo mengerutkan dahinya lalu dia menyuruh Haemi masuk ke pejabat menjumpai Jungkook. Haemi berfikir sejenak lalu mengangguk.

Tok tok tok

Haemi membuka pintu , Jungkook memandang Haemi sekitar lalu memandang skrin laptop nya balik. Dia betul-betul mengabaikan Haemi.

"File ni..."

"Letak je kat situ"

"Eh? Maaf?"

"Perlu aku ulang lagi?"

Sikap Jungkook sekarang memang ada yang salah. Haemi membuka mulutnya untuk menjelaskan situasi tadi.

"Saya tak de buat apa pun tadi , tapi tadi hanya kebetulan. Chen-"

"Haemi , ada aku minta penjelasan?"

Tatapan dingin Jungkook menusuk Haemi. Haemi diam tidak mengatakan apa pun. Haemi memusingkan tubuhnya lalu keluar dari bilik itu. Haemi keluar lalu duduk di kerusinya kerjanya dengan air matanya bertakung. Mijoo hanya memandang , tidak mahu masuk campur urusan peribadi mereka.

the jeon ∽ jungkook ✔Where stories live. Discover now