***
"Aku belajar sehingga ke peringkat tertinggi , tapi ni hasil. Huf , sia-sia" keluh Haemi sambil mengelap meja ruang tamu.
Haemi terus mengelap meja namun terhenti apabila terdengar pintu apartmen di buka. Haemi memandang jam dinding , baru jam 3 tengahhari.
Jungkook dah balik?
Kenapa?
"Pelik..." sapa Haemi dengan kening yang dinaikkan.
"Aku takkan bersusah payah kalau kau baca mesej aku" desis Jungkook lalu berjalan masuk ke dalam biliknya. Haemi mengambil phonenya , ada satu mesej masuk.
Jungkook terus keluar dari apartmen nya dengan kelam kabut. Sedangkan Haemi duduk untuk membaca mesej yang dihantar Jungkook.
Kertas. Di laci meja bilik aku. Ke pejabat. - Jungkook
Membaca mesej itu saja membuatkan Haemi ingin melempar phonenya tepat di muka kacak Jungkook. Manusia mana yang akan faham jenis apa mesej yang dihantar Jungkook.
Haemi meletakkan phonenya di atas meja di tepi televisyen lalu mula menyambung aktivitinya. Haemi ketawa apabila teringatkan muka kesal Jungkook dengan gerakannya yang kelam kabut.
"Nasib baik aku tak baca mesej dia , hahaha"
***
Jungkook sampai di pejabatnya dengan keadaan berpeluh. Di dalam pejabat ada Taehyung dan Jimin.
"Asal korang datang hari ni?"Soal Jungkook.
"File kertas tu mana?" Soal Jimin.
"Ada tadi di apartmen aku".
"Aigoo Jungkook , macam mana boleh ada kat situ" keluh Jimin.
"Laaa...Kau pun cakap masih ada minggu depan" balas Jungkook yang turut mengeluh.
Taehyung hanya diam dan tidak mengatakan apapun. Dia sedang menikmati kopi hangat dari Jepan , yang dipesan Jungkook.
"Kau tak balik ke Amerika?" Soal Jungkook pada Jimin
"Kau tak balik ke Jepan?"
"Aku ada banyak urusan kat sini"
"Aku pun"
Baru sahaja mengenal , Jungkook sudah terbiasa dengan perangai Jimin. Kerana perangai Jimin sama dengan perangai Taehyung.
"Kau boleh je suruh seseorang ambil di apartmen kau" kata Taehyung sambil memandang Jungkook.
"Tidak boleh sembarangan orang boleh masuk je dalam apartmen aku" balas Jungkook.
Jungkook tahu apa yang dimaksudkan Taehyung. Jungkook mengeluh apabila teringatkan Haemi hanya mengabaikan mesejnya tadi membuatkan Jungkook kelam kabut mengambilnya sendiri.
Jungkook mengambil phonenya lalu menelefon Haemi. Nasib baik Haemi mengangkat kali ini , Jungkook menyuruh Haemi datang ke pejabatnya sekarang juga.
***
"Jungkook dah tua ke ? Semua benda dia dah lupa" keluh Haemi di dalam lift. Kali ini Jungkook suruh dia mengambil file yang lain dan menyuruhnya datang ke pejabatnya.
YOU ARE READING
the jeon ∽ jungkook ✔
Fanfic■ complete ■ BOOK 1 : First Generation Of The Jeon Family "Lepaskan saya! Saya nak balik!" Bentak Haemi tiba-tiba. Haemi baru sahaja ingin berlari menuju ke pintu namun Taehyung terlebih dahulu menahan tangan Haemi lalu mendorong Haemi ke lantai ya...