***
"Bwo?! 80 juta USD?!"
Jeritan nyaring dari mulut Haemi kedengaran kuat akibat terkejut dengan apa yang dibagitahu appanya. Mana tidak?
Itu adalah duit hutang dari pinjaman appanya yang belum diselesaikan. Haemi terkejut kerana macam mana appa dia dapat berhutang sebanyak itu tanpa pengetahuannya.
"Macam mana boleh jadi macam tu appa..." lirih Haemi.
"Pinjaman itu terus menaik" kata appanya dengan kesal dan nampak bersalah.
"Hmm...apakata kita minta tolong dari Mina unnie dan..."
"Ini masalah keluarga kita saja Haemi, jangan libatkan Mina ataupun orang lain"
"Habis tu macam mana cara kita nak melangsaikan hutang tu" keluh omma Haemi.
Haemi mengigit bibirnya sambil berfikir , macam mana dia nak melangsaikan hutang tu tanpa melibatkan orang lain. Macam mana juga dia nak cari duit ? Hanya dengan dia bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat khas untuk pereka fashion terkenal itu tidak mencukupi.
"Untuk sementara itu omma dan appa boleh tinggal di apartmen saya" kata Haemi. Nae, semua harta benda dan rumah keluarganya disita dan sekarang keluarganya tidak mempunyai tempat tinggal.
Omma dan appanya setuju lalu mengemas barang masing-masing.
Beberapa minit dalam perjalan menuju ke apartmen Haemi. Haemi di dalam kereta berfikiran kusut tentang hal duit itu. Sampaikan tidak sedar bahawa mereka telah pun sampai dengan selamat.
"Aahh...kita dah sampai" kata Haemi.
Nasib baik apartmennya ada dua bilik. Bilik satu lagi adalah biliknya dan bilik kedua bolehlah dia bagi kepada omma dan appanya.
"Berehatlah dulu appa , omma. Jangan fikir sangat" pesan Haemi
"Maafkan appa Haemi"
"Jangan risau appa"
Haemi menuju ke dapur lalu minum segelas air. Apa yang perlu dia buat sekarang?
***
Berkat bantuan dari Mina , sekarang hutang appanya hanya tinggal 40 juta USD. Walaupun Mina adalah kerabat dari keluarga itu tidak boleh juga membiarkan perempuan itu menanggung semuanya.
Haemi menuju ke syarikat di mana dia bekerja. Dia terpaksa memberikan file kertas dan memberikan pada orang yang disuruhnya kelmarin.
Kim Taehyung
Namanya terlalu asing di telinga Haemi . Nampaknya syarikat kini terlibat dengan orang-orang ternama dan baru. Haemi masuk dah lantas mencari Jihyo , itu adalah seniornya
Haemi terus mencari dan akhirnya dia menjumpai perempuan itu yang sedang menatap beberapa keping gambar yang mempunyai lukisan corak di atasnya. Dia nampak betul-betul profesional dan serius walaupun dia sentiasa mengeluh seperti budak kecil.
"Jihyo!"
"Haemi? Kenapa?" Sapa Jihyo balik dengan menaikkan keningnya seakan bertanya.
"Awak tahu ada tetamu yang datang di syarikat kita?" Soal Haemi
"Tahu, kenapa?"
"Um...kenal Kim Taehyung?"
"Ouh! CEO muda tu? Kenallah! Dia salah satu pemegang saham di syarikat kita. Kehebatan dia memang betul luar biasa! Dan awak tahu? Dengar kata dia tu playboy , awak perlu hati-hati kalau berjumpa dengan dia!" Cerita Jihyo panjang lebar.
YOU ARE READING
the jeon ∽ jungkook ✔
Fanfic■ complete ■ BOOK 1 : First Generation Of The Jeon Family "Lepaskan saya! Saya nak balik!" Bentak Haemi tiba-tiba. Haemi baru sahaja ingin berlari menuju ke pintu namun Taehyung terlebih dahulu menahan tangan Haemi lalu mendorong Haemi ke lantai ya...