***
Hari ini merupakan hari pertama Haemi di pejabat barunya.
"Kau boleh guna meja di depan sana"
"Disebelah meja PA awak tu?" Soal Haemi
Jungkook hanya mengangguk kepala lalu duduk di atas kerusinya dan membuka laptopnya. Haemi masih berdiri di situ. Lalu dengan perlahan Haemi berjalan ke luar dari pejabat Jungkook.
Dia melirik seorang perempuan yang kelihatan ramah dan manis itu.
"Um , maaf saya..."
"Hai! Perkenalkan saya Lee Mijoo. Kalau nak minta bantuan cuma panggil saya ya" kata Mijoo dengan ramah.
Haemi tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Hari pertama dia sudah berjumpa dengan rakan sekerja yang peramah.
Sementara itu , di dalam pejabatnya. Jungkook memandang Haemi sesaat lalu memutuskan untuk menelefon Junghyuk meminta adiknya untuk menyertai mesyuarat tengah hari nanti.
***
Seharian dia bekerja , dia hanya menerima telefon dari Jungkook yang menyuruh itu ini dan sekala menyuruh dia membuat kopi. Atau hanya sekadar pergi ke kantin di bawah yang terpaksa menyeberang jalan , hanya untuk membeli makanan kepada Jungkook dan Taehyung.
"Tidak ada bezanya dengan pelayan dirumah dan assistant di pejabat" keluh Haemi lalu menyerahkan beberapa keping wang kertas ke pada penjual.
Haemi berpusing lalu berjalan menuju ke pejabat semula. Namun langkahnya terhenti apabila dia melihat seorang lelaki , yang membeli dan menghadiahkan kepada Jungkook. Kim Taehyung , Taehyung mendekati Haemi lalu berjalan beriringan.
"Kau masih kenal aku kan , pemilik sebenar kau" soal Taehyung
Haemi hanya diam , dia takut sekaligus benci.
"Suka hati kau kalau kau nak kata aku jahat atau sejenisnya. Tapi kau perlu tahu kalau kau perempuan pertama yang aku beli dalam acara jual beli tu. Biasanya aku akan sewa perempuan murahan untuk bermalam dengan aku. Tapi perusahaan syarikat kau yang atur semuanya."
Haemi masih lagi diam , lalu dia berjalan sambil diekori Taehyung dari belakang.
"Mulanya aku fikir kalau kau ni perempuan murah sama seperti yang aku sewa. Dan aku fikir kalau kau memang sukarela pada acara tu dan berpura-pura tidak bersalah. Tapi semua tu salah"
Haemi hairan , Kenape Taehyung nak membahaskan semua tu? Setelah apa Taehyung telah lakukan pada dia , melayannya dengan kasar pada pertama kali berjumpa di hotel yang ditempahnya.
"...."
"Sikap kau sama dengan Jungkook , menarik"
"Apa maksud awak?"
"Aku rasa korang sesuai"
Haemi memandang Taehyung berharap bercakap lebih banyak lagi tentang Jungkook. Sayangnya tidak , dia malah berjalan pergi sambil tersenyum. Haemi tanpa melengah lantas berjalan menuju ke pejabat Jungkook.
***
Malam ni Haemi sedang memasak untuk makan malam mereka. Dan hari ini Jungkook dan Haemi pulang awal , dengan alasan Jungkook amat letih di pejabat.
"Menu baru lagi" kata Jungkook sambil berdiri di belakang Haemi.
Haemi hampir sahaja melompat terkejut. Jarang sekali Jungkook akan melihat masakannya.
"Aku rasa kau boleh je buka restoran kecil-kecilan"
"Eh?"
Pujian , sekarang Jungkook malah memujinya. Haemi terus sahaja diam
"Aw!"
Kerana tidak fokus , tanpa sedar Haemi memegang periuk panas tanpa menggunakan kain lap. Dia dapat merasa bahawa kulitnya sedang terbakar. Dengan cepat Jungkook meraih tangan Haemi lalu merendamkan di dalam air yang berada di dalam bekas. Haemi membeku disitu akibat tindakan Jungkook.
Jungkook juga masih tidak sedar akan tindakannya. Namun gerakannya terhenti apabila dia menyedari Haemi memandangnya.
"Aku rasa , kau boleh rawat luka kau ni sendiri" kata Jungkook lalu berjalan masuk ke biliknya.
Sementara itu , Haemi masih berdiri di situ tanpa melakukan apa-apa. Dia memandang pintu bilik Jungkook. Sesaat kemudian dia berasa lututnya melemas. Dia bersandar pada dinding dapur sambil memegang tangannya yang disentuh Jungkook tadi. Untuk pertama kali Jungkook menyentuh nya dengan setulus itu.
"Rasanya hangat" Haemi meletakkan tapak tangannya yang dipegang Jungkook ke pipinya.
***
Jungkook menutup pintu biliknya lalu berjalan menuju ke katil king sizenya. Jungkook duduk di birai katil lalu meletakkan kedua telapak tangannya di muka. Dia memejamkan mata berusaha mengosongkan fikirannya.
"Ni tak betul" keluh Jungkook.
Jungkook memandang meja kerjanya lalu terpandang frame di atas meja. Di dalam frame itu terdapat dua orang dewasa dengan dua budak kecil yang tersenyum bahagia.
Gambar tu...
Gambar tu selalu teringatkan dia tentang masa lalunya. Dulu kehidupannya gelap , tapi berubah apabila dia menyambut huluran tangan keluarga Jeon.
***
Di tempat lain tapi waktu yang sama. Taehyung merebahkan tubuhnya yang keletihan di atas sofa berwarna krim.
Dia sedang berfikir untuk mencari jalan keluar tentang satu masalah. Dia menghela nafas
"Nampaknya , perempuan itu akan ditemukan"
TO BE CONTINUE
Vote [/]
Comment [/]Itsmaniesa
YOU ARE READING
the jeon ∽ jungkook ✔
Fanfiction■ complete ■ BOOK 1 : First Generation Of The Jeon Family "Lepaskan saya! Saya nak balik!" Bentak Haemi tiba-tiba. Haemi baru sahaja ingin berlari menuju ke pintu namun Taehyung terlebih dahulu menahan tangan Haemi lalu mendorong Haemi ke lantai ya...