***
Jungkook membuka matanya , memandang Haemi yang tertidur berbantalkan lengannya. Bukan ke sekarang dia akan bahagia kerana berkahwin dengan Shanon?
Tapi apa yang terjadi sekarang membingungkan dia dan mula rasa bersalah pada Shanon dan Haemi pada waktu yang sama.
Haemi membuka matanya , memandang Jungkook yang melihat keluar tingkap. Haemi tersenyum lalu menukar posisinya memeluk Jungkook dari samping. Jungkook memandang perempuan itu lalu membelai rambut coklat berkilat milik Haemi.
"Aku akan rindukan kau" kata Jungkook.
"Dia tu isteri awak , dapat membantu awak untuk lupakan saya"
"Aku tak nak , tambahan ada bayi diantara kita"
Haemi memandang dalam-dalam mata hitam Jungkook. Dia nak anak nya lahir dengan ada appa disampingnya tapi dia tidak boleh kerana terasa amat berdosa kerana Jungkook sudah mempunyai isteri.
"Jungkook , kalau anak kita lahir nanti. Awak nak namakan dia apa?" Soal Haemi
"Kalau perempuan , aku akan namakan dia Jeon Jungmi. Gabungan nama kita berdua" kata Jungkook dan Haemi tersenyum sambil mengangguk kepalanya.
"Kalau lelaki?"
"Jeon Junghae , yang dapat membesar menjadi seorang lelaki yang kacak dan mampu merebut hati sesiapapun"
Haemi memandang Jungkook , Jungkook amat berbeza hari ni. Dia seperti sedang membayangkan sesuatu sehingga dari tadi lagi tidak henti tersenyum.
"Apa yang awak bayangkan?" Soal Haemi.
"Aku membayangkan kita akan sibuk mengurus mereka. Jungmi dan Junghae , mereka akan membesar dengan cantik dan kacak. Selalu timbulkan masalah berkaitan cinta , pasti masa kita tua kita akan sangat sibuk untuk mereka"
Haemi tersentuh.
Jarang sekali Jungkook bercakap dengan panjang lebar namun ini mungkin disebabkan ada bayi di antara mereka.Drrrttt Drrrttt
Phone Jungkook bergetar dan membuatkan dia mengalihkan perhatian pada phonenya. Lelaki itu meriah phonenya yang berada di atas meja dan nombor Taehyung tertera di situ.
"Kau ada kat mana?"
"Apartment"
"Jangan bergurau Jungkook , kau tahu kan kau dah berkahwin. Dan tu akan menjadi berita hangat"
"Aku hanya singgah sekejap"
"Balik sekarang , hari ni keluarga Collins akan datang ke rumah kau"
Sambungan telefon itu terputus , lalu Jungkook memandang Haemi yang berada disampingnya.Jungkook mencium bibir Haemi sekilas lalu bangun dari katil dan menukar pakaiannya.
"Awak akan pergi?" Soal Haemi , terselit rasa kecewa.
"Ya , maafkan aku. Aku akan kembali dalam beberapa minggu"Haemi hanya diam , takkan lah dia nak menghalang Jungkook.
"Kalau kau perlukan sesuatu , hubungi je aku" kata Jungkook lalu mencium pipi Haemi , dan keluar dari apartmen itu.
Jungkook pergi.
Haemi mengusap perutnya lalu tersenyum tipis."Macam mana? Kamu bahagia sayang? Appa amat sayangkan kamu , tapi maafkan omma. Tiba masanya kita pergi"
Tidak mengambil masa terlalu lama , Haemi merapikan dirinya lalu menghubungi Hansol untuk mengambilnya di apartmen yang Jungkook beli untuknya.
***
Yoongi tersenyum apabila mendapat laporan dari Hansol. Dia cuma ingin bermain sedikit dan ingin tahu sejauh mana personality disorder yang di derita kan Jungkook. Dia ingin tahu sebatas mana kemampuan seorang anggota The Jeon Corporation yang di agung-agungkan itu. Jika Haemi memberikan kesan pada Jungkook , dia pasti bahawa itu akan turut memberikan kesan pada The Jeon Corporation. Akan timbul kekacauan dan dia yakin bahawa Wonwoo akan bertahan menyelesaikan segalanya. Wonwoo hanyalah anak angkat yang diciptakan keluarga itu untuk mengatasi masalah yang akan datang.
YOU ARE READING
the jeon ∽ jungkook ✔
Fiksi Penggemar■ complete ■ BOOK 1 : First Generation Of The Jeon Family "Lepaskan saya! Saya nak balik!" Bentak Haemi tiba-tiba. Haemi baru sahaja ingin berlari menuju ke pintu namun Taehyung terlebih dahulu menahan tangan Haemi lalu mendorong Haemi ke lantai ya...