thejeon. 21

5.9K 589 74
                                    

***

Jungkook sudah menyuruh orang suruhannya untuk mengambil Haemi dari hospital. Dan dia sendiri tidak fokus pada mesyuarat dan asyik melirik jam untuk menunggu informasi dari orang suruhannya. Dan dia mendapat berita bahawa perempuan itu baik-baik sahaja. Setidaknya sekarang dia tidak terlalu risaukan Haemi sekiranya dia melarikan diri kerana apartmennya itu sudah dijaga ketat. Bagaimanapun urusan merka berdua belum selesai , atau lebih tepatnya Jungkook belum memutuskan kontrak yang dibuatnya.

"Baiklah , mesyuarat hari ni sampai sini sahaja" kata Jimin

Jungkook bangun dari kerusi dan berjalan pergi tapi berhenti apabila Jimin menepuk bahunya.

"Jungkook , aku dengar Yoongi ada di Korea?" Soal Jimin

"Ha ah , tapi dia dah balik New York" balas Jungkook

"Ah , padahal banyak aku nak bercakap dengan dia" keluh Jimin. Jimin juga menjalinkan kerjasama dengan Min Corporation di New York kerana syarikat itu amat terpengaruh di New York.

"Kau boleh bercakap dengan assistant dia kat sini , Ji Hansol"

"Ji Hansol? Budak tu yang jadi assistant Yoongi?"

"Kau tahu kan assistant Yoongi tu macam mana"

Jimin mengangguk kepala , dia tahu bahawa kebanyakan assistant Yoongi dapat dipercayai sepenuhnya.

"Oh ya , kau ada waktu? Kita makan kat luar?" Soal Jimin

"Mian , aku nak balik ke apartmen"

"Apartment? Aku ingat kau dah jual"

Jungkook hanya memberikan senyuman sedangkan Jimin hanya mengangkat kedua bahunya.

***

Haemi memandang kosong ke luar dinding kaca apartmen Jungkook dengan memeluk kedua lututnya. Melihat pemandangan malam Korea yang dihiasi lampu berwarna warni.

Cklek

Pintu apartmen terbuka dan Haemi sudah tahu siapa yang datang. Si pemilik apartmen , dan kedengaran tapak kaki lelaki itu mendekati nya.

"Saya hamil"

Dua kata itu meluncur dari mulut Haemi dan dia dapat merasa kehadiran Jungkook berdekatan dengan nya. Tidak ada reaksi , Haemi masih lagi memandang luar dinding. Lampu apartmen nya tidak dibuka di ruang tengah membuatkan keadaan di situ gelap. Jungkook berdiri di situ dan Haemi memandang nya dan wajah Jungkook yang kelihatan gelap.

"Tu doktor yang bagitau?" Soal Jungkook dengan dingin.

"Menurut awak? Setelah apa yang kita buat selama ni?"

"Kau tak minum ubat? Atau suntik diri kau?" Soal Jungkook masih lagi dingin.

"Apa yang awak nak sekarang?" Kali ini Haemi bertanya balik denga dingin.

Jungkook menghulurkan tangannya mengusap kepala Haemi , namun aura Jungkook membuatkan Haemi ketakutan. Haemi dapat merasa aura mencengkam dan mengerikan di sekitar Jungkook namun Haemi berusaha mengabaikan. Jari-jemari panjang Jungkook berhenti di pipi perempuan itu lalu wajahnya dinaikkan membuatkan Haemi bertatapan dengan mata Jungkook yang dingin dan wajahnya dalam keadaan gelap.

"Kau tak boleh lari , kontrak itu tidak sampai setahun tapi beberapa bulan kehadapan sehingga bayi itu lahir"

Haemi mengerutkan dahinya tidak faham.

the jeon ∽ jungkook ✔Where stories live. Discover now