thejeon. 17

6.3K 566 92
                                    

***

Jungkook tiba-tiba berhenti dengan kegiatannya , dia melepaskan tubuh Haemi dan dengan perlahan mula mengundur. Jungkook memejamkan matanya dan Haemi dapat melihat bahawa Jungkook seperti hilang akal. Jungkook berjalan menuju ke almari lalu mengambil bantal dan selimut. Dia memandang Haemi sekilas lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Haemi memandang Jungkook yang keluar dari bilik itu , Haemi membetulkan bajunya lalu berdiri di ambang pintu.

Haemi dapat melihat kalau Jungkook sedang tidur di sofa ruang tamu. Nampaknya Jungkook cuba menghindari Haemi. Haemi menghela nafasnya lalu dia berjalan masuk ke dalam biliknya. Jungkook membuka matanya lalu dia meraih phonenya di dalam poket dan menghantar mesej pada Taehyung

***

Taehyung berkali-kali membaca mesej yang dihantar Jungkook semalam , tidak percaya bahawa Jungkook akan menjumpai doktor pakar mental.

"Kau kat mana sekarang?" Soal Taehyung dengan cepat apabila panggilan telefon bersambung.

"Pejabat"

"Aku akan datang ambil kau"

Taehyung memutuskan sambungan lalu dia memandu keretanya menuju ke Syarikat The Jeon.

Tok tok tok

"Sila masuk"

Mijoo masuk dengan beberapa file , Jungkook mengambil file dari Mijoo lalu melihat satu persatu sabelum menandatangani. Lalu helaian file terakhir , terdapat sticky note kuning terlekat di situ.

"Oh , itu note dari Tuan Park"

"Apa yang Jimin bagitau pada kau?"

"Perjalan bisnes untuk ke Tokyo , Tuan Park minta Tuan Jeon dan pekerja baru iaitu Shanon akan bergabung pergi ke sana"

Jungkook menggeleng kepalanya , tidak sangka rancangan Jimin sejauh itu. Namun tidak ada ruginya , sementara itu Jungkook dapat mengenal Shanon lebih dekat.

"Baiklah aku akan bagitau pada Shanon"

"Ah , gwenchana biar saya sahaja yang bagitau"

"Mijoo , pekerjaan kau ada banyak lagi kan untuk diselesaikan? Teruskan bekerja dan biar saya uruskan hal ni"

Mijoo dengan perlahan mengangguk kepalanya lalu dia berjalan keluar dari pejabat Jungkook.

Ting!

Laptopnya berbunyi dan satu email dari Taehyung masuk. Email itu dinamakan 'Shanon Collins files', dan dengan cepat Jungkook membuka file itu. Ada banyak informasi terbaru yang dia dapat. Banyak persamaan anatara Collins dan William. Disebabkan itu juga fikiran kusut , dia terpaksa tidur di hotel untuk menjauhkan diri dari Haemi. Dan timbul rasa bersalah pada Haemi kerana membiarkan dia begitu sahaja.

Jungkook keluar dari pejabatnya dan berjalan mencari seseorang. Dan dalam beberapa langkah , orang yang dicari itu sedang berbual dengan beberapa pekerja lain. Kelihatan Shanon , Seolhyun dan beberapa pekerja lain sedang berbual.

"Tuan Jeon?" Tegur Seolhyun

Pekerja di situ memandang Jungkook dengan gugup dan sedikit panik , merasakan mungkin mereka telah melakukan kesalahan. Jungkook tidak bersuara melainkan pandangan tertumpu pada satu orang.

the jeon ∽ jungkook ✔Where stories live. Discover now